beras menjadi bubur
sejujurnya, ini kali pertama aku masak bubur secara sendirian. biasanya kalau makan bubur nasi. dah tentunya adalah dari air tangan emak. atau dari Mekdi. kes semalam. langsung tak menjamah apa-apa kecuali semangkuk mee maggi tomyam. tidak lah lapar, tetapi tidak bertenaga. kat dalam kepala cuma nak makan bubur ayam. mulanya ingat nak call delivery je. tapi delivery mekdi pesan bubur?. malu je dengan abang delivery tu nanti. mesti akan gelak kat aku. setakat bubur baik masak sendiri. Heh.
ok. jam 2 pagi. mengeluarkan ayam dari peti sejuk. sesi memasak bermula setengah jam kemudian. dalam pada dah mamai, tersukat beras dengan banyak. macam nak masak nasik. padahal nak masak bubur. sukat 1 cawan beras. Aaaa. apabila beras itu sudah bergenang sebati bersama air rebusan ayam. tiba-tiba aku terkesima. ni awatla beras secupak sudah menjadi segantang. apakan daya, sudah tersalah sukat dari awal. nasik ini menjadi bubur dengan susah payah aku. sebab asyik kena tambah air. bila tambah air, kena tambah knor Pasti Sedap.
bubur ayam yang terhasil. memang sedap, rahsianya. letaklah kiub pati ayam. selain itu, serbuk black pepper pun mesti letak. lepas makan bubur jam 3 pagi tadi. terus tidur. bangun jam 8 pagi ini. tengok periuk bubur tersebut. eh. bubur semalam sudah likat seakan menjadi nasik lembik. alahai. susah juga mengekalkan kebuburan beras. jauh lebih mudah memasak nasik. maka air ditambah lagi. maka bubur ayam dalam periuk kini dilihat seperti tak luak-luak. jadi... takkan aku nak kena mengadap bubur ayam ni sampai esok?. Argghhhh!
p/s: dah kata dah, pasukan Kelantan akan menang punya. =)
Comments
mari hantr ke rumah aku sikit.. =p
breakfst,lunch,dinner dengan buburla arini sara...haha
yups,tahniah pada pasukan kelantan
P/S : Kepada Pencinta Kucing: Dapatkan Stiker Pelekat Kereta Yang Eksklusif Khas Untuk Cukai Jalan Daripada Papa Hero
tak berbaloi!
masak sendiri lagi besh!