Posts

Showing posts from March, 2011

Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).  Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.  Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya...

bila si dia busy.

barang yang lepas usah dikenang. mengaku salah dan mendapat kemaafan itu indah. yang penting jangan diulang lagi. bukan kerana lafaz maaf itu mudah, tetapi meraih kepercayaan itu agak payah sebenarnya. hati manusia kita tak tahu. kita tak mungkin boleh pegang ia kemas-kemas. semalam punya kisah, masuk-masuk kereta, dia tunjuk kat aku mineral water. "tengok-tengok, dalam kereta I ada mineral water...." "eh. bagusnya ikut cakap I... Haha." hari Ahad hari tu duk mengadu mulut pecah, bibir sakit. mana taknya, dalam kereta pun tak ada mineral water. padahal cuaca sekarang memang sangat panas, KL dah jarang-jarang hujan. dia bagi alasan sakit mulut kejap je sembuh. klinik kan ada. tapi semalam dah bangga dengan pencapaian diri, letak mineral water dalam kereta. Good! destinasi semalam?. tak berapa nak ada destinasi, sekejap ke sana, sekejap ke sini. mula kata nak makan kat Subang, tetiba patah balik makan kat PJ, tapi asyik pusing-pusing sebab tak ada parking, ...

bukan kerana deria ke tujuh dan lapan.

"...I frust sangat-sangat. I marah You sebab I frust, kenapa You tipu I....?" pergi makan tapi tak makan. disoal siasat macam polis sampai tak tahu nak jawab apa then terpaksa menjawab dengan air mata. bila mana aku rasa serabut/tak sedap hati sebab aku menipu. aku tahu yang dia sebenarnya tahu yang aku sedang menipu. dia tak marah dengan bahasa kasar. tapi cara lembut yang memerangkap aku bahawa aku benar-benar harus mengaku bersalah. aku tahu airmata bukan jawapan. tapi aku harap dia tak anggap aku sengaja cipta alasan. memang silap aku. bukan kerana dia punya deria extra. "Im sorry sebab I busy, tapi I harap.. you jaga diri baik-baik....I masih frust dengan You. take care..."

lelaki 20-30-40an.

Image
hai semua. =) ok. ni anggap sebagai entry santai sahajalah. sembang Jumaat di akhir-akhir Mac. minggu depan dah April. pantasnya masa berlalu. lelaki akan mengalami peringkat kematangan berbeza ketika usia lewat 20an, awal30an dan lewat40an. betul tak? berbeza mungkin dari segi perspektif mereka terhadap satu-satu perkara, dan berbeza tindakan dalam menangani sesuatu hal. ambik contoh mudah. memandu di jalan raya, jalan KL lah misalnya, jalan kampung toksah cerita. ok. biasanya lelaki lewat20an dan awal 30an ni pantang kalau orang selit nak potong jalan dia. lagi kalau perempuan yang buat, lagi dia macam hangin. tak puas hati. rasa nak menang. kan? atau, sorang lelaki ni bawak BMW 5series misalnya. dia jadi excited bila jumpa geng se5series dengan dia, lagi-lagi kalau model sama warna pun sama. dia rasa seronok untuk perkara-perkara kecil macam itu. macam tulah dengan hal-hal lain. dia cepat panas dan kadang cepat excited untuk perkara-perkara kecil. mungkin sebab dia belum ada...

crazy girl met businessman!

hai semua.. ini cerita pasal one of my client lah. alahai yang temankan pergi KLIA last Saturday. asyik cerita pasal BF ada plak yang meluat. yang peliknya dah meluat-meluat tu, duk baca gak. tak tahu malu eh. eiii. sedikit sebanyak pasal my client ni, dia nak pasang Unifi kat dia punya ofis. dia ada bisnes sendiri actually. dulu blaja bidang arkitek kat UIA, tapi buat bisnes. bisnes yang aku rasa boleh maintain sukses hingga akhir hayat.  sebab kat Malaysia ni semua orang makan nasik. so dia pilih bisnes beras. ada kilang sendiri, ada bendang sendiri. beras akan sentiasa ada permintaan. bisnes yang bijak. kan? seusia 27 tahun, dah boleh berbangga dengan pencapaian peribadi. dah boleh drive BMW yang harga setengah juta. income hampir 100k sebulan. kelip-kelip mata tengok penyata akaun dia. gila tebal poket. then, aku tanya dia, dulu dia pernah susah tak. dia cerita zaman dia belajar, dia punya susah episod hidup sampai tahap makan tak bayar. lepas makan, buat-buat macam berdiri...

Mr.S, masih ingat pada beliau?

hey readers, hai.hai. you all semua sihat?. ceria?. gembira?. Ok. Good kepada siapa yang angguk kepala. kepada sesiapa yang dah lama ikut blog ni, mesti you all tau siapa mr.S, and kepada siapa yang taktau. mr.S ini adalah teman tapi mesra penulis, sejak zaman berzaman. taktau dah berapa zaman. sejak 1999. cuba kira berapa lama? nak cerita pasal kami, memang banyak sangat. but for now. beliau adalah sahabat ter'best' yang pernah aku ada. *tears. Ceh touching pulak tiba-tiba. semalam aku call dia. belum pun cerita apa-apa, dia dah mintak aku supaya banyak bersabar. banyak bersabar. Haish. mana pulak dia tahu yang aku memang tengah fight supaya terus bersabar. mungkin sebab dari suara aku, dia dah tau kondisi aku macam mana. malam tadi kami sembang, dia macam tau aku mungkin ada problem, tapi tak pulak dia bertanya detail pasal apa. cuma direct bagi nasihat. banyak bersabar, hidup memang macam ni. biasalah.  -"kita cuma ada satu hati, satu jiwa, hati kita dan jiwa kita,...

Calling-Darling

semalam my sister yang kat PPUM datang rumah, beliau hantar kasut hitam, seluar hitam, dan sekeping duit belanja. yes, adik bagi kakak duit belanja. *adik yang bagi, bukan boyfriend. jangan fitnah! berdosa kamu sampai mati kalau aku tak maafkan. Alhamdulillah adik mewarisi kemurahan hati kakak dia. well, bila jumpa adik beradik. takda lain. mesti ada sesi meluahkan perasaan. my sister cerita pasal kawan dia ejek dia pelat huruf 'R'. alah, rilex lah. Lisa Surihani pun pelat 'R' jugak. kan.kan? aku pulak cerita kat dia tentang malam semalamnya jumpa mak abah n adik beradik kat KLIA. yep. adik aku sorang je yang takde, dia tak dapat nak ikut aku sebab pagar hostel dia tutup pukul 10malam.  dan pagi Ahad pulak dia masuk kerja pukul 6.30pagi. sekarang dia dah berada di minggu praktikal penuh. yes, nurse pelatih. dia jadi ketua untuk group dia. Phew! gud job bebeh! sebelum dia balik hostel, kami singgah makan di kedai makan Riang-Riang. makan dengan hati girang, tapi aku m...

Hati Tong Sampah.

selamat berhujung minggu semua.. sebelum apa-apa. nak cerita sikit, semalam my sister dah kembali ke Mesir. naik flight di KLIA, so my family semua datang KLIA lah. mulanya rasa aku mungkin tak dapat datang sana. since I have no transport. tapi disebabkan semalam aku jumpa klien yang baik budi. and kebetulan dia ada masa nak tolong. so aku tersangatlah berbesar hati. sebenarnya klien dan kawan jugalah. 'ayat profesional'. my dad tanya datang dengan siapa, aku jawab datang dengan kawan. padahal baru je jadi kawan atas urusan kerja. mampus kalau abah tau aku menyusahkan orang. aku bagi alasan, kawan aku tu segan so dia duduk dalam kereta je. hihi. aku diberi masa sejam, dari pukul 8 sampai 9 malam. sekadar lepaskan rindu kat famili. lagipun tak sampai hati nak biar kawan aku tunggu lama. sudahlah dapat free ride, free petrol, free tol. free dinner lagi. :p Im so happy jumpa famili. walau macam mana pun, famili tetap no1 dalam hati. tengok muka emak tengok muka abah hati rasa ...

"you dah ada BF ke?..."

"hey Sara, you dah ada BF ke?.." soalan favret rakan staf, tidak kira dimana jua anda bekerja. bukankah.? yelah.yelah. Im taken. perempuan memang jujur bila jawab soalan macam ni, tapi lelaki selalu nak mengaku single walaupun dah berpunya. eleh, jaga 'market' lah tu. padahal macamla high market sangat. :p  soalan lanjut:- " BF you duk mana?.. dia kerja apa...?"  " ala, dia duk sini-sini je. bukan jauh sangat ngan rumah I, dia kerja baiki enjin je. " " besar tak gaji dia?.." " besar gak macam dia... HAHAHAHA! (gelak dalam hati, beliau memang besar. 40kg lebih berat dari aku..) " macam mana you kenal dia...? cecite. cecite.." " eh.eh.eh. adalah. mana boleh bagitau you all... " (keciwa semua orang yang tengah baca entry ni. kehkeh. :p) * dia boleh habiskan Sprite large cup McD kurang dari 1minit.  * dia boleh habiskan fries and Big Mac kurang dari 5minit. * sebelum blah dari McD, dia refill Sprite, masi...

He said "I Am Sorry"

hari ni aku kena masuk kerja awal sikit, so kononnya malam tadi sebelum pukul 1 pagi aku dah tido. tiba-tiba pukul 1.30 pagi handphone bunyi. bila tengok siapa yang call, terus segar bijik mata aku, cepat-cepat aku bangun dari tempat tido. apekehalnya dia ni call pagi-pagi buta . rupanya dia nak tanya sama ada aku free ke tak hari ni, kalau free dia nak jumpa. no.no. aku tak free hari ni. aku dah cuti hari Isnin hari tu ajak dia jumpa tapi dia yang busy. then dia tanya bila plak aku free. dukacita dimaklumkan bahawa aku kerja sampai hari Ahad. dari pagi hingga ke malam. =( then aku cakap, kalau ada apa-apa yang penting cakap je kat telefon pun takpe. tapi dia tak nak. dia nak jumpa aku face to face nak cakap depan aku. so we all kena tunggu hari Isnin depan. ntah apa yang dia nak cakapkan. sampai nak jugak jumpa face to face. Isnin depan janji nak jumpa pukul 9 pagi. kahkah. awalnya! -kesiannya kami yang cuti pada hari yang tak sama- sebelum letak telefon, dia asyik cakap sorry. ...

kasih sayang dalam diri sendiri.

Image
berpuluh juta mereka, satu pun engkau tak punya sepekat darah sama yang mengalir, mereka bukan engkau jua seerat genggam tangan berjanji bersama , hidup engkau hidup engkau semata engkau hanya punya engkau, dan kasih sayang Yang Kuasa dalam pejam lena, mimpi , terjaga dan bangkit semula hati bersih itu temani engkau dengan sepenuh setia siapa yang bisa engkau percaya,  temani engkau dalam tangis dan tawa engkau bercinta sesama manusia, entah kan utuh sampai bila satu hari engkau angguk kepala engkau hanya punya engkau dan kasih sayang Yang Kuasa p/s: 'kau selalu ada' petikan lagu Dealova. nasib baik kau tak pernah nyanyikan ini. 

review Taiwan Drama:- Down With Love

Image
sudah lama tidak menonton drama Taiwan secara bersungguh-sungguh. kali terakhir, mungkin adalah HanaKimi versi Taiwan. so kali ini penulis nak membawakan kepada anda satu siri drama Taiwan yang best-best-best. rasanya drama ni dah keluar sejak akhir tahun 2009. tapi kewujudannya hanya disedari dalam tempoh penulis menjadi penganggur sejak 3-4 minggu lepas. (memang lama menganggur ternak lemak saja dirumah, dan kini begitu gerun apabila melihat penimbang, ntah-ntah berat sudah cecah 55kg siapa tahu?). ok. sekarang dah dapat kerja yang majikan pun best. syukur kepada Allah. =) review Down With Love :- mengisahkan persahabatan antara seorang peguam tersohor 'Yu Ping', seorang interior designer 'Ke Zhong' dan seorang pelakon popular 'Hui Fan' yang sudah bermula sejak zaman persekolahan. juga dua beradik perempuan, kakak 'Yang Duo' dan  adik 'Yang Guo '. mereka kesemuanya mempunyai karakter yang berbeza.  Yu Ping seorang lelaki yang bossy,...

cerita dating semalam.

* breakfast di Old Town White Coffee. * aku makan nasik lemak special. RM7.90sen. sambal dia sedap. * dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. sejam setengah rasa macam setengah jam je. * makan sambil bersembang dan online. sebab tu akan pilih kedai ada Wifi. * tanya dia pasal bidang kerja dia. (non-destructive testing/magnetic particle inspection). * tak paham pun tapi buat-buat macam paham. padahal tengok gambar je. :p * semalam dia senyum je bila aku tunjuk aku pakai kasut yang dia beli. -kehkeh. * selepas setengah jam duduk, baru aku cakap sebenarnya aku kena masuk kerja tengah hari. (tak boleh bagitau selagi tak jumpa face to face demi menjana mood dating yang baik dan sejahtera. :p * jam dah pukul 12, berat hati gila nak pergi kerja. tapi dia cakap. tak elok mintak excuse pada orang atasan padahal kita baru start kerja. sebab kalau dia pun. dia tak suka staff dia bagi excuse. lagipun, majikan aku begitu baik hati. sob.sob terharu. * jumaat sabtu ahad depan...

my uncle sekeluarga di Jepun selamat.

Image
Alhamdulillah. my uncle and his wife (japanese woman) dan anak-anak mereka selamat. pulang kerja jam 9 malam tadi, semua orang cakap pasal gempa bumi dan tsunami di Jepun. Oh. tak ingat lain, terus teringatkan my uncle and his family. baru kejap tadi tengok Home Facebook, my aunt kat KL ni pose pic kat atas ni. khabarnya mereka sekeluarga selamat. syukur Alhamdulillah. teringat kekalutan masa my sister kat Mesir bulan lepas. hari ini earthquake kat Jepun pulak. my grandmom mesti kalut bila dengar berita macam ni. yelah. orang tua mana nak tau apa sangat pasal kawasan-kawasan jauh ke dekat. dia tau Mesir adalah Mesir. Jepun adalah Jepun. hari tu dengar pasal Mesir pun nenek bukan main takut kalau my sis terlibat. ni plak gempa bumi dan tsunami Jepun. my uncle ada sana. hati ibu mana tak risau kan. dulu masa my uncle balik sini, dia ada cerita yang berenang adalah perkara wajib dipelajari di sekolah-sekolah Jepun. semua orang mesti tahu berenang. sebab kebarangkalian earthquake...

hadiah pertama dari 'seseorang'.

Image
aku rasa kasut ini nampak comel. mungkin sebab dia ada unsur kaler ungu, putih dan hitam. sudah lama tak pakai kasut jenis ini. kali terakhir mungkin 2-3 tahun lepas.? btw, kasut ini belum dirasmikan sebab belum ada stokin yang sesuai. :p ya. kasut ini adalah hadiah pertama dari seseorang. seseorang yang penting dalam episod hidup ketika ini. dan  di masa akan datang juga InsyaAllah.  peristiwa memilih kasut ini terdapat di  ENTRY INI . p/s: mood menulis blog berterbangan. 

WE miss WE

Image
"Do you miss me?" I asked. "No. Im not" "How come huh...." "Its not I miss You... or You miss Me..change the term, try use 'We' instead of using I n You.. get it?" "No.. I dun understand.." "Let me send you one photo...." "What photo?" "so..?" " We miss We...." he said. dah 8 hari tak jumpa. he got an accident today and his car damaged. (thank God he is fine got no injury). actually he was on his way to pick me up. patutnya kami jumpa pukul 11 pagi. tapi dah tak jadi seperti sepatutnya. dia kena setel pasal accident, pergi balai polis n so on. pukul 2 petang he sent sms. dah setel semua. dia lepak kat Old Town White Coffee and we chat on YM. sebab dah tak seperti yang dirancang. kami plan jumpa esok je.  yes. perbualan diatas adalah dalam YM. biasalah yang bertanya "U rindu I tak?". semestinya perempuan kan.  sengaja aku share benda ni dalam blog, seba...

salah satu sebab kenapa lelaki tinggi menjadi pilihan?

Image
sekadar ilustrasi CERITA 1 "Can you pass me that one...." "Which one..?" "The blue color.... yes. yes. that one... Thanks." "You like it..?" "Nope.. Can you please put it back...Thanks". sebab tak berkenan, kita pergi cari section lain. dan dialog di atas berulang kembali. kadang-kadang memang taknak beli. tapi suka nak try. try je, bukan luak pun kan. tahulah terkadang promoter kat kedai ni lambat. atau mungkin tengah layan customer lain. so pakcik you all ni bolehla tolong kalau setakat nak ambikkan kasut ke baju ke yang cik adik dia ni tak tercapai nak mencapainya. useful boyfriend. dun u think so? ------------------------------------------------------------------------------------------ CERITA 2 satu hari dalam kul 3 petang, we all  makan kat Old Town White Coffee, sekitar Mont Kiara. lepas makan-makan suddenly hujan lebat. lebat gila macam tanak berhenti punya hujan. and at that time dia ada meeting pukul 5.3...

review filem:- Sanctum 'Never Ever Give Up'

Image
Executive Producer: James Cameroon. Ops.! beliau bukan Director filem Sanctum. banyak orang ingat beliau adalah Director filem ini lalu masing-masing expect too much on this movie. Ya. mungkin sebab pencapaian Titanic dan Avatar yang blockbuster sebelum ini. SAnCtUm :- adaptasi dari sebuah kisah benar, mengisahkan beberapa ahli geologi. para pengkaji untuk siri National Geography. yang meneroka sebuah gua yang sangat besar, dalam, luas dan misteri. penerokaan yang pada mulanya agak lancar menjadi begitu mencabar apabila kawasan tersebut dilanda ribut taufan kuat sehingga kan aras air di dalam gua terus meningkat dengan cepat. 6 daripada mereka terperangkap dalam gua di kedalaman yang mustahil untuk mendapatkan sebarang bantuan  dari luar. ini adalah sebuah perjuangan untuk hidup. usaha yang bermati-matian untuk nyawa kau sendiri. perjuangan dan semangat berpasukan. kau tak tahu menyelam. tapi kau tak punya pilihan. kau mesti, jika tidak, kau mati. kau pilih untuk mengala...

our random episode

Image
mode cerita:- awangan. CERITA 1 satu pagi, keluar dari bilik air then nampak kat phone tertera '1 panggilan tidak dijawab'. cepat-cepat call balik. sebaik panggilan diangkat terus terjah soalan dengan bunyi yang agak nyaring. "Hello..You kat mana?" macam dah terbiasa bila jawab call terus tanya you kat mana.. "Hello, Gud Morning...." alamak malu kejap. lupa nak greeting. "aaa. Morning...Where are you?....". again, ask him the same question. "Hey babe.. How are you?... ok. ok. fine. salah lagi. "Owh, Im fine TQ..". lepas tu tak tanya dah dia duk kat mana. Lol. sebab sebelum ni dah terbiasa. dengan member bila jawab call je terus tanya. "ko katne.. bz ke..." sumthing like that. tapi orang dah duduk kat oversea lama ni cara dia lain agaknya. jawab call, atau 1st jumpa. mesti greeting dulu. lepas tu nak borak apa nak tanya apa dipersila. teringat dulu masa sekolah rendah, 1st time rumah mak pasang talian ...