pendirian aku


setiap kita, walau tak punya banyak harta. walau hanya sederhana rupa. kita semua sekurang-kurangnya harus punya teguh pendirian. jangan jadi seperti butiran pasir di tepi pantai. sekali air bah, sekali pantai berubah. teguh atau tidak pendirian itu, tak penting untuk orang lain tahu. selagi kita berpegang padanya. maka ia akan jadi nilai pada diri kita. dan nilai itu. kita tahu. dan Allah Maha Tahu.

pendirian masing-masing tak sama. sebagai contoh, ada orang berpegang teguh dalam diri bahawa dia tidak akan pernah masuk panggung wayang. ada orang lain pula meletakkan diri dia supaya tidak akan sesekali bercakap bohong untuk kepentingan peribadi. yes. apa jua pendirian yang kita pegang kemas dalam hidup kita tidak akan sama. tak perlu ukur pendirian siapa yang lebih baik. dan tak perlu perlekehkan pendirian orang lain. show respect.

si polan ini boikot Mekdi. si polan itu boikot Starbucks. itu semua mungkin pendirian mereka masing-masing. bagaimana pendirian anda?.terpulang masing-masing. tapi pastikan kita masing-masing tahu hujung pangkalnya pendirian kita. bukannya main ikut-ikut orang. contoh. pendirian aku. aku akan makan kat sesebuah restoran tu, selagi mana aku yakin ada pekerja Islam yang sekurang-kurangnya walau tak alim pun tapi menunaikan solat. aku yakin sebab aku nampak dengan mata sendiri. 

kalau orang lain mungkin berpendirian memboikot kerana menyumbang peluru dan sebagainya. itu pendirian orang lain. bukan aku. anda setuju atau tidak. aku tak kisah, aku tak peduli. aku percaya apa yang aku percaya. kalau mungkin anda ada pendirian lain. jangan sesekali memperlekeh orang lain. contoh. aku ada kawan baik yang memang tak masuk panggung. sedangkan aku ni memang kaki wayang. aku respect dia. sebabkan dia tak masuk panggung maka kalau aku keluar dengan dia kami akan buat aktiviti lain. macam main bowling contohnya.tak pernah aku nak perlekehkan yang kawan aku ni kolot ke apa. kalau memang itu keputusan dia. yes. aku hormat. tak banyak bunyi lagi. 

benda yang sama jugak dalam hal yang boleh buat aku naik marah. kalau sejenis aku yang memang pantang dengan sesuatu. lepas tu orang buat kat aku, maka aku tetap akan marah jugak. jangan tanya kenapa. jangan cakap. "rilek la der, hal kecik je." jangan sekali. kalau aku dah kata aku tak suka yang begini dan begini. maka aku memang tak suka. contoh nya. aku tak suka orang smoking dekat tempat yang aliran udara kurang baik. macam kat kedai makan, atau kat stadium yang crowded ke. asap rokok tu buat aku lemas. kalau nak merokok pergi la jauh-jauh. kalau nak mati cepat pegilah jangan sabitkan orang lain.

lagi satu, aku tak suka orang nak bertekak dengan aku pasal pendirian aku. selagi aku tau yang aku bukan buat dosa. dan selagi mak abah aku pun redha dengan apa yang aku amalkan. jadi aku tak perlukan orang lain untuk menyibuk. memang ini berbunyi macam seorang yang degil. tapi ia bukan bermaksud aku ni tak terima nasihat. cuma tolong jangan nasihatkan aku tentang benda-benda macam hal boikot n shit like that. kalau banyak sangat buih dalam mulut tu nak nasihatkan orang. pergi cari penagih dadah ke peragut ke. aku rasa mereka lagi memerlukan.

ini entry serius!





Comments

Amni said…
Betul! kalau nak buat, biar buat sebab paham pendirian masing2.. bukan sekadar ikutan.. tapi ramai gak yang ikut je.. bila ditanya, tak tau plak kenapa.. haihhhh
Mister Mirull said…
biar kita melakukan sesuatu kerana ilmu... tapi bukan kerana ustaz suruh, mak bapak suruh,awek suruh dan sbgainya... ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah~
Hidup kene teguh pendirian.. Dan untuk teguh pendirian kita itu, orang harus faham dan hormat.. :)
Ieqa Swetluv said…
setuju, pendirian itu penting menunjukkan kita punya prinsip, cuma pendirian itu kenalah fleksibel mengikut masa dan keadaan, barulah dikatakan tidak JUMUD atau PENTINGKAN DIRI SNDIRI.. anda setuju?? =)
Zonan said…
Assalamualaikum Sis

Entry yang bagus...

Lain org lain pendapat pendiriannya..
Benda ini biasa la..

Cuma bila dah ada pendirian yang teguh maka kesabaran yang tinggi diperlukan sbb ada org x akan paham pasal pendirian kita...

So be smart..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..