beras menjadi bubur



sejujurnya, ini kali pertama aku masak bubur secara sendirian. biasanya kalau makan bubur nasi. dah tentunya adalah dari air tangan emak. atau dari Mekdi. kes semalam. langsung tak menjamah apa-apa kecuali semangkuk mee maggi tomyam. tidak lah lapar, tetapi tidak bertenaga. kat dalam kepala cuma nak makan bubur ayam. mulanya ingat nak call delivery je. tapi delivery mekdi pesan bubur?. malu je dengan abang delivery tu nanti. mesti akan gelak kat aku. setakat bubur baik masak sendiri. Heh.

ok. jam 2 pagi. mengeluarkan ayam dari peti sejuk. sesi memasak bermula setengah jam kemudian. dalam pada dah mamai, tersukat beras dengan banyak. macam nak masak nasik. padahal nak masak bubur. sukat 1 cawan beras. Aaaa. apabila beras itu sudah bergenang sebati bersama air rebusan ayam. tiba-tiba aku terkesima. ni awatla beras secupak sudah menjadi segantang. apakan daya, sudah tersalah sukat dari awal. nasik ini menjadi bubur dengan susah payah aku. sebab asyik kena tambah air. bila tambah air, kena tambah knor Pasti Sedap.

bubur ayam yang terhasil. memang sedap, rahsianya. letaklah kiub pati ayam. selain itu, serbuk black pepper pun mesti letak. lepas makan bubur jam 3 pagi tadi. terus tidur. bangun jam 8 pagi ini. tengok periuk bubur tersebut. eh. bubur semalam sudah likat seakan menjadi nasik lembik. alahai. susah juga mengekalkan kebuburan beras. jauh lebih mudah memasak nasik. maka air ditambah lagi. maka bubur ayam dalam periuk kini dilihat seperti tak luak-luak. jadi... takkan aku nak kena mengadap bubur ayam ni sampai esok?. Argghhhh!


p/s: dah kata dah, pasukan Kelantan akan menang punya. =)

Comments

beautiful_rose said…
lama dah tak makan bubur nasi...
mari hantr ke rumah aku sikit.. =p
Wanie-san said…
hahaha
breakfst,lunch,dinner dengan buburla arini sara...haha
Chaon Cornerz said…
Takpe.. Blajar slow2.. nanti dah expert senang la nak masak bubur ayam yang sedap tue.. hehhe..
fiezaradzi said…
penah gak masak bubur, terlupa yg nak makan sikit je, tapi masak lebih.. adoi, penat gak la nak mhabiskan bubur tu..
Queen said…
ahahhaa....comel je dengar...Bubur memang mm tu..tu yang kadang2 rela je beli kat kedai.. =)
gadisBunga™ said…
delivery mekdi pesan bubur je. pastu caj delivery 3 hengget.

tak berbaloi!

masak sendiri lagi besh!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S