Thursday, February 12, 2015

PTPTN: Membayar Dengan Senyuman.




Alhamdulillah. segala puji bagi Allah untuk setiap episod hidup, yang baik dan buruk, tiap-tiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. semoga kita semua terus positif dan selalu bersyukur.

Bulan Disember 2014. Alhamdulillah Allah rezekikan dengan extra income jadi entah mana datangnya gerak hati nak bayarlah hutang PTPTN yang dah berlapuk dah lama sangat bertahun tak bayar. Azam tahun 2015 ni nak mula lunaskan hutang. memang dulu ada pernah terniat malas nak bayar PTPTN tapi hidup macam mana nak tenang kalau awal-awal dah berniat taknak bayar. kalau kita berkira-kira takut tak cukup, Allah akan bagi rezeki mengikut sangkaan kita. Jadi positif dan bersangka baik bahawa Allah akan mencukupkan kita.

 Niat mahu melunaskan hutang kerana Allah. InsyaAllah yakin kalau kita buat benda yang betul, Allah akan permudahkan jalan kita. Amin. 

No comments: