Wednesday, July 22, 2009

peraturan baru di kampus um

kalau tanya student um, mmg semua sedia maklum akan peraturan baru yg dijadikan topik untuk entry kali ni..tapi mungkin ada gak yg masih belum tahu lagi...bergantung pada sejauh mana sifat alert mereka..peraturan yg melimitkan penggunaan kenderaan pacuan empat roda..penggunaan kereta hanya dibenarkan kepada pelajar 4th year sahaja..so, student 1st year, 2nd year n 3rd year kena akur tak boleh menggerakkan kenderaan sekitar kampus um malah tak boleh masuk um melalui pintu gerbang utama..jika tetap nak drive jugak, kena masuk ikut pintu masuk damansara dan perlu parking kat area trek palapes dan area depan kolej sepuluh..

hasil daripada peraturan baru yg berkuatkuasa sejak isnin lalu, ramai student yg protes..terutama golongan yg berkenaan.. aku yg sememangnya tak ada kenderaan sendiri melainkan sentiasa menaiki dan menyokong penggunaan pengangkutan awam tak hairan langsung dengan peraturan baru ini..langsung tak menjejaskan hidup aku, malah mungkin peraturan ini membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yg selalu terjadi di hadapan DTC hgga susur keluar melalui pintu gerbang..jadi sekarang jalan raya dalam um ni dah tak sesak cam dulu..dan tak perlu lah bas rapid yg aku naik mengalami situasi jam yg teruk..so, alhamdulillah.

dengar kata peraturan ni dibuat demi mengelakkan kekurangan tempat parking di kawasan fakulti..pensyarah buat aduan bahawa mereka tak dapat cari parking akibat student banyak sangat bawak kereta dan mengambil tempat parking lecturer..n mungkin student zaman sekarang memang ramai yg berkemampuan memakai kereta..dan mungkin mereka tak rela menaiki pengangkutan awam atau berjalan kaki..tapi pada fikiran aku, berkenderaan sendiri sebenarnya memudahkan pelajar untuk ke kuliah..kalau semua org naik bas, maka penuhlah bas tu macam ikan sardin dalam tin...apepun harap peraturan baru ni dapat beri sesuatu yg baik kepada semua pihak, InsyaAllah..

No comments: