mood hari ini..

alhamdulillah..mood bertukar menjadi seronok sejak peti sejuk menjadi penghuni baru rumah ini..sangat teruja dan gembira sekali pabila merasai kesejukan daripada peti sejuk tersebut.. walaupun kami cuma beli yg 2nd hand tapi apa salahnya..dapat berjimat berbanding jika beli yg masih baru..apepun puas hati sebab peti sejuk itu masih tersangat elok dan rasa berbaloi untuk memilikinya secara perkongsian kami berlima..

maka dapur kami sekarang dah jadi lengkap...dapur gas dan peti ais telah berfungsi dengan jayanya..maka plan untuk berjimat dengan memasak sendiri di rumah akan terlaksana.. walaupun bukanlah pakar sangat bab memasak tapi at least boleh tajamkan skill memasak.. dan kawan2 yg pakar dialu2kan untuk memasak di rumah kami dengan syarat lepas memasak perlulah menjamu tuan rumah makan2..(eceh kenapa plak macam ada iklan komersial kat sini)..hampeh betul penulis ni..

paling best bila dah tibe bulan puasa nnti tak payah beli air untuk buka puasa..boleh sejuk kan lebih dr 5 jenis air kat rumah sendiri..dan semua makanan boleh disumbat dalam peti sejuk jika tak abis makan dan boleh dipanaskan untuk dibuat sahur..sumpah penulis dan housemate sangat gembira dengan kurniaan peti sejuk ini..

lagi satu penulis gembira dengan keterjumpaan kad matrik kesayangan..rupanya hari khamis hari tu dengan tak sengaja telah letakkan kad matrik tu dalam plastik ubat2an..macam manalah boleh jadi camtu...oleh sebab semalam tak makan ubat jadi tak ternampak lah kad matrik tu disitu..hahahahaha...dan malam ini merancang untuk ke serdang menghadiri tahlil arwah nenek seorang kawan.bagus juga buat sesuatu aktiviti..kerana sepanjang hari telah terperuk dalam rumah..jadi sekejap lagi akan bersiap2 ke kl central dan naik komuter ke serdang...setakat ini dahulu..salam.

Comments

naqiubex said…
Wah boleh masak masak.. Bila nak masak untuk saya... hahaha
Anonymous said…
teringat masa blaja dedulu...ada sorg member dlm umh tu kaki masak...sebut jer...sume bole dia buatkan...terer gak la...

skng ni, bile dh keje, dok umh, da mls la plk...gas kt dapur tu dah 2 taun..still x abis2 lg....
hasni said…
hoho
peti ais

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S