Posts

Showing posts from 2015

Barang Hantaran untuk lelaki.

Image
Assalamualaikum. berjumpa lagi. kali ni nak update pasal barang hantaran kawen. serius aku belum beli satu pun. kalau ikutkan hanya tinggal 50 hari saja lagi. tapi takpe aku yakin semuanya akan dipermudahkan oleh Allah InsyaAllah. foto di atas adalah contoh dari facebook. bukan hantaran for my wedding.  tapi rasanya barang yang aku pilih untuk hantaran kepada pihak lelaki tak lari jugak, sama macam dalam gambar kat atas ni.2 dulamg lagi tambah coklat and buah-buahan. gubahan pun buat simple je letak bunga-bunga. maybe pilih color white or cream jugak sebab warna camni boleh menonjolkan barang-barang yang kita bagi. if warna lain barang hantaran macam tenggelam pulak.  jadi projek weekend ini adalah mencari barang hantaran. aku tak beli sikit-sikit macam orang selalu suggest tu. takpelah beli je sekaligus semua. senang kan sekali jalan je. kami pilih jumlah dulang 5 berbalas 7 sahaja. itu pun dah bingung nak bagi apa. lagipun dulang girls tak ramai pun. t...

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalamualaikum, hi. kali ni nak share tentang pengalaman pergi klinik and ambik ujian saringan HIV untuk berkahwin. ok. ceritanya sebelum ni aku dengar dari orang yang ambik darah hanya cucuk dekat hujung jari. alahai. macam senang je macam tak sakit je. so tak kisah pun. then on the day aku pegi klinik dengan encik tunang, lepas serah ic, isi borang then nurse panggil encik tunang dulu. dan lepas tu, jeng jeng jeng. encik tunang duduk tepi nurse, then tetiba nurse keluarkan jarum picagari. wakaka. kalau dah pakai picagari tu apakah maksudnya. maknanya cucuk kat lengan lah kan. so lengan kita letaklah atas meja, and nurse pun carilah urat darah kat lengan tu, zasssss. half of picagari jugak darah yang diambil. tapi encik tunang relax je wakaka. sebab urat darah lelaki kan of course nampak jelas. lain kisahnya bila sampai turn aku. ok, ujian ni rapid test je. terus boleh tahu result on the spot lepas beberapa minit. if satu line sahaja maknanya negatif atau non reaktif. makn...

checklist persiapan kawen.

8 September 2015. pejam celik pejam celik, now tinggal 3 bulan sahaja lagi menjelang hari bahagia. so ini adalah catatan persiapan kawen untuk diri sendiri atau mungkin berguna juga untuk orang lain. jom cek progress persiapan perkahwinan. 1. Kursus Kawen done, aku ambik dah 3 tahun dah walaupun at that time belum jumpa lagi dengan en.tunang. nasib baik ambik awal. time tu rm80.00 je. masa tunang I kursus bulan Februari hari tu dah naik yuran rm120.00.tak rugi kursus awal sebab sijil valid forever. hehehe. 2. Fotografer Wedding dah booking sejak bulan lepas n dah bayar deposit.sebenarnya banyak pilihan untuk servis wedding fotografer ni tapi aku kena pilih yang ada team (lebih dari seorang) sebab majlis ni melibatkan 2 pasangan pengantin. n dua slot nikah dan sanding pada hari yang berbeza. so aku pilih   http://www.ezywedstudio.com/ yang biasa layan job kat Muar, Batu Pahat, Segamat. pakej wedding fotografer adalah below rm2000.00. 3 Kad Kawen/Bunting ...

Pelamin Pallet.

Image
Assalamualaikum. salam 10 akhir Ramadhan. dah dekat raya semua orang sibuk buat persiapan raya tapi aku sibuk mencari idea untuk wedding. hari-hari lawat web mudah.my kot boleh carik something rare, nice and cheap. haaaa. so bila surf anything yang related dengan wedding ni, one of the list yang mesti ada ialah pelamin. actually my sister dah book dah bridal yang ada pakej pelamin, baju, hiasan meja beradab dan lain-lain. walaupun kami sebenarnya masih berkira-kira nak bersanding ke tak sebab semuanya pemalu.  bila surf tentang pelamin ni, aku terjumpa something yang lain sikit dari yang selalu ada kat majlis perkahwinan which is pelamin pallet. kayu pallet ni kalau ada yang taktau sila tanya en.Google. tapi lately dah banyak dah orang yang gunakan kreativiti untuk menghasilkan something dari kayu pallet macam perabot rumah, meja. dan macam-macam.  I dont know lah taste orang but for me, pelamin pallet ni not bad jugak kalau kita pandai hiaskan dia jadi can...

Episod Jarak Jauh

Assalamualaikum. Alhamdulillah, 11 Ramadhan. dah nak berakhir bulan Jun bermakna dah 2 bulan setengah bekerja di Mersing. kenapa rasa macam dah lama?. maybe sebab dah berjauhan dengan famili and insan tersayang. jadi rasa macam dah lama padahal baru je. baru dua kali dapat gaji. dalam tempoh tersebut, aku dah mengalami apa itu percintaan jarak jauh. jika sebelum ini kat Putrajaya ke mana-mana untuk apa-apa urusan boleh harapkan si dia, tapi now berbeza. semuanya aku uruskan sendiri dari A to Z. mujur ada kawan-kawan yang baik dan banyak membantu. kalau dulu sebulan sekali cuma fikir nak balik kampung, sekarang dalam sebulan kena fikir nak balik kampung di Muar dan nak pergi Senawang untuk berjumpa dengan En.Tunang (uruskan hal persiapan kawen). akan datang kalau dah kawen pun akan berhadapan dengan perkara yang sama. so weekend memang masa aku untuk travel.  bab berjauhan ni sebenarnya tak ada apa sangat, just kena standby bajet untuk travel jelah. mersing ke senaw...

Bride To Be: Warna Tema Wedding

Image
Assalamualaikum readers. Alhamdulillah. walaupun berada di bulan Ramadhan, tetap nak story pasal planning untuk wedding. tak sampai 6 bulan pun lagi, memang dah tak lama untuk buat persiapan.  InsyaAllah majlis perkahwinan pada Disember ini akan melibatkan 3 pasangan pengantin iaitu aku dan 2 lagi adik aku yang akan kawen serentak. syukur pada Allah kerana telah menyusun atur hidup kami. tak plan pun pada awalnya nak kawen sama-sama tapi itulah kalau dah jodoh. tidak cepat dan tidak lambat. ianya tepat sampai pada masa yang paling sesuai menurut aturan Yang Maha Esa.  apabila dah setuju nak adakan majlis untuk 3 pasangan sekaligus, perkara pertama yang kami bincangkan adalah warna tema. nak warna apa untuk baju pengantin dan khemah dan pelamin segala. sebenarnya warna kegemaran aku adalah purple, tapi purple dah dipakai oleh kakak aku masa wedding dia 3 tahun lepas. so kami mestilah nak warna lain pulak. takkan nak warna sama lagi kan. berbincang dengan adik lelak...

Selamat Bertunang.

Image
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kepada hambaNya. segalanya adalah atas aturan Allah. Allah sebaik-baik perancang. walaupun pada mulanya perancangan aku adalah tidak mahu mengadakan majlis pertunangan. sekadar rombongan merisik and then terus kawen InsyaAllah hujung tahun ini, tapi saat akhir keluarga pasangan bagitau lebih baik rombongan mereka tidak datang hanya untuk merisik tapi sekaligus bertunang. aku pun secara magiknya dalam tempoh 24 jam menjadi superwoman membuat persiapan barang hantaran and mencari baju tunang. disebabkan keputusan last minute. adik-adik aku yang kat KL ketiga-tiganya tak dapat balik maka aku survive lah seorang diri membuat persiapan.  ini adalah bajunya yang aku pakai on my E-Day. kebetulan aku dah beli baju ni 2 minggu sebelumnya. masa beli ni memang niat asalnya saja nak pakai untuk shoot saja-saja masa minggu wedding. baju tambahan konon-konon. aku beli dari satu butik kat Labis. Butik Sri Andaman Comel. masa b...

Berhijrah ke Mersing

Image
Hi readers. Alhamdulillah berjumpa lagi untuk entry kali ini. lama tak update sebab busy sangat. busy kerana berpindah demi mencari sesuap nasi sehari-hari. syukur Allah takdirkan dapat berkhidmat secara tetap di negeri kelahiran sendiri iaitu di Johor. sibuk menguruskan episod baru kehidupan sejak 15 April 2015. hijrah kali ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup kerana InsyaAllah akan berkhidmat lama di lapangan 'berkhidmat untuk masyarakat' atau disebut sebagai perkhidmatan awam. aku kini adalah sebahagian dari keluarga Jabatan Agama Islam Johor. dan telah ditugaskan di daerah Mersing. Alhamdulillah. walaupun jauh juga dengan famili tetapi aku positif bahawa Allah telah tentukan sesuatu yang terbaik untuk aku.  Mersing adalah daerah yang cantik kerana disini ada banyak pantai, laut, dan juga pulau-pulau. sesuatu yang aku sangat suka iaitu elemen air. walaupun tak pandai berenang tapi boleh berendam satu badan dekat tempat yang cetek. kalau dulu duduk Putrajaya bol...

Berkunjung ke LIMA'15 Langkawi

Image
Assalamualaikum dan hi readers. Baru-baru ini telah berlangsungnya LIMA'15 Langkawi iaitu Langkawi International Maritime &Aero space Exhibition iaitu pada 17 Mac 2015 hingga 21 Mac 2015 di kawasan lapangan terbang Langkawi, Kedah. Setelah beberapa kali LIMA diadakan di Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri show begini di depan mata. dan lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapaku. Alhamdulillah rezeki. kebetulan diorang diajak oleh jiran kami. maka aku berpeluang turut serta memandangkan aku pun telah berhenti kerja dan bercuti panjang sementara menunggu surat panggilan dari SPA Johor. Sedikit info berguna sekiranya anda ingin berkunjung ke LIMA Langkawi:- show bermula jam 11 pagi atau 12 tengah hari, bergantung kepada jadual penerbangan domestik flight di Langkawi. selesai semua penerbangan berlepas dan mendarat, maka barulah show LIMA dimulakan.  sekiranya ingin menonton show di kawasan sekitar lapangan te...

20 bulan bersama.

Image
diam tak diam, hampir 20 bulan dah kita bersama. masa mula-mula kita berkenalan, aku masih tak dapat membiasakan diri. berbulan-bulan jugak ambik masa nak biasakan diri. tapi kau masih ada disisi dan diperlukan oleh kami, wahai Si Putih yang banyak berjasa. kali pertama kita bersama adalah 20 bulan yang lalu. kalau ikut bulan, masa tu aku masih lagi di usia 25 tahun. jadi impian nak berkereta di usia 25 tahun Alhamdulillah tercapai. walaupun masa itu aku tak tau macam mana nak bawak kereta. tapi kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak biasakan bawak. so I dun care. Hahaha. walaupun aku bukan owner pertama, mungkin owner ketiga. tapi aku macam memiliki kereta yang baru. tidak banyak ragam dan mampu pergi sehingga 140 km/j di atas highway tanpa masalah. yang pasti bukan aku lah tu yang drive selaju itu. itu dah tentu nya mr.kesayangan lah. beliau itu memang super power kalau memandu. ini baru kereta 2nd hand, kalau beli kereta baru seperti Honda HR-V, bagaimanalah ag...

Nasi Goreng Special

Image
Assalamualaikum. Hai readers. hai kawan-kawan. selamat berhujung minggu. hari ni kita update pasal story masak-masak di dapur. kali ini menu nasi goreng. nasi goreng memang menu terpaling simple and boleh di makan bila-bila masa tak kisahlah sarapan, lunch or dinner. sebenarnya memang nasi goreng lah benda paling kerap di makan tapi kadang sebab bosan kan takkan nak goreng nasi je so sometimes buatlah lauk sampingan untuk dimakan dengan nasi goreng. waktu ni yang ada kat dapur cuma kentang, ikan bilis, bawang, and cili api. so terhasil idea nak masak tumis goreng bahan-bahan tersebut tapi make sure kentang dan ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. barulah kemudian menumis bawang and masukkan balik kentang dan ikan bilis yang dah digoreng. kalau nak pedas tambah cili padi. ini memang kegemaran. tak ada ayam pun tak apa. tak kisah tetap berselera. over tak siap hias sikit nasi goreng tu nak bagi nampak menarik padahal nak makan sendiri je. haha. yang ini pulak na...

Menu Nasik Impit

Image
Assalamualaikum. Hai readers. Percaya tak yang kita dah memasuki bulan March dan kurang 10 bulan lagi nak berakhir 2015. How time flies? bukankah terlalu pantas kan.  Ok. entry kali ini nak kongsi hasil masakan orang bujang. Last Sunday my sister yang kursus kat Kelana Jaya datang Putrajaya. so aku excited nak masak lah untuk beliau. masak nasik macam biasa tapi tetiba nasik yang ku masak lembik. terlebih air. fikir punya fikir nak buat macam mana dengan nasik lembik ni. last-last terfikir yang kita boleh buat nasik impit dengan nasik lembik. terus cari bekas aluminium then letak nasik lembik and padatkan dengan sudu. tekan-tekan lah nasik tu and biarkan dia sejuk. biarkan je dalam 2 jam. dalam masa dua jam menunggu tu bolehlah masak sup ayam. takkan nak makan nasik impit macam tu je kan.  after sejuk. nasik tadi bolehlah dipotong-potong. sup ayam pun dah masak, so terhasil lah soto ayam. sup ayam bolehlah letak kentang. kalau nak pedas leta...

IOI City Mall Putrajaya

Image
rasanya ramai yang dah maklum tentang kewujudan Mall baru ini berhampiran Putrajaya iaitu IOI City Mall Putrajaya. sebenarnya dah lama dah kami ke sini. dalam sebulan selepas mall ini dibuka untuk orang ramai. tapi baru kali ini nak share tentangnya dalam blog. kalau on the way dari Putrajaya, makan masa dalam 15 minit sahaja dah sampai. at that time kami pergi memang ramai sangat orang and parking dia masa tu belum berapa teratur lagi so jem dekat parking. tapi sebab masa tu parking masih free, so tak apalah.  dari tepi jalan lagi dah jem nak parking. ini yang masa baru-baru opening la. now taktau macam mana keadaannya. mungkin dah okay. actually masa kami pergi sini, time tu masih banyak lagi kedai yang belum beroperasi. Magnum punya kedai aiskrim pun tak bukak lagi masa ni. tapi IOI City Mall ni memang besar, lagi luas dari Alamanda. kedai makan pun lagi banyak pilihan and of course pengunjung pun lagilah ramai. macam semut. masa kami pergi ni b...

Akuan Sumpah di Istana Kehakiman Putrajaya

Image
selama lebih 3 tahun menetap di Putrajaya dan sudah berpuluh-puluh kali tengok Istana Kehakiman ini tapi tak pernah jugak masuk ke dalam. jadi hari semalam, aku telah membuat keputusan untuk membuat Akuan Sumpah di Istana ini. Ya. walaupun PesuruhJaya Sumpah ada di mana-mana. tetapi jika tidak kali ni maka bilalah lagi aku berpeluang masuk ke Istana Kehakiman ini.  siapakah arkitek yang menyusun atur bangunan-bangunan di Putrajaya ni. kalau dilihat memang ada simetri gitu. betul-betul bangunan Istana Kehakiman ini berhadapan dengan view yang begitu cantik hingga terlihat Masjid Besi Putrajaya.  view didalam Istana biarlah gambarnya kuabadikan seorang didalam simpanan. tapi ianya memang cantik seperti kita masuk ke dalam istana. urusan aku juga sangat lancar dan pantas dapat diselesaikan. Akuan Sumpah disini adalah percuma bagi kes aku iaitu Akuan Sumpah untuk perlantikan ke perkhidmatan awam. kalau kes lain. mungkin ada dikenakan bayaran tapi tidaklah ...

PTPTN: Membayar Dengan Senyuman.

Image
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah untuk setiap episod hidup, yang baik dan buruk, tiap-tiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. semoga kita semua terus positif dan selalu bersyukur. Bulan Disember 2014. Alhamdulillah Allah rezekikan dengan extra income jadi entah mana datangnya gerak hati nak bayarlah hutang PTPTN yang dah berlapuk dah lama sangat bertahun tak bayar. Azam tahun 2015 ni nak mula lunaskan hutang. memang dulu ada pernah terniat malas nak bayar PTPTN tapi hidup macam mana nak tenang kalau awal-awal dah berniat taknak bayar. kalau kita berkira-kira takut tak cukup, Allah akan bagi rezeki mengikut sangkaan kita. Jadi positif dan bersangka baik bahawa Allah akan mencukupkan kita.  Niat mahu melunaskan hutang kerana Allah. InsyaAllah yakin kalau kita buat benda yang betul, Allah akan permudahkan jalan kita. Amin. 

Yuran Baru Kursus Kawen.

Hai, lama tak update blog. hari ni I free sikit. Ceh.  Hari ini 7 Februari 2015. aku berada di Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya. I follow my partner hadiri kursus kawen. berlegar-legar kat Presint 16 ni sambil bawak notebook and buku untuk dibaca. Ceritanya yang sebenar adalah aku dah pun ada sijil kursus kawen sebab memang dah hadiri kursus kawen 2 tahun yang lepas. masa itu single lagi sesaja ambik dengan kawan. tapi Alhamdulillah dah ambik awal-awal sebab tetiba yuran kursus kawen naik harga dari RM80 ke RM120. naik 40 ringgit ye kawan-kawan so kalau pergi berdua bayarlah extra 80ringgit perbezaan harga dari yuran yang lama.  aku daftar secara online di AL-Shahir Management yang anjurkan kursus kawen tiap-tiap minggu di Putrajaya ni. dah daftar sejak 3 minggu lepas which is January n masa itu harga masih RM80 then yesterday Al-Shahir hantar mesej kat phone number bagitau yang yuran dah bertukar harga. niatnya sebenar tak kisah nak hadir kursus ni kali kedua ...