Nasi Goreng Miss Sakura.
hi all. sebenarnya hari ini hari sibuk. sibuk menyiapkan kerja sekolah yang bertangguh n pulun siapkan dia last minute sebab due date hantar report tiba-tiba diawalkan. sambil buat kerja sekolah, sambil menghadap Facebook. sebab taknak ikut teladan En.Sasuke yang tak ada akaun Facebook. report jadi tak siap-siap. padan muka aku. errr, untuk pengetahuan, ini bukan blog pelajar cemerlang. pelajar cemerlang bukan blogger ini. tapi mudah-mudahan ini adalah blog kekasih cemerlang. *muntah!
dah lama sebenarnya tak ambik port mengasapkan dapur. tak boleh macam tu. perempuan kena masuk dapur memasak. <- fikiran tipikal orang kita. padahal lelaki ke perempuan kena sama-sama boleh memasak. sebabnya kelak nanti kalau pasangan anda sakit dia mesti nak rasa air tangan anda. baru boleh sembuh cepat. ok. nampak tak. tips dari kekasih cemerlang dah muncul. *tetiba!
ok. jangan terpedaya lalu terpercaya. sebab fakta yang betul ialah. acara memasak sememangnya tiada kaitan langsung dengan kekasih. memasak di zaman masih bujang adalah demi selera tersendiri, disamping itu dapat juga menjimatkan wang saku anda yang tak seberapa nak banyak tu. jadi berbanggalah jika anda berjaya turun dapur untuk memasak sekalipun yang terhasil cumalah Nasi Goreng Sotong. ok apa. kalau nak banding dengan mee maggi rendam air panas. :p
tak boleh bebel banyak. sebab kerja masih melambak. kita sudahi entry ini dengan ulasan terhadap tajuk tersebut iaitu:- En.Sasuke dah pandai nak panggil aku Miss Sakura.. Ceh
Comments
latest entry hilang sedikit beban di bahu
Takkan Hinata plak.
haha~
masalahnye masih ramai lagi yang berfikiran tipikal macam tu.so nak tanak kena la layankan jugak~