Sunday, July 26, 2009

3rd week kuliah..

mggu ketiga kuliah reputasi aku merudum sedikit..aku ter'miss' kelas hr isnin jam 10pg dan kelas hari khamis jam 11pg tanpa sebarang cuti sakit..tapi mggu ni kesihatan aku mmg tak berapa bagus..tapi aku gagahkan jugak diri aku..tak sanggup nak miss sebarang lab petang isnin, selasa n rabu..

akhirnya hari jumaat lepas aku telah memaksa diri untuk ke klinik UM..klinik tu bukak pukul 8.30pg dan aku sampai ke klinik jam 9.15pg...even baru 45minit klinik tu beroperasi, aku tengok seisi klinik tu dah penuh dgn bebudak um yg sakit..agaknya ada dalam 25org dah sedia memenuhi ruangan klinik yg kecil tu...kenapalah klinik um ni kecil sedangkan kampus ni ada lebih daripada 15 ribu pelajar..

boleh dikatakan semua yg hadir hari itu datang dengan masalah yg sama dengan aku, iaitu demam..ramai sangat yg batuk2 tanpa menutup mulut...dan aku dapat rasakan seluruh ruangan klinik tu telah dipenuhi virus2 merbahaya..patutnya semua org kena pakai mask..aku cuma tutup mulut dengan kertas tisu..mmg takut kalau kedatangan ke klinik ni bukan makin sembuh malah makin mendatangkan penyakit pulak..

macam biasa, doktor hanya perlukan 5 minit je untuk memeriksa aku sedangkan aku telah menunggu giliran selama 1jam 20minit...nasib baik aku dilahirkan dengan sebagai anak johor, maka aku ni agak sabar sikit menghadapi situasi ini..haha, (lagi mahu memartabatkan negeri johor sebagai negeri yg best)..

aku diberikan 3papan panadol, 2 papan antibiotik dan sebotol ubat batuk...dan tak lupa turut mendapatkan m.c untuk kelas pagi jumaat tersebut.after beli makanan kat cafe 12, aku terus balik rumah dengan teksi..cuma rm2.80...berbaloi kot naik teksi sebab susah nak dapat bas kat kolej 12 tu...

2 comments:

naqiubex said...

saya cadangkan jangan guna panadol sgt tuk sembuhkan penyakit nih.. ada banyak racun..
try minum kofi radix... atau minum air banyak banyak.. at least badan kitam menerima sesuatu yang organik..

nursarah87 said...

naqiu,
kamu mmg betul,
dan sepanjang demam selama seminggu ni,sy hanya makan sebiji panadol saja..
jd sy takkan beracun kan?hehe