Posts

Showing posts from December, 2010

berkecil hati dengan hebatnya !!!

saya benar-benar berkecil hati. selagi saya tidak mendapat penjelasan kenapa saya tidak diberitahu tentang berita besar itu maka saya tidak mahu mengucapkan sebarang ucapan tahniah pun sempena perkahwinan beliau minggu lalu. saya tak faham kenapa semua orang anggap. Facebook kan ada?? macam mana saya boleh taktau?.. Facebook memang ada. masalahnya saya bukan mengadap Facebook setiap masa. mungkin Facebook menyebabkan kita hilang nilai sentimental terhadap sesetengah perkara. sebelum saya kawen. saya akan diactivate akaun Facebook.! saya benci Facebook. benci!!!! p/s:- notis seminggu untuk 'kamu' mintak maaf.

anak Nogori berehi makan cili api?

entry ini imbas balik, masa trip ke Negeri 9 weekend lalu. masa tu aku lunch kat small food court kat pantai Blue Lagoon. aku pesan nasi goreng cili api. yep! aku ni suka sangat makan pedas terutama cili api. boleh gigit-gigit cili api begitu sahaja makan dengan nasik. lagi-lagi kalau ada budu. nasik putih ngan ikan goreng pun jadi. tapi kalau tak ada cili api memang kurang berkesan untuk tambah nasik. haaa. penangan cili api. walaupun pedas tapi  puas.  that time aku makan, ada geng bebudak sekolah duduk bertiga sebelah kami. diorang order makan nasik putih lauk ayam masak merah. lepas tu diorang mintak cili api kat owner kedai. owner tu bagi sepiring kecil cili api yang dah dipotong kecil-kecil. kagum jap aku. aku tanya En.H, macam ni ke anak nogori makan nasik?.. siap ada cili api tu, phew!! kalau kat tempat aku (Johor ke KL ke). macam mustahil la nak nampak bebudak yang bersekolah lagi dah selamba je makan cili api dengan nasik begitu sahaja. adik aku sendiri pun tak su...

Trip to Seremban-Port Dickson-Blue Lagoon.

cuti-cuti Malaysia. memang rakyat kita benar-benar memanfaatkan cuti. kalau di Kuala Lumpur ni. kebanyakan warga kota hanya bercuti-cuti di mall. MidValley, Sunway Pyramid, Suria KLCC, 1 Utama, Times Square, The Mines, Sogo dan lain-lain dengan aktiviti kalau tak shopping mesti tengok wayang. lepas tu bila beli tiket wayang atau  nak bayar barang shopping sampai kena beratur hampir 40 minit.so, mulalah depress!.. nahhhh. maka sesekali. menghabiskan cuti hujung minggu harus ada kelainannya. tak perlu habis duit banyak untuk plan for trip. yang perlu kita ada cumalah seorang 'driver' merangkap 'teman jalan-jalan' dan mungkin 'pemandu pelancong'. Ops!.. janganlah pilih khidmat berbayar. pilihlah yang percuma. ia percuma bila dia adalah 'teman tapi mesra' yang berstatus 'single' malah suka berjalan macam saya... ^_^ 'B.e.r.k.a.w.a.n.B.i.a.r.B.e.r.i.b.u.-.r.i.b.u' memang trip ini trip untuk dua orang. tapi bukan acara dating sebab tak rom...

K.A.R.M.A

Image
7 hari lagi.. bakal meninggalkan 2010. selamat tinggal segala tawa dan airmata sepanjang setahun lalu. untuk tahun 2011. aku masih disini. menulis di kamar catat ini. yang baca aku di kamar ini. yang seringkali baca aku dan walau apapun tanggapan dari apa yang anda baca dan mungkin jumpa dan kenali aku. sama ada betul dan salahnya. aku maafkan kalian dari hati kecil aku.  sepanjang hayat ini. aku selalu yakin bahawa hidup yang kita lalui tidak dapat lari dari KARMA. buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. hari ni kau persendakan orang. esok lusa akan datang akan tiba waktunya. yang kau persendakan tu akan dapat kat kau. KARMA adalah pengajaran dalam hidup. supaya manusia ni walau macam  mana bagusnya. jangan suka bercakap besar.  contoh:-  1. seorang lelaki menyindir kawan dia. "weh bai! takkan kau jadi kawen dengan minah tu.?.. dia tu tua 10 tahun dari kau dowh... apahal teruk sangat taste kau ni. BHAHAHA!!" tak sampai setahun dari tempoh dia ...

macam mana nak halau kau nih ????

aishhh. kau ni  tak sesudah. orang dah halau lagi mau datang jugak. berambus boleh?.. tolongla pergi dan sila pergi untuk selama-lamanya. please la. please! jangan ganggu hidup aku dan please mind ur own bussines!  aku penatla nak halau kau banyak kali. tak paham bahasa melayu nak aku cakap perancis ke apa. ini aku merayu sangat-sangat dengan rasa sesungguhnya merayu. plez go!..  aku cuma nak kau blah. sebab aku ada hidup yang masih panjang untuk aku teruskan. jangan stalk aku. dan jangan lagi datang blog aku nih. jangan stalk siapa famili aku. siapa kawan-kawan aku. ish, aku pelik kenapa kau macam banyak masa sangat boleh kenal siapa adik dan kakak aku segala.  ni last permintaan. tolong. tolong. tolongla pergi. PLEASE!!!

bila kali terakhir main basikal?

Image
serasa macam dah tak ingat macam mana nak main basikal. agak-agak masih hebat macam dulu ke tak?... huish. dah sekian lama meninggalkan dunia berbasikal (bajet atlet). padahal dulu-dulu. berbasikal adalah kenangan paling indah. indah sebab lelaki kesayangan saya di zaman dahulu sangat macho bila dia berbasikal. Oh! sungguh macho macam dia adalah paling macho ketika itu maka kalah lah semua lelaki lain dalam dunia ini. Hahaha!. dan pada ketika ini, beliau tetap macho. heh. bukankah beliau adalah kawan baik saya dari dahulu, kini dan akan datang. menjelang 2011.. nak masuk 13 tahun pun our friendship.. huaaa! oleh itu beliau tetap saya anggap paling macho sampai bila-bila.  *ini entry pasal apa sebenarnya Excuse Me!!!! hari-hari yang saya lalui, macam begitu pantas!.. tak terkejar walhal taktau apakah sebenarnya yang dikejarkan. dunia yang sementara. kenalan yang sementara. yes! ada sesetengah kenalan kita dalam hidup ni bersifat sementara. datang pergi sesuka hati. macam bisku...

Bicara Tentang Lelaki.. Siri 1

lelaki Oh lelaki.. :p bukan nak cerita pasal 'lelaki kesayangan saya'. tapi kita cerita pasal lelaki secara random. mungkin lelaki ini dan lelaki itu. mungkin lelaki anda. mungkin anda? si lelaki. dan para lelaki sekalian.  lelaki. some of them. mentang-mentang anda lelaki. selalu buat hal sesuka suki. Im a man. so I boleh buat apa saja tapi You tak boleh. contoh, you are talking about be punctual on a date and always bubling yang perempuan leceh lambat siap bagai. but You are actually the worst bila janji dan berjanji. tapi hanya tahu berjanji. I think next time you have to write down all ur bloody stupid promises. and check them out. dari 18 janji. mungkin 1 saja yang tertunai.  lelaki. some of them. selalu bercerita dan berlagak macam bagus. macam bagus tapi padahal tak bagus pun. cerita macam  Oh! you are the best and you are the perfect one. suka perlekeh orang itu orang ini. macamlah you tak pernah tengok cermin dan cermin diri. orang lama kata apa, cakap tak s...

untuk hari-hari terkemudian..

impian saya, saya mahu berjaya dan lebih berjaya. saya belum nampak lagi, apa saya akan jadi. I mean. kerjaya saya di masa depan. pengajian saya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang pekerjaan. bukan macam pengajian medic yang confirm akan jadi seorang doktor, bukan juga pengajian kejururawatan yang confirm akan berkhidmat sebagai jururawat. dan bukan juga pengajian alam perguruan yang confirm akan menjadi cikgu. saya dulunya hanya memilih pengajian secara semberono. Bioteknologi?. hurmm. saya main pilih saja, dan main belajar saja. saya tidak aim untuk after pengajian saya harus kerja bidang yang saya belajar. kerana pada akhirnya. saya rasa jiwa saya bukan dibidang ini. mungkin jiwa untuk belajar itu ada. sebab belajar bukanlah makan masa lama. macam pejam celik tup-tup dah habis. pasal kerjaya ni lain, satu perancangan untuk 'kerja dengan lama' tapi kalau jiwa tak ada dalam bidang ini? Oh! sungguh mintak maaf. dan seterusnya.. selain kerjaya. mungkin adalah soal berumahta...

My Dear, sila cepat pulang...

" You buat apa tu?.. online ke? " " Aah. tapi bukan online YM... " " Habis tu?.." " I ada depan PC, tapi I buat benda lain...." " Takkan You buat assignment kot.. You dah habis blaja kan..? " " Takla. I tengah mengarang ni... I menulis.." " You tulis apa?..." " Adalahhh......" " Baik bagitau I, You tulis apa?.." " Hahaha. nanti bila-bila You taulahhh..." " Apa yang rahsia sangat?.. You tulis apa dear?.." " I tulis blog.... I tulis pasal You..." " Haaaaaa..?! " ---------------------------------------------------------------------------- p/s: nanti satu hari, I bagi You baca blog ni.. OK?.. You.. cepat-cepat pulang eh. =(

hidup Angah yang advanture..

my sister yang nurse ppum tu bercuti semester. dah 3 malam berkampung kat rumah sewa kami. hari ni sepatutnya dia balik kampung dnegan train. train jam 9 pagi. dia bercuti dalam 2 minggu. lebih kurang.  semalam aku belikan tiket train tu untuk dia. pagi ini aku mintak adik aku yang form 4 tu temankan dia balik. since adik aku yang form 4 dah biasa dengan KL Central. sebab dah 2 minggu kerja sementara kat sana.  jam 8 pagi they all masih terhegeh-hegeh bersiap-siap. 8.15 baru keluar rumah. aku dah membebel-bebel macam mak nenek. geram dengan budak berdua nih. lepas diorang keluar rumah, aku sambung tido. dah pesan dah, kalau ada apa-apa mesej ke call ke. tapi sebab aku tido mati. tak dengar pun call, tiba-tiba aku bangun balik kul 9.15 baca mesej bahwa adik aku ketinggalan train. OMG! dan tetiba dia kata dia dah beli tiket baru malam esok pukul 11 malam. terus darah aku naik sampai ke muka! aku terus call n tanya. macam mana boleh tertinggal train. diorg kata sebab tunggu...

suasana di jalanraya KL yang SHIT!

Oh. SHIT! entry yang dimulakan dengan carutan. Ah. aku peduli apa..!  tak HOT pun. mood ok je sebenarnya. cuma kengkadang kesal sikit dengan ke'BullShit'an sebuah suasana yang memang aku rasa 10-20 tahun lagi pun tak akan pernah berubah.  bila fikirkan tentang kat mana aku nak hidup bila aku dah kawen nanti. agak 'pening' jugak. aku tak suka tinggal menetap di kampung. sebab bagi aku kampung adalah tempat untuk 'balik kampung' dan bukan tempat untuk menetap. sebab aku nak dalam life aku lepas kawen nanti aku dan suami dan anak-anak ada acara 'balik kampung' saban tahun. cuti-cuti raya, cuti-cuti sekolah. aku nakkan tradisi balik kampung ini terus ada. sebab balik kampung adalah indah. cuti-cuti dan kemudian balik kampung lawat emak abah. disamping dapat tengok pokok kelapa yang pelepah dia melambai-lambai. tengok ibu ayam bersama 10 ekor anak-anak ayam yang comel-comel. ok. itu adalah keindahan. untuk dapat moment indah yang sekali-sekala begitu, a...

pilihlah yang pandai menjaga hatimu..

malam semalam ada sedikit episod sakit hati. sedang sakit hati dan sakit perut. terdetik untuk send mesej kepada beberapa orang. tengah malam sebenarnya. bukan mesej meminta simpati. tapi mesej berbentuk menguji. mari kita lihat siapa yang kena....! benar-benar tidak sangka, dalam pada 4. memang hanya cuma 1 yang masih punya hati. entah kenapa hati aku macam begitu tersentuh. air mata mengalir. sebenarnya terharu. He is truely my bestfriend. forever and ever.  tidur semalam dengan airmata. airmata terima kasih. mr.S, you are truely my bestfriend. even though we are far away, u'll always in my heart. 

kesinambungan..

banyaknya bermenung dua tiga empat hari ni. fikiran menerawang entah kemana-mana. perasaan yang serabut. makin termenung maka diri semakin sugul. nak menangis tapi tak ada airmata yang mengalir. makan dengan tak ada selera. makan sebab terpaksa makan sebab dikhuatiri pengsan. semua perkara dirasakan tidak menarik. sendiri tak faham. fenomena apakah yang melanda ini? kawan aku kata, aku dilanda penyakit 'angau'. dia kata penyakit ini tiada ubatnya. ~KahKah~ dulu, aku pernah sampai 'angau' dengan sebuah watak kartun dalam anime Naruto. watak siapa lagi kalau bukan watak Sasuke. aku suka sangat watak Sasuke. sebab dia cool. sebab dia menyakitkan hati. sebab dia tak layan perempuan yang gilakan dia. sebab dia berlagak macho. sebab dia macam bagus. ok.ok. sudahlah tu. p/s: mr.sasuke.. bila you nak tunaikan janji?

jangan dekat kerana kamu bakal tercedera

Image
~gambar hiasan~ salam Isnin, selamat menjalani hari-hari kerja. dari Isnin ke Jumaat tak rasa macam lama kalau kita penat bekerja. ok. saya berkeputusan bekerja pada minggu ini. Eceh. rupanya kerja part time macam aku ni boleh pilih nak kerja ke tidak.  itu cerita kerja part time. kalau ditanya tentang kerja tetap. aku masih belum ready. atau mungkin lambat lagi untuk ready. dan mungkin tak akan ready langsung. anggap saja masih awal untuk fikirkan tentang kerja tetap. masih awal. masih awal.  menjalani weekend lalu dengan terperuk di rumah selama 48 jam. hanya keluar rumah untuk jemur basuhan. apa yang berlaku di luar sana pada Sabtu dan Ahad sungguh tidak tahu. dengar kata ada gathering bloggers bowling?. oh ya! sudah berkeputusan pencen dari bergathering maka keraskan hati untuk buat-buat tidak tahu. kalau pun kita jumpa. (yang pastinya bukan beramai-ramai). tolong anggap aku bukan blogger. jangan tanya url blog atau berbual tentang dunia blog dengan aku. sudah tida...

azam baru sebagai penulis blog

hai blog, hai semua.. Ahad yang sejahtera. ketika mencoret disini. aku ditemani sebuah lagu jiwang karat. Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu. asyik ulang dengar lagu ni puluh-puluh kali dalam seminggu ini. mood jiwang is On? belum pun tahun baru, tapi sudah ada azam. jangan kagum sangat. kerana azam ini bukanlah sebuah azam yang bagus untuk dicontohi. so dun ever follow this bloody stupid 'azam'. Haha! it may harm you..  bakal menulis sahaja:- aku semakin menganggap blog sebagai tempat aku membuat contengan/ catatan/ bebelan. aku tak rasa aku ada komitmen untuk membalas kunjungan bloggers lain. memang berbunyi arrogant di situ. tapi aku malas nak peduli sangat. aku baca blog yang mana aku nak baca. membaca dengan perasaan yang sungguh bebas. bukan komitmen. you all jangan percaya sangat dengan bloglist yang menyinari ruangan tepi blog ni. sebab itu mungkin sekadar bloglist yang mungkin aku baca dan mungkin tak. macam aku kata tadi. kebebasan mutlak di situ. menulis yang bai...

izinkan hati ini gembira..

Image
apabila kita memang sukakan seseorang. kita tidak kisah jika terpaksa menunggu dengan lama. malah menunggu dengan lapar dahaga. hari ini aku kenyang hanya kerana aku dapat melihat kamu lagi. kita tidak perlu fikirkan kesudahannya. andai juga kamu cuma setakat teman biasa. aku tetap gembira..! p/s: macam gila bila sanggup tunggu seseorang sampai 8 jam tanpa makan dan minum. nasib baik dia datang. kalau tak mungkin bakal pengsan seorang diri.

status single:- jual mahal atau tak laku?

salam Rabu to all of you.. harap semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu, sambil-sambil melepak depan pc, sambil minum-minum kopi. sambil baca blog. errr, baca entry tau. jangan datang-datang cari shoutbox je. kang buang shoutbox tu kang...! :p somebody ask me. my current status rite now. tak. tak. beliau tak tanya. "apakah status anda sekarang?..". nope. bukanlah soalan dia berbunyi se-skema itu. tapi dia tanya. "dah ada steady boyfriend ke?...". lebih kurang macam tulah bunyi dia. atau something like.. "dah ada calon suami ke?.."..eh. soalan tetiba berbunyi mulia jika title boyfriend ditukar kepada calon suami . Hahaha! tidaklah aku menjawab. "Oh.Its Complicated..". padahal memang nak jawab seperti itu. ok. aku juga tak jawab dengan ayat begini " My boyfriend is on his way...". padahal memang berhasrat mahu menjawab sedemikian. baiklah. akhirnya menjawab dengan begini. " belum ada..../ tak ada lagi.) dan jawapan naif itu...

food review:- Restoran Tasik Indah Shah Alam

Image
ini cerita Sabtu yang lalu. cerita makan-makan. lebih kurang pukul 8 malam, aku keluar dengan seorang kawan. beliau janji nak belanja makan. actually tak tau nak makan kat mana. aku ni kalau orang offer nak belanja makan, memang aku tak tolak. tapi syarat nak belanja makan. mestilah bukan makan kat tempat yang  aku pernah makan. bukan Kepsi, bukan Mekdi. aku tak demand pun sebenarnya. tapi bosanlah kalau makan benda yang kita biasa makan.  on that day, aku tak bawak pun kamera. tak tau plak kan kawan aku ni nak belanja kat tempat best. aku rasa memang tempat makan ni best. makanan dia best, suasana dia best. bab harga. paling best. tapi berbaloi-baloi. sebabkan aku pergi hari minggu, malam plak tu, memang penuh gak restoran ni. krew dia pun aku rasa macam tak cukup. lambat sket nak tunggu diorang ambik order. dan lepas order. dalam 25 minit gak tunggu order sampai. mungkin diorang perlu lebihkan staf untuk malam minggu. sebab customer memang ramai.  aku bukan kisah s...

setahun ini... bakal tinggalkan kita.

Image
salam. moga sejahtera semua pembaca.. sudah Isnin semula. selamat bekerja dan selamat menjalani apa saja rutin anda pada hari ini. diam tak diam. dah berakhir pun tahun Hijrah kita. nak tutup dah buku amal untuk tahun ini. esok dah buka buku amalan baru pula. serius macam tak perasan begitu pantas masa berlalu. ya. setiap kali tahun baru memang akan cakap macam ini. ulang lagi. "begitu pantas masa berlalu..". anda pun ulang ayat ini juga kan? setahun ini bakal melabuhkan tirainya. mari kenang semula. apakah setahun ini lebih banyak kejayaan dari kegagalan. adakah lebih banyak manfaat dari yang sia-sia. adakah setahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?.. walau apapun, setahun ini sudah mahu meninggalkan kita.  bersama lembaran baru dalam tahun Hijrah. petang ini sebelum maghrib jangan lupa baca doa akhir tahun. dan selepas maghrib, baca pula doa awal tahun. selamat datang tahun baru Hijrah. doa akhir tahun, baca sebelum maghrib. doa awal tahun, baca sele...

cerita boring sang bujang vs berkahwin..

Image
dalam hidup, bukan hari-hari kita rasa semua perkara adalah menarik. ada masa memang boring. lalu terkeluarlah cerita boring sebegini. cerita hanya sekadar contengan. mungkin ya. mungkin tidak. mungkin kena. mungkin tak. layanzzz! kadang-kadang kan, yang ada paras rupa. yang dah ada kereta. dah ada rumah. yang dah pakej lebih dari mampu untuk mendirikan rumahtangga. mereka masih lagi sendiri. tak ada isteri. tak ada suami. tak ada boyfriend. tak ada girlfriend. setiap hari pergi kerja balik kerja. yang lelaki kalau boring-boring melepak kedai mamak. kalau ada game bola best gak. kalau tak. layan teh tarik sambil perfikir, "kalaulah aku ada bini..". kalau perempuan pulak, aktiviti layan drama. layan sinetron. paling advanture pun pegi berendam dalam tab mandi. dan kemudian berangan. "kalaulah aku ada laki..". lain pula ceritanya bagi yang dah berkahwin. ada suami, ada isteri. suami kerja, isteri pun kerja. isteri bangun tidur suami dah pergi kerja. isteri balik ...

cerita selepas 3 hari..

salam Jumaat. eh. dah Jumaat balik?.. macam baru saja merasai Jumaat baru-baru ini, alih-alih dah Jumaat semula. dan Jumaat kali ini. sudah Disember. sungguh pantas masa berlalu. macam. Bling.Bling!.. macam magic. macam. ah sudahlah tu! dah 3 hari tanpa cerita baru. 3 hari blog terbiar. 3 hari tak jenguk Nuffnang. ek eleh. asal jenguk blog je mesti jenguk Nuffnang. ek.eleh. korang pun sama kan?.. 3 hari tak update kenaikan B.E jadi sangat sedikit. tapi tetap ada 5 B.E yang masih running. terima kasih Nuffnang. mmuah.mmuah! sebenarnya tak update blog sebab tengah tumpukan perhatian untuk exam. haha!. memang mimpi nak pakai alasan macam ni. kahkah!.sebenarnya tak update sebab takde line internet. streamix nilah. janji punya janji punya janji. konon 3 hari selepas pasang telefon, tapi jadi 12 hari. haaaa. nasib baik hari ni mereka datang kasi setel problem. kalau tak. kalau tak. aku dah karang dah surat mengkritik streamix. nasib baik belum hantar ke Harian Metro.! rindunya nak pakai s...