Saturday, July 25, 2009

kenangan ditinggalkan train..

peristiwa ni berlaku tahun lepas, masa tu aku masih lagi menetap di kolej 11. berlaku akhir bulan mac kalau tak silap..aku telah beli tiket train 2 mggu lebih awal. coz aku teman nano beli tiket dia ke labis setelah seminggu die berkampung di kampus aku, so aku pun belilah sekali jd tak payah berulangkali nak pegi k.l central. ntah kenapa aku gatal2 beli tiket pukul 8.15 am.

aku mmg jenis suka berkemas last minute, so aku ni bleh plak mengemas barang after subuh padahal subuh pun bangun da dekat 6.30pg...masa tu aku dah cuak takut ketinggalan train..pukul 7.00 pagi aku keluar tggu teksi kat gate kolej 11, n kebetulan hari itu adalah hari cuti sempena maulud Nabi..Dah 15minit tggu tapi teksi mmg tak ada..aku pun mula lah berjalan dengan tangan kiri memegang beg balik kampung dan menggalas beg laptop di bhgn blkg..sangat berpeluh2..kononnya nak jalan sampai kolej 12 dengan harapan akan ada teksi kat situ, hampeh rupanya mmg takda jugak..jam dah 7.30pagi..aku terus berjalan ke bus stop depan Pasum.. tggu bus rapid kl plak tak sampai2...pukul 7.50 pagi baru bas dtg..sampai stesen U dah pukul 8.00 pagi..alamak, mmg kecut perut..terus beli yiket LRT yg berharga RM1.60.. menunggu LRT pun sampai 5 minit...AKU DAH BERDEBAR2! mmg kebarangkalian tertinggal train adalah sangat tinggi..sampai KL Central..jam aku dah tunjuk pukul 8.13 pagi..turun tgga eskalator dan bergegas ke tingkat 1 ...turun ke pelepasan train antara bandar..jam dah tunjuk pukul 8.16pagi..

dan seperti yg aku duga.. train itu telah selamat berlepas seminit sebelum itu...huarggh! benar2 rasa nak terduduk bila tengok takda siapa dah yg menunggu train disitu...dengan rasa lemah longlai, aku naik balik eskalator tu dengan sedih hati...tenung tiket train yg berharga rm21.00 itu dengan rasa menyesal..kenapalah aku sangat malang terlambat 1 minit..dan sangat sedih bahawa sebenarnya tujuan aku balik pada hari itu kerana aku telah kehabisan wang saku.. wang aku habis secara tiba2 kerana aku telah membeli handset baru..handset baru tu dibeli kerana handset lama tercicir didalam teksi 3 hari sebelum nya..dan ketika aku sedang bersedih, aku cek duit dalam dompet aku cuma ada RM13.00..aku jadi bingung..

kalau nak pergi puduraya n ambik bas, aku kena naik LRT Putra ke masjid jamek n tukar LRT Star untuk ke Plaza Rakyat..dan harga tiket bas ke segamat masa tu adalah rm12.60..mmg tak cukup...jadi aku berkeputusan naik komuter ke Seremban..dan plan untuk ambik bas dr seremban ke segamat...aku mmg taktau berapakah harga tiket seremban ke segamat tapi aku masa tu cuma tawakal je pada Allah! tiket komuter ke seremban berharga rm6.00..
maka ketika itu duit yg tinggal cuma rm7.00...sebelum ni aku tak pernah turun seremban dengan public transport..dan itulah 1st time aku ke sana..

sampai stesen keretapi seremban, aku pun ikut jer sekumpulan org yg ramai2 berjalan kaki ke stesen bus terminal 1..sampai je situ..aku pergi tengok harga tiket ke segamat..harga untuk dewasa adalah rm8.70..aku pun terduduk sekejap..apa nak buat bila duit tak cukup?takkan aku nak mengemis mintak org rm1.70? tapi sumpah mmg itulah yg aku terfikir nak buat...aku sampai seremban pukul 9.20 pagi tapi aku dah termenung kat terminal 1 tu sampai pukul 11.30pg.. tiket ke segamat yg ada hanya ada 4 waktu..iaitu 9pg, 12 tgh hr, 3ptg, dan 6ptg..

sedang aku bingung termenung sambil tak putus minta petunjuk dr Allah, aku cam ternampak seorang yg aku kenal..budak UM! walaupun tak kenal rapat, tapi aku yakin dia baik hati dan boleh tolong aku..aku berfikir2, kalau aku tak mintak tolong dia, pada sapa lg aku nak mintak tolg? dah lebih 2 jam tersadai kat seremban dalam keadaan lapar tak terhingga..n aku dapat rasa bahawa Allah Maha Mendengar doa hambanya yg dalam kesusahan, sebab itulah Allah titipkan kawan UM tu untuk tolong aku...padahal kat kampus UM aku mmg tak pernah nampak dia..kitorg dulu cuma baik masa program Asasi..sebelum kawan aku tu menghilang, aku cepat2 pergi menyapa dia..dia yg sedia maklum bahawa aku ni org johor sangat pelik tengok aku tiba2 bleh ada kat situ..then aku citer kat dia peristiwa yg membawa aku sampai seremban hr itu..

dengan rasa bersalah aku beritahu dia yg aku nak pinjam duit dia untuk beli makanan sebab aku lapar.. padahal sesungguhnya aku malu sangat nak cakap yg aku tak cukup duit untuk beli tiket balik..huaa!dia pinjamkan aku rm5..alhamdulillah syukur..aku terus bergegas gi kaunter tiket dan beli tiket..tiket aku adalah jam 3ptg...dengan duit rm3.30 yg tinggal, aku belilah 2 bungkus roti 60sen dan sebotol air mineral..penantian adalah satu penyiksaan..badan aku dah letih lesu menunggu masa berlalu..akhirnya pukul 3ptg aku meninggalkan daerah seremban itu dengan rasa syukur!

aku telah ceritakan pengalaman ini pada emak..aku cakap kat emak bahawa anak dia ni hampir2 jadi pengemis pada hari itu!..mintak maaf mmg takkan cerita pada abah...kalau abah tau mampus lah aku kena leter sebab ketinggalan train..apepun pengalaman ni byk beri pelajaran buat aku..supaya aku lebih hati2..dan sejak itu, aku tak pernah beli tiket pada waktu pagi...aku serik! anyway thanks to Aishah kerana kau menyelamatkan kawan kau ni pada hari itu...dan untuk pengetahuan, aku cuma jumpa dia secara kebetulan kat UM dan aku terus bayar hutang rm5 tu pada dia..

p/s: jgn jadi macam aku..uhuhu

No comments: