bloggers: when people started loving you..

*entry ini agak panjang. sila baca secara menyeluruh untuk pemahaman yang jitu.

suka kiranya penulis kasi tau awal-wal. bahawa entry ini mungkin 'terkena' kepada mana-mana pihak. tapi tidak akan ada sebarang nama yang akan digunapakai demi kemaslahatan bersama. penulisan ini. tiada menyebelahi sesiapa. peace no war!

-yang namanya blogger-

*tak ada syarat untuk bergelar seorang blogger. hari ini anda sign up kat Blogger (blogspot). hari ini jugak anda boleh terus post entry. hari ini jugak anda boleh promote url blog, dan hari ini jugak anda akan mempunyai pembaca. dan mungkin esok anda akan mempunyai follower. dan mungkin minggu depan anda dah boleh sign up Nuffnang. really tak susah pun. tak ada syarat bahwa anda mesti post entry sehari lima kali. tak ada syarat bahwa anda mesti letak gambar wajah sebenar atau gambar Maria Ozawa sekalipun. benar-benar suka hati anda. 

*kini anda seorang blogger. penulisan bagus maka ramai yang suka. ramai yang follow. ramai yang admire. ramai yang nak kenal. anda menulis tentang diri, tentang hobi, juga tentang hari lepas. tentang harapan. tentang impian. tentang ranjau kehidupan. tentang pahit manis, suka duka, malah susah dan senang. anda menulis tentang semua, malah tentang lelaki. tentang perempuan. tak lupa jua. tentang soal hati dan perasaan. ya. mungkin anda tak pernah mintak blog yang bagaikan 'diari' itu dibaca. but after all. bukankah anda seorang blogger?. 

*ya. anda tak mintak diri disayangi. tapi ingat. yang namanya pembaca setia ini. mereka punya hati. membaca penulisan sahaja tapi ianya boleh menjadi sejenis magis. dengan hanya membaca sahaja, mereka boleh sampai ke satu tahap di mana anda mungkin menjadi sumber inspirasi. dan mungkin idola. walhal anda cumalah seorang blogger, bukanlah artis. namun cerita sedih anda mereka tangiskan. cerita marahnya anda mereka turut sebal. cerita kesakitan anda mereka doakan kesejahteraan. cerita cinta anda mereka harap moga berkekalan. dari mana kasih mereka datang. kalau bukan dari rasa percaya?

--------------------------------------------------------------------------------


makin sayangnya kita pada seseorang, makin kita tak dapat terima jika dia mengecewakan kita.


sesetengah dari kita ada perasaan macam ni. kalau memang tahu akan dikecewakan. sejak awal lagi. tak akan pernah menyayangi. sejak awal lagi tak akan menaruh percaya. buang masa ja. betul? 

then, siapa suruh kau sayang sangat?..


yang namanya manusia. mereka cintakan Cinta. mereka cintakan Kasih Sayang. tapi cinta dan kasih sayang itu hanya akan hadir dengan rasa Percaya. yang namanya manusia itu, banyaknya mereka punya rasa Simpati yang begitu tinggi. nun jauh beribu batu. mereka boleh turut sedih atas perginya seekor kucing. lihatlah pada diri mereka. kasih merentasi lautan. 


"suatu waktu dulu, aku merasakan bahwa aku kenal kamu. aku percaya kamu, aku sayang akan kamu, lewat hari ini. aku bertanya diri sendiri. masihkah kamu mahu aku percaya? dan adakah rasa percaya aku ini penting bagi kamu? aku lihat pada mereka yang mencela. pada kamu yang tak terbela. sayangnya aku ini tak punya kuasa. kamu ulangkali ingatkan aku tentang spesis jahat yang mungkin menjadi hantu, tapi mungkin kamu lupa pada aku dan mereka yang sebenarnya mahu jadi sayap kamu. yang mana sebenarnya lebih kamu peduli?. kini, apa jua keputusan kamu, kamu berhak kerana itu adalah hidup kamu."


kepada yang membenci kamu. aku nasihatkan sudah-sudahlah. you cant expect too much from others rite?.. dalam pada rasa kecewa yang bertukar benci. dalam pada tertanya-tanya lantas mencari bukti. kamu semua masing-masing tetap menang tanpa bertanding. walau apa jua, masing-masing ada hak untuk rasa/fikir apa saja. but please be rasional. propaganda atau yang sewaktu dengannya tidak akan mendatangkan sebarang faedah. fikir-fikirlah. 

  
p/s:- harap tiada istilah siapa sebelahkan siapa. siapa menangkan siapa. entry ini. cuma suara hati seorang teman.


Comments

yaaaaa.. ku setuju dengan kamu :D
dan ku setuju juga dengan blogger lain. ku tak menyebelahi sesiapa. tapi cukup sekadar membaca :D

sarah! bila nak jumpa ni. hehe :)
joegrimjow said…
laa
ingatkan panjang
baca2, eh, dah habis
hehe

ni mood exam ke ni?
gadisBunga™ said…
terfikir....ade ke org yg sampai tahap sayang kite thru blog semata2 ek? hm....
Kujie said…
Sarah sayang kak jie?

Ada tak Kak Jie ajar Sarah guna deria ke-6?

Jadi blogger kena belajar menguasai deria ke 6 dan 'On Zone Selamat'
cikNiarun said…
haish.makan dalam~
Anonymous said…
mainstream news dah xleh caya..skang blog lak sudah pudar kepercayaan hahaha..

mane mau lepak meh?..masjid qiamullai lorr
W3 tOgetHer said…
betul..tiada siapa meminta dan tiada siapa dipinta...
Suke laa Kak Jie punye deria keenam tu.. Heehee..

Apa-apa pun, harap nanti taufan reda dan semua akan kembali enjoy blogging seperti sedia kala.. :)
Unknown said…
Blog soal hati, yang menulis punya hati, yang membaca juga punya hati.

Persoalannya, Hati manakah yang akan lebih sakit dan terluka, yang meragui atau diragui oleh hati yang tersayang??

If one small mistake can erase one's believe, people should already started killing each other since long long long time ago.

P/s: hati-hati jangan ikut hati nanti hati terkecewa hati juga yang sakit.
Anonymous said…
i'm sorry miss sakura...
Amir Said said…
blogger pun punya hati dan perasaan kan. kita sendiri pun xnak ditipu oleh blogger lain. tp kalau dia buat something utk kebaikan diri mereka sendiri, takde salahnya. demi menjaga privasi dsb.
Wahidah said…
dunia blog lately ne jd panas kan..

aper2 pun...ade otak guna,ade hati hargai rs yg ada..

:)

peace no war..
mrs jamal said…
simpan dalam hati jer...
darkbatman said…
aie cuma membace.. xmenyebelahi mane2.. blogging ne tiada sempadan..ade mate tgk,ade telinga dgr n ade tangan menulis tp opps tulis tentang hal sendiri..jdkan pengajaran supaya x menlencong dr landasan.
Mr. Asada said…
warning kat atas kata panjang.. jadi tarik nafas panjang2 nak start baca. tengah syok baca, tup2 baru 2 kali scroll dah hbs..

tulisan kat blog ada magis ea.. jadi tulis yang bagus2. jangan maki-maki, biar terus jadi inspirasi..

hurm.. tengah fikir2, untuk siapakah entry ini.. siapakah yang d benci? siapakah yg membenci?
lizz said…
panjang lagi entry i if dah merepek.hehehe!ni oklah ni.for me, nak jadi blogger kene bijak.bukan bijak dalam belajar tp bijak tengok keadaan n sitation based on pemerhatian sendiri,bukan ikut org.org lain suke blogger tu...die pun ikut. biler org lain dah tak suke blogger tu lagi..die pun join.

tak ade pendirian
Amni said…
ingatkan panjang.. baru nak menghayati penuh khusyuk apa yang penulis cuba sampaikan.. tup2 dah bis.. hehe... masing2 ada peminat tersendiri kan? hehe....

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..