kerana takdir itu, bukan dalam genggaman kita.



aku: salam, wei. lama dah tak jumpa ko. sorry la raya hari tu handphone shutdown terus takleh idopkan.

ija: aaaa. ok. takpe. kitorang aritu ada raya sama-sama. nak contact ko tak dapat.


aku: itulah kan. ruginya. takpela next time ada masa jumpa lagi. weh ko apa cerita sekarang? dah dapat kerja lom?

ija: sedang mencari. sementara masih duk kat umah je ni tanam anggur tapi belum berbuah.


aku: haha. wei. mr.A apa citer?

ija: hah. si gila tu. jangan tanya. mungkin dia tengah bahagia ngan minah gila.


aku: aaaaaaaa. apa dah jadi ni, siapa pulak yang gila?

ija: ko klik kat link aku bagi tu. tengok sendiri.


aku: uhuk! benarkah ini. dia dah ada gf baru eh. wah. bergambar mesra lagi. sejak kapankah ini?

ija: mungkin dah lama. tanpa pengetahuan aku.


aku: jadinya korang dah break la ek?

ija: apa lagi nak dikata. macam yang kau tengoklah.


aku: sobs!. sobs!. apahal aku rasa sedih lak. sayangnya. dah lama kan korang....

ija: itulah. mulanya aku banjir gak. menangis sedih gila nak mampus. puluh kali aku kol tak angkat. break dengan mesej je kot.


aku: aku tak sangka dia buat ko camni. ishhh. tetiba lak aku rasa benci. kan ke aku pernah tumpang korang balik umah dari putrajaya ke labis dulu. tengok elok je korang dua. rasa macam baru je. 

ija: mungkin banyak yang kurang kat aku. dan banyak lebihnya minah baru dia tu.


aku: errmmm. takpela. mungkin dia bukan yang terbaik untuk ko kan. tapi aku still tak sangka. korang kawan dah lebih 3 tahun pun kan. ish.ish.


(petikan YM aku dan seorang member rapat. hujung Syawal lalu)




siapa boleh jamin, insan yang kita pegang kemas hatinya hari ini, adalah insan yang sama akan pimpin tangan kita 10 tahun lagi. jangankan 10 tahun lagi. 10 bulan malah 10 hari sekalipun, tiada jaminan bukan.? hati manusia boleh berubah. bukan aku mengata orang lain, kerana satu hari entah bila kala, demikian mungkin juga berlaku pada aku. ( I hope it wont happen). sungguh aku tidak bisa berjanji kerana aku mungkin akan memungkiri. untuk waktu-waktu mendatang. andainya rasa kita yang satu itu berlalu. jangan musuhi aku, namun aku tetap izin dibenci dalam hati.



~ kerana takdir itu, bukan dalam genggaman kita ~

Comments

nurain said…
yup....pandai2 la jg hati masing2....aku pon dalam dilema gak ni..cuma tetap berdoa moga ada jodoh bukan je kekal ke jinjang pelamin tapi hingga akhir hayat...
ijan said…
huhu..
cite ini menusuk ke jantungku..
wawawa...........='(
ZACK ENTRY said…
kita hanya merancang, DIA yang menentukan..=)
beautiful_rose said…
itu y buat aku rasa takut...
AM SYA said…
sedehla bace..tasuke2!
Mintk dijaohknla dr bnd2 cmni
Hafiz Yusof said…
moga nampak jalannya
Azrul Hisham said…
jodoh tu rahsia ALLAH...insyaAllah kawan kamu tu akan jumpa lelaki yang lebih baik nanti :)
Hami Asraff said…
"Manusia boleh berubah sekelip mata." Ungkapan ini yang acapkali ku sematkan dalam diri. Pelbagai ragam dan gaya hidup manusia akan dijumpai hari demi hari. Ini adalah pasti.

Hari ini terlalu baik dengan kita. Jangan harap esok akan masih baik dengan kita. Percayalah. Hati manusia ini terlalu mudah 'diperdaya'. Sangat mudah. Kalau tak berhati-hati pasti kita terjerus bersama.

Suka ku berikan kata-kata ini kepada sesiapa pun, "Janganlah terlalu menharap kepada sesuatau yang belum pasti. Selagi tiada ungkapan ijab dan kabul selagi itulah tiada perhubungan yang dihalalkan di dalam Islam."

InsyaAllah teruskan berdoa tanpa berputus asa. Wallhu'alam.
~~waniyummy~~ said…
setiap berlaku pasti berlalu..
Anonymous said…
cek sakura...jgn terlalu emosi
Anem Arnamee said…
Salam..

hurm..sedih.itulah smeua sementara kan, kena bergantung harapan pd yg esa, bukan sape2 mahupun sdia. sesungguhnya betulla takdir bukan dlmgenggaman kita:)
Shahada Fauzi said…
sedih..tapi itulah kehidupan..

bercinta lama tak semestinya bertahan sehingga terjalin ikatan yang sah..kadang2 pasti kecundang di pertengahan jalan..

semoga kawan sarah tu tabah..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S