Sunday, July 5, 2009

selamat pengantin baru kepada rozila..

cenderahati dr pengantin


sebahagian hantaran..

exsmkas yg hadir..


20/06/09..tarikh keramat majlis perkahwinan rozila..bertempat di felcra sri wangi batu pahat johor..ini adalah kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan..kawan satu sekolah menengah..(smkas)..n dia jugak satu U dengan aku..



selama ini sebanyak 4 org kawan aku yg berkahwin aku gagal menghadirinya..mintak maaf pada org yg berkenaan, hari itu, jam 10 pg dah bersiap2..tggu kedatangan ekin n anisah n kami pergi bersama2 dan sampai di rumah pengantin jam 11.30pg..memang awal..even br 1st time pergi sini kitorang tidak tersesat pun, terer ah driver..(adik anisah)..



sesampai jer..terus serbu bilik pengantin dan zila masa tu belum pun bersiap dan mak andam dia pun tak sampai lagi..kami berempat pun mengadakan sesi bersembang..(ceh bleh plak pengantin ada masa bersembang)..dan sesi fotografi bersama pengantin dan kamarnya dan hantarannya sekali..hehe...



jam 12.30 kami bertiga ni pun pergi plak ruangan makan yg tersedia..(balai org kawin lah)..even dia tak sediakan nasi minyak tapi rasanya bleh tahan gak lauk pauk kenduri dia ni, ada ayam masak merah n ikan keli goreng...yg pasti mengenyangkan aku..uhuhu....



dalam pukul 2ptg hani plak sampai bersama pakwe die..jeng3...sape tau diam2 ok..kitorg berempat pun tggu la sampaila tibe waktu rozila bersanding, dengan keupayaan hani, even ramai penuh sesak n penuh kamera, hani dapat gak snap gambar yg agak cun jugak dr pasangan pengantin yg sedang bersanding, anyway..selamat pengantin baru kepada zila dan suaminya...moga kekal ke akhir hayat, aminn..



bersama pengantin (berbaju biru) sebelum beliau disolek..


rozila, ekin, dan penulis..


selamat pengantin baru to rozila n saiful






2 comments:

aby said...

huhu..im supposed to be there..
tpi perancgn itu x selamanye berjay...
selamt pengantn bru zila~

nnti cpt2 dpt baby cumil...

cik sara...awk ble lg?
hehe...

nursarah87 said...

haha..calon nye ramai..belum buat pilihan lagi..
kahkahkah!