Tuesday, July 21, 2009

21 july..

pagi hari yg pada mulanya panas bertukar menjadi sejuk..dek kerana hujan lebat dan angin yg kuat sekitar pukul 10 pagi..mungkin mengalahkan angin monsun dalam subjek geografi dulu..banyak sangat lopak air yg terhasil sekitar kampus ni..membasahkan kasut dan stokin yg tersarung di kaki..maka kesejukan makin bertambah..selepas kehujanan terpaksa masuk bilik kuliah yg berhawa dingin ntah berapa darjah celcius..hujan lebat diluar mengundang bunyi yg menganggu sesi kuliah..cuma kelihatan mulut prof yg terkumat kamit, padahal aku gagal mendengar butiran penerangan beliau..hanya menyalin nota dengan rasa kesejukan.. terpaksa menanggalkan stokin yg dah basah demi mengurangkan rasa sejuk..

keluar dr kuliah dengan rasa lapar..tapi tak dapat menuju ke cafe..kerana fakulti sains mmg cafe nya belum lg beroperasi..dan hal ini sangat menyusahkan pelajar2..terutama yg ada lab bermula 2.00 ptg..kalau aku pengsan dlm lab nanti tak ke haru biru suasana..mmg ada cafe di fakulti yg berjiran seperti fakulti sastera n sains sosial, tapi dalam keadaan kasut yg masih lembab, dan hujan yg renyai2..mmg tak kuasa nak melangkah jauh..bilalah agaknya cafe fak sains akan dibuka..kenapalah kampus ni tak habis2 bikin student susah..

kondisi kesihatan yg tak berapa bagus, rasa macam nak kena demam.. tekak rasa sakit..demam sekarang adalah perkara sensitif..takut suspek h1n1...tapi aku tak selsema atau batuk..cuma kepala rasa berat sangat..badan lesu meskipun dah alas perut dengan secawan milo 3in1 sebagai sarapan pagi..harap2 dapat bertahan hingga petang..aku taknak pegi klinik u.m..kerana klinik tu hanya memberi tekanan pada jiwa..mana tak tertekan kalau kena tggu giliran lebih dari sejam dan kadangkala dua jam..tapi tempoh masa dktor memeriksa pesakit hanyalah kurang 7minit...berbaloikah sesi penungguan yg sebegitu?..hanya buat hati rasa sedih...dan tak pasal2 menambah dosa kerana akhirnya akan memaki sistem u.m yg tak efficient ini sekalipun hanya memaki dalam hati..maka tetap berdosa...

sampai sini saja entry kali ini kerana penulis benar2 tidak berasa sihat...

No comments: