review film:-Jangan Pandang Belakang Congkak 2




ok. cerita yang dijayakan oleh Lan Pet-Pet dan Cat Farish ni aku tengok kat MidValley malam jumaat hari tuh. jam 9.30malam. duration dalam 1jam 20 minit. aku tengok dengan seorang rakan blog. siapa dia tak payah lah cerita. buang masa tau jaga tepi kain orang banyak sangat nih. huahuahua!

sebenarnya tengok cerita ni dengan harapan dapat redakan stress belajar. rehat jap dari belenggu assignment n lab report yang ntah apa-apa. sebab tu lah pilih cerita yang kelakar dan santai. sebab kalau ikutkan, mana nak tengok sangat cerita local nih. buang duit tau 10ringgit duduk sejam 20minit je mana berbaloi. eh, tapi kali ini orang belanja yahoo. save duit aku.

ok. shaheizy Sam tak ada. huh. hilang sikit mood pada mulanya. tapi tak apalah. layan jela. cerita ni sungguh kelakar pada 40 minit pertama. memang berdekah-dekah ketawa sampai nak pecah perut tengok telatah Lan Pet-Pet dan Cat Farish yang berusaha berjumpa macam-macam bomoh demi membuang badi hantu dalam badan mereka, yes. Mustika lakonan Lisa Surihani masih memburu saka arwah datuk diorang. cuma bezanya. kali ini Azlee adalah rakan subahat Mustika. kononnya saka tersebut boleh buat diorang berdua kekal muda selama-lamanya. 

untuk masa-masa seterusnya. lepas part Lan Pet-Pet dan Cat Farish berjaya menemui bomoh handal untuk belajar ilmu perbomohan. dia punya feel kelakar macam dah kureng. macam ngarut dan ke laut. oh ya. masa ni lah munculnya watak Nora Danish selaku anak kepada Tok Bomoh. alahai. ada gak nak berjiwang bagai. itu la yang macam bosan sikit. tapi Nora Danish comel. pastu asyik pakai ala-ala berkemban je. ermm. orang lelaki mesti suka tengok. Auww!

dan seperti diduga,  cerita ini berkesudahan yang baik. haruslah yang baik akan menang rite. macam biasalah takkan tu pun you all taktau. over all. cerita ni memang boleh bikin aku bergelak ketawa dan misi menghilangkan stress dapat dicapai dengan jayanya. dan jika berminat, bolehlah anda tonton kalau mahu, kalau taknak pun tak apa. I tak rugi, ini sekadar review modal update blog sahaja. bukannya apa-apa. hahaha!


Comments

Shahada Fauzi said…
setuju dgn sarah..40 minit awal tu kelakar kot..ari tu pergi tengok jugak sbb nk hilangkan stress kerja..pas balik kerja terus pergi tengok wayang cite ni..gelak2 smpai lupe masalah kerja..hohoho..
gadisBunga™ said…
salam...dah lama tak tgk movie sebab tak sempat. tak lama lagi agak2 kuar tak kat astro? :)
~~waniyummy~~ said…
ade hati nak tgk jpbc2 gak..tp belum berkesempatan...thanx utk review yg dberi
akubiomed.com said…
Ada surat khabar menulis penampilan Nora Danish Mak Jan bergetah meletop menyebabkan watak lain tengelam. Betulke? Macam best je cerita ni

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S