entry ini biasa-biasa saja.
salam sejahtera. moga semua sihat-sihat belaka.
hari ni, dan semenjak beberapa hari aku tak berapa sihat sangat. demam datang dan pergi, badan kejap rasa sejuk kejap rasa panas. ada selsema, ada batuk. sakit tekak. sakit pinggang. cepat keletihan. ops! ini bukan sejenis keluhan. ini cuma penceritaan. sebenarnya aku tertanya-tanya jugak. apa kena dengan aku. pembawaan budak barangkali. oh. aku tau. ini mungkin sebab cuaca KL yang panas agaknya. kat dalam kelas orang lain pun ada batuk-batuk n selsema. bukan aku seorang saja yang dilanda sakit.
dan bila tak sihat sangat. semua perkara kelihatan tak menarik. nak fokus study pun rasa tak tertarik. eh, pernah ke benar-benar fokus study?. cop. itu bukan alasan. rasanya fokus belajar memang tak pernah ada sejak masuk U. adik-adik semua jangan contohi ya. dah masuk U belajarlah untuk fokus belajar. jangan jadi macam saya. ~nasihat ini ikhlas~.
ok. selsema ini sudah mula menyakitkan kepala. sabar.
tentang cinta hati yang satu. eh. sebenarnya macam bukan satu. mungkin dua. mungkin tiga. eh. banyaknya? sungguh bukan koleksi peribadi. tapi hati masih berbelah bahagi. pernah tak kamu berada dalam situasi seperti mencari kesimpulan awal terhadap satu-satu eksperimen. sebenarnya mempunyai beberapa pilihan bukanlah sesuatu yang bagus. sungguh malang pabila hati sendiri begitu sukar difahami.
ada orang, yang sayang kamu sangat-sangat. bertahun setia menunggu kamu. berikhtiar memenangi hati kamu. sehingga kamu terfikir, apa salahnya aku terima saja dia. tapi ini bukan soal memilih dengan rasional akal. sebaik mana pun dia. sesetia manapun. sepakej extra nya dia. jangan jadikan dia mangsa. bukankah kamu tak pernah sekalipun sebelum tidur. teringat akannya?
ada orang, mungkin menjadi kesayangan kamu sedari dulu. hingga saat kamu menangis hari ini. kamu hanya mahukan dia menyeka air matamu. tak apa sekalipun dia jauh. kamu telefon dan berbual dengannya. semangat kamu bangkit semula. kamu sedar, persahabatan yang dahulunya sebuah percintaan itu begitu kuat berkadar dengan masa. bukankah sudah 12 tahun. kamu mengenalinya?
ada orang, kamu rasa begitu dekat dan mesra sekalipun belum mengenal dengan lama. tapi hati masih bertanya. benarkah dia. harusnya kamu mencuba tetapi tidak mahu ada yang kecewa. kamu letih sendiri apabila perancangan dan haluan tidak pernah sama. rasa suka, rasa selesa. rasa itu buatkan kamu keliru.
kadangkala kita merasakan bahwa kita sudah cukup matang mendepani yang namanya soal hati. tapi sebenarnya masih jauh lagi. masih jauh lagi untuk benar-benar memahami hati sendiri. dan beberapa hari ini. cuma kawan selama 12 tahun itu saja yang memenuhi fikiran. memang mintak maaf. mintak maaf untuk entry ini. entry ini memang luahan yang entah apa-apa.
Comments
tapi tak ingat iklan ape
nway..
smoge cepat cergas n cerdas semula ye cik gadis=)
ye, makin nak paham makin tak paham.
#kujie
aaa, kak jie. mmg hati tak tipu kan.
#darkbatman
itulah, emosi pun campur tangan
#gadisbunga
sangat complicated.
#Rara
yepz. sampai bila ntah macam ni
#bius saraf
haha, tang pembawakan budak tu auta okeyh. lol
skng musim pompuan ada masalah hati kah -____-