Thursday, July 23, 2009

dapur oh dapur!

rumah kami yg dapurnya belum berasap!

dah masuk mggu ketiga, tapi dapur masih belum beroperasi, hanya memasak menggunakan rice cooker Elba milik naemah yg dibawa khas dr negeri johor..aik! apasal jauh sangat beli rice cooker macam kat midvalley tak de jual rice cooker..haha, saje promote negeri kami yg best itu..mmg lebih best nak compare ngan k.l ni..muahaha..masalah pada mggu pertama adalah kami belum berupaya membeli dapur gas kerana masa itu duit PTPTN or JPA belum masuk lagi..jadi aktiviti yg dilakukan hanyalah meninjau harga dapur gas di Mydin n Carrefour MidValley..mggu kedua apabila duit dah masuk, kami telah berkongsi membeli dapur tersebut dan telah selamat pun dapur gas tu berada di dapur rumah kami yg comel itu..tapi kami sebenarnya belum mempunyai tong gas yg berisikan gas..yg ada cuma tong gas kosong yg naemah bawak dr negeri johor tempat tumpah darah yg amat disayangi itu, (sekali lg promote negeri si penulis)..masalahnya tong itu adalah tong gas shell berwarna kuning kapasiti 14kg..dan rupanya baru aku tau org cni tak pakai shell gas..diorg menyokong barangan tempatan iaitu gas petronas...melilau biji mata cari kedai yg ada tong gas kuning tapi mmg tak ada..maka terpaksa membeli gas petronas..
jadi kak izat n shida telah memesan gas supaya dihantar kerumah kami pada malam rabu..katanya nak datang kul 8.30mlm..kami menunggu sampai 12 tgh malam still takda jugak..
maka petang rabu kami call lg sekali untuk mintak gas tu dihantar..dan tukang antar gas tu kata kami bg no rumah yg salah..adus, patutlah sampai tua menunggu gas tu tak sampai2 jugak..
dan malam tadi gas itu selamat sampai ke rumah tatkala kami berlima sedang menjamu selera dengan makanan yg dibeli dr pasar malam pantai permai..tapi masalah tak setel jugak..angan2 nak mengasapkan dapur pada hari ini tetap terbengkalai akibat tiub penyambung gas itu yg rupanya bocor..bila dipasang maka bau gas memenuhi ruang dapur malah ruang bilik juga.. dan maka hari ini terpaksa cari tiub gas cop sirim supaya kami tak akan mengalami ctuasi panik macam malam tadi..serius aku tak sabar nak menunggu dapur kami berasap supaya kami dapat makan sedap2 hasil air tangan kami berlima..bahkan sebenarnya sudah jemu dengan makanan pasar malam dan kedai berhampiran...

p/s: hati2 dengan tiub gas yg bocor!

No comments: