review film:- NGANGKUNG (lakonan yang hebat + jalan cerita yang superb).
hari Ahad yang lain dari biasa. pertama kalinya tengok wayang dan makan-makan di MV bersama dua gadis muda. (my younger sisters). walaupun poket kosong. tetap nak pergi berhibur. sebab ini mungkin kali terakhir berhibur sebelum menghadapi paper final exam. maka tauke kita pada hari ini adalah adik aku yang pelatih nurse PPUM itulah. beliau kan kaya dengan elaun-elaun. tengok wayang dia bayar, makan-makan pun dia bayar. harga tiket 12 ringgit seorang. darab 3 dah jadi 36 ringgit. campur total makan di the Warung untuk tiga orang adalah 41 ringgit. semuanya 77 ringgit. pejam mata sahaja duit melayang-layang. bukan magic!
nak berhibur tanpa guna duit adalah mustahil. mustahil bagi aku. sebab bila sebut berhibur maknanya duit mesti melayang. itu fakta. kalau duduk diam di rumah menghadap blog. aku tak terhibur. boring. tapi save duit. kesian adik aku. kena layan kakak dia yang suka berhibur. kelak bila dah kawen, kesian kat laki aku plak. kena layan bini dia yang kaki wayang. kaki shopping. kaki travel. semua pun yang guna $$$$$$!
ok. mari kembali ke pangkal jalan. kita berbalik kepada cerita filem. actually mula-mula rasa lemah je nak tengok filem Ngangkung nih. sebab tiket mahal. 12 ringgit. padahal kan filem tempatan. duration cuma 1 jam 30 minit. tapi harga tiket sama dengan filem Avatar yang duration dia 2 jam 40 minit. my housemate plak tengok kat TGV Sunway Piramid kelmarin. lagi mahal. 14 ringgit!. sebenarnya pelik kalau filem local ni mahal. kos filem cuma berapa sangat. macam langit dengan bumi nak banding dengan kos filem luar negara.
ok. ini filem melayu ketiga yang aku tonton di pawagam. selepas Lagenda Budak Setan dan Jangan Pandang Belakang Congkak II. aku memang susah nak tengok filem local kat panggung. salah satunya sebab filem local ni cepat je keluar DVD n siri download dia. dan keduanya sebab memang susah nak cari filem local yang berbaloi-baloi.
full review Ngangkung:-
mengisahkan Azim, seorang driver lori yang hidup begitu sederhana bersama isterinya Suri dan seorang anak perempuan. dua lagi kawannya. Tasnim dan Wan pula adalah kaki nombor ekor. disebabkan ingin membahagiakan anak isteri masing-masing dengan kesenangan hidup. mereka menjebakkan diri dengan aktiviti 'mengangkung' (mintak siri nombor ekor dengan hantu) melalui bomoh-bomoh kampung. dari aktiviti haram inilah mereka sering diganggu oleh hantu-hantu yang menggugat ketenteraman hidup mereka. selama manakah mereka dapat bertahan dengan gangguan hantu 'ngangkung'? yang itu kena tonton sendiri. :p
over all. cerita ini berjaya digarap dengan begitu baik hasil sentuhan pengarah dan pelakonnya. setiap scene lakonan dilihat 'hidup'. scene yang lawak memang gila lawak. scene yang terkejut memang gila terkejut. scene yang sedih memang boleh tahan sedih. cerita yang tidak boring dan punya mesej tersendiri. 12 ringgit yang dilaburkan aku kira sebagai berbaloi-baloi. Shaheizy Sam yang berlakon dengan suara besau dan muka extra tembam (sebab dia macam rapatkan dagu ke leher) menjadikan watak dia sungguh berbeza dari filem-filem beliau sebelum ni.
baiklahhh. dengan itu, dari 10. aku boleh bagi 9 bintang!..
Comments
P/S : Nak Jadi Artis Ker Nak Habiskan Belajar Dulu? Aku Buntu!