Selamat Bertunang.
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah kepada hambaNya. segalanya adalah atas aturan Allah. Allah sebaik-baik perancang. walaupun pada mulanya perancangan aku adalah tidak mahu mengadakan majlis pertunangan. sekadar rombongan merisik and then terus kawen InsyaAllah hujung tahun ini, tapi saat akhir keluarga pasangan bagitau lebih baik rombongan mereka tidak datang hanya untuk merisik tapi sekaligus bertunang. aku pun secara magiknya dalam tempoh 24 jam menjadi superwoman membuat persiapan barang hantaran and mencari baju tunang. disebabkan keputusan last minute. adik-adik aku yang kat KL ketiga-tiganya tak dapat balik maka aku survive lah seorang diri membuat persiapan.
ini adalah bajunya yang aku pakai on my E-Day. kebetulan aku dah beli baju ni 2 minggu sebelumnya. masa beli ni memang niat asalnya saja nak pakai untuk shoot saja-saja masa minggu wedding. baju tambahan konon-konon. aku beli dari satu butik kat Labis. Butik Sri Andaman Comel. masa beli ni aku masih kat mersing. owner butik iklankan beberapa baju pengantin yang nak di let go dengan harga runtuh. kalau nak tau, aku dapat baju ni dengan harga RM70 sahaja. shawl n veil tu owner butik pinjamkan je kat aku sebab aku cerita kat beliau aku bertunang secara mengejut. satu tips nak share, sangat berbaloi ye kita LIKE atau FOLLOW butik-butik pengantin all over Malaysia ni sebab u never know one day diorang akan let go baju-baju pengantin dengan harga runtuh. macam tak percaya.
ini hasilnya apabila aku pakai baju tersebut. Alhamdulillah memang saiz dengan aku. inner color royal blue tu sendirian berhad. sebenarnya itu bukan inner tapi salah satu blause aku yang telah aku korbankan untuk dipakai bersama dengan baju tunang ni. blause ni ada kain chiffon luar dia tapi aku gunting sebab nak guna bahagian dalam je sebagai inner. blouse tu cuma 40 ringgit je, and sebab baju tunang ni pun jadi hak milik aku, so aku simpan je inner tu untuk dipakai dengan baju ni jika akan datang aku nak pakai lagi. mungkin untuk photoshoot ke, siapa tahu?
ini gambar dengan saudara-saudara perempuan belah lelaki. very soon akan jadi saudara aku jugak. and sebahagian hantaran yang on the spot tu. banyak makanan je sebenarnya. aku cuma beli jam tangan, kemeja and set Dashing untuk pihak lelaki. tempah kek pun on the spot kebetulan cikgu adik aku pandai buat kek. dulang hantaran tu aku beli je dengan owner butik Sri Andaman Comel kat Labis. aku beli 7 dulang dengan harga RM240. nasib baik dah ada yang dah siap dengan gubahan bunga sekali. boleh tahan cantik and InsyaAllah akan recycle balik untuk hantaran kawen nanti.
the ring.. kami beli cincin ini bersama-sama di Kuala Pilah. untuk jari tangan aku memang tak ada choice sangat sebab jari aku kecik. tapi inilah yang paling berkenan yang beliau pilihkan. tak ada batu pun tapi tetap istimewa di mata dan di hati. ceewahhh. sebenarnya at that time kami terus beli sekali cincin nikah. cincin nikah kami pilih yang ada batu. so beli dua bentuk cincin ada diskaun which is 800++ untuk kedua-duanya. cincin nikah tak boleh display sebab belum nikah lagi kan wakaka. aku memang decide nak beli cincin yang bukan warna putih. aku nak emas kuning jugak haha macam tak up to date tapi pedulilah. aku memang orang kampung pun sebenarnya. lol.
pihak lelaki datang dengan 5 buah kereta kesemuanya. thanks sayang sebab datang beramai-ramai. Alhamdulillah dah bertunang kita rupanya selepas 806 hari berkawan, bergaduh dan berkawan semula dan bergaduh lagi. tapi bila kita dah berjauhan sebanyak 5 jam perjalanan kita pun dah tak lagi bergaduh. agak mencabar sebnarnya nak buat persiapan kawen sebab berjauhan. aku kat mersing, beliau kat senawang. and famili aku pulak kat muar. but its ok. tak ada benda yang senang dalam hidup. kalau sesuatu itu mencabar maka kita akan selalu kenangkan ia sampai bila-bila.
jadi inilah dia cerita pertunangan kami pada 30 Mei 2015 yang lalu, tak ada pelamin, tak ada juru make up. tak ada jurugambar. aku make up sendiri, cuma pakai compact powder and lipstik sahaja. and mak abah yang kebetulan baru balik dari umrah tak dapat nak masak sendiri so abah tempah katering je untuk 40 orang makan termasuk ahli keluarga kami sendiri. tetamu kami cuma keluarga pihak lelaki dan jiran sebelah-sebelah rumah. tak ada pasang khemah segala. memang sekadarnya tapi Alhamdulillah tak ada pembaziran and secukupnya.
to all readers and friends. doakan kami dipermudahkan urusan untuk ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan dan alam rumahtangga yang bahagia dan diberkati Allah. Semoga Allah merahmati kita semua, Aminnn.
Comments