bakal ada anak angkat..

hari ni terlihat baby comel dalam gambar. comelnya dia.. baby boy. tapi sayangnya dia tak punya ayah. dan hanya punya emak yang masih bersekolah. aku dah mintak dah kat ayah angkat baby ni. nak tengok sendiri. nak jumpa budak ni depan mata, InsyaAllah weekend nih.

bila memikirkan. betapa ramainya bayi yang senasib seperti ini. boleh buatkan aku sebak macam nak nangis banyak-banyak. betapa bersyukurnya aku punya emak, abah, adik-beradik dan sebuah  famili yang sempurna. yang sayang aku dengan tidak berbelah bahagi.

hidup ini adalah tentang membuat pilihan jawapan. kita berharap agar jawapan kita itu adalah tepat. supaya natijah yang kita dapat adalah terbaik buat kita. dan pilihan paling tepat saat ini, adalah memikirkan tentang keluarga sebagai prioriti lebih dari yang lain-lain. InsyaAllah. semua akan baik-baik saja. Amin


Comments

ZACK ENTRY said…
wow, terus nak ada anak angkat..kak sara semakin berseri-seri..hehe =)





latest entry Bahana copy paste
akubiomed said…
Bukan senang nak ambil angkat kerana perlu ikut prosidur lebih-lebih lagi macamana nak bahagi masa kalau bekerja siapa nak jaga? Maaf ya saya kurang bersetuju jika status single ambil anak kerana lebih baik bagi peluang kepada pasangan suami ister yang tak punya zuriat. Macamana nak tangani status muhrim bila dah dewasa nanti?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..