bawang, bilis dan lada.

lauk yg simple tp sedap!


pedulikan pendapat org lain yg tak bersetuju, tapi aku harus akui bahawa kewujudan tiga elemen ini adalah sangat penting dalam masakan.almost semua masakan yg aku suka makan mesti ada 3 benda ni.

aku suka masakan yg ditumis dengan sedikit minyak dan bawang. malahan nak masak maggi pun aku akan tumis kan bawang terlebih dahulu..sangat teruja bila mencium bau wangi bawang yg ditumis.tapi jangan sesekali tinggalkan bawang yg ditumis begitu sahaja.kerana ianya boleh hangus dan maka masakan akan dikira sebagai gagal untuk step pertama..

dan oleh sebab aku suka makan pedas, lada yg dinamakan cili api adalah menjadi kegemaran aku sebab lada ni pedas dan memuaskan lidah bila dapat rasa kepedasannya biarpun kadangkala sampai meleleh air mata dek kepedasan..tapi tetap makan dengan kegembiraan kerana pedas merupakan kesukaan tahap dewa..

ikan bilis adalah elemen paling mahal antara 3 benda ini.. kenapalah ikan bilis mahal sedangkan rasanya sangat sedap dan tak mengapa jika cuma ada ikan bilis di dalam dapur, ia tetap boleh menjadi lauk yang enak dengan hanya menggoreng (ikan bilis) untuk di makan bersama nasi panas. malah ikan bilis boleh dijadikan perasa yg dah cukup rasa tak perlu lagi nak pakai perencah maggi cukup rasa atau ajinomoto yg tinggi kandungan garam..alamak kenapa entry ni macam cerita org2 kampung je. tapi tak apa. mmg mengaku diri sendiri adalah kampung girl yg terus ingin menjadi kampung girl sejati. chewah!

percaya tak dengan hanya gunakan bawang, ikan bilis dan lada, kita dah boleh bersahur dengan berselera..(tetiba cerita bab sahur sebab bulan puasa nak dekat)..kebanyakan kita bukan berselera tinggi untuk bersahur..dengan keadaan mata yg mengantuk takkanlah boleh berselera makan nasi dagang gulai ikan tongkol, atau kfc chicken mcdeluxe..yang penting dalam bersahur adalah bangun untuk makan kerana disitu ada keberkatan yg banyak.jadi tak payah susah2 masak ayam panggang berempah dan sebagainya..

cara masak ni mudah aje..cuma perlu panaskan minyak dalam kuali, sediakan bawang besar dan bawang putih yg telah dihiris, beserta ikan bilis yg telah dibersihkan isi perutnya dan cili api yg telah dihiris juga dan kemudian masukkan bilis terlebih dahulu ke dalam kuali dan biarkan hgga ia kelihatan garing. setelah itu masukkan bawang dan cili api yg telah dihiris dan tumis sehingga berbau wangi, masukkan sedikit garam secukup rasa..jika suka masakan yg agak berkuah, tambahkan kicap cair sesuka yg diri sendiri suka.tggu dalam 10 minit dan hidangan ini sedia untuk dimakan bersama nasi putih yg masih panas..mmg masakan org kampung tapi kalau sesekali makan lauk ni berselera jugak sebenarnya.hihi

Comments

hasni said…
woit
ko kat mana tu hah?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S