Saturday, July 25, 2009

selamat pengantin baru kepada hasyimah hasyim..

petang tadi aku menerima panggilan telefon dr akak aku..bleh plak aku tertanya2 kenapa dia call aku..hampeh la aku ni tak ingat bahawa hari ni merupakan hari pernikahan sepupu aku cik syima yg baru berumur 20tahun..dan pada saat ini beliau telah pun mendapat gelaran Puan Syima secara rasmi..majlis nikah berlangsung di rumah ibu saudaranya yg merangkap sebagai ibu angkat beliau di felcra bukit kepong.johor..akak aku mmg dah lebih seminggu berkampung kat situ demi membantu sepupu yg paling rapat mengakhiri zaman bujang..alhamdulillah dah sampai jodoh dia..aku pun tumpang gembira jugak..suami dia merupakan imam masjid yg berasal dr singapura..dan mereka telah sepakat untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan saja tanpa segala acara adat seperti bersanding dan lain2..

aku tak balik mmgu ni, dan mohon maaf pada shima kerana kesibukan aku di awal semester ditambah dengan kesihatan yg merudum pada mggu ini menghalang aku untuk pulang..aku jugak belum belikan hadiah lg untuk dia dan masih memikirkan hadiah ape aku nak bg kat pasangan pengantin baru ni..InsyaAllah hadiah akan aku beri pada pertengahan bulan ogos ni..

pengantin perempuan merupakan anak ke 6 dr 9 beradik..ibu dan ayah kandung beliau bertugas di negeri sabah dan beliau telah dibesarkan oleh ibu saudara sejak belum berusia setahun, ini adalah perkahwinan ketiga yg berlangsung dalam sejarah cucu sebelah atuk abah...apa yg menariknya ialah shima dan pasangannya berkenalan tak sampai setahun pun..terus decide untuk berkahwin...itulah yg dikatakan jodoh..Alhamdulillah..moga terus kekal bahagia ke akhir hayat dan moga mereka bersikap matang dalam melayari alam rumahtangga..

No comments: