episod bermakna buat abah..

masa cuti semester bulan 5 dan 6 yg lepas..aku telah meninjau perubahan di felda tempat aku tinggal..mmg felda yg bertuah sebab di felda inilah tercetusnya cinta pertama dalam hati seorang wanita kepada seorang lelaki...ops sorry ini bukan entry jiwang, cuba tengok tajuk kat atas tulis ape! penulis ni mmg nak kena ketuk sebab mengelirukan para pembaca..takpe nanti suruh penulis ketuk kepala sendiri pakai jari telunjuk dia yg comel tu..haha..

entry kali ni macam si penulis ni nak promote felda die pulak.. tolg jgn marah dan plez teruskan pembacaan anda okay! sejak bulan february lalu felda kami telah dikejutkan dengan berita gembira iaitu felda ini akan dijadikan tuan rumah untuk Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan pada tarikh 7 Julai 2009..yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak..mmg adalah Felda Maokil yg bertuah..dalam ratusan gugusan felda yg ada di Malaysia ni, felda kami yg terpilih...sumpah penulis sangat berasa bangga...

maka dengan itu, warga felda ini telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk acara penting dan bermakna ini..dan abah adalah antara staf yg sangat sibuk tak menang tangan malah beliau terpaksa berada di ofis pada hari sabtu dan ahad dan kadangkala hingga malam hari masih di ofis lagi..nak dikatakan semua warga Felda Maokil sangat busy lebih2..dan antara kebizian semua org adalah busy dengan aktiviti menanam sayur di kawasan rumah..tak kira sama ada peneroka mahupun staf seperti abah harus bercucuk tanam di kawasan kediaman masing2..

aku sedia maklum bahawa abah sangat berbakat bab pertanian.. apa pun yg abah tanam, InsyaAllah akan berhasil..dan abah telah menanam sayur kangkung dibahagian kiri rumah, menanam kacang bendi, ubi, jagung, keladi dan lada di bahagian depan rumah, dan kacang panjang di bahagian kanan rumah..dan abah menanam semua itu dengan penuh kasih sayang..buktinya dia sangat rajin menjenguk tanamannya, menyiram nya sebelum masuk ofis pukul 8 pg..dan ulang siram apabila dia pulang dr kerja jam 5ptg..malah kadangkala menyiram tanamannya pada waktu malam sebelum tidur..jika ada masa terluang abah mmg akan berdating dengan tanamannya itu..sangat terharu melihat kasih sayang abah pada tanaman..
berjam2 mencabut rumput2 kecil yg tumbuh di sekitar tanaman..kata abah rumput mesti dicabut untuk elak persaingan..jadi tanaman akan tumbuh subur...

bila jalan2 round felda ini dgn motor kriss abah yg berusia lebih 10tahun tu, aku nampak boleh dikatakan 97% rumah penduduk felda ini mempunyai tanaman sayur-sayuran..pemandangan yg sangat cantik dan indah di felda sendiri..bila hari peneroka hampir menjelang, satu felda penuh dgn banner yg tergantung di mana2..malah dihadapan dewan maokil dipasangkan balai yg saiznya sangat besar( hampir menyamai saiz dewan)....katanya sewa balai tersebut mencecah rm100,000...mmg dahsyat..dan dikatakan juga bahwa kos Hari Peneroka keseluruhannya membelanjakan rm900,000..

aku tak dapat tengok pun sambutan hari peneroka tersebut kerana pada tarikh 5 july aku telah kembali ke kuala lumpur..apepun aku berbangga kerana abah adalah antara orang penting dalam menjayakan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan pada tahun ini..dan khabarnya Proton MPV Exora SE turut dilancarkan pada hari tersebut oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia..
mungkin satu kebanggaan bagi abah kerana dalam episod kerjayanya sebagai staff felda, beliau berpeluang merasai sambutan Hari Peneroka di tempat beliau berkhidmat..

p/s: selamat hari peneroka kepada semua warga felda seluruh Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S