Episod Jarak Jauh

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, 11 Ramadhan. dah nak berakhir bulan Jun bermakna dah 2 bulan setengah bekerja di Mersing. kenapa rasa macam dah lama?. maybe sebab dah berjauhan dengan famili and insan tersayang. jadi rasa macam dah lama padahal baru je. baru dua kali dapat gaji.

dalam tempoh tersebut, aku dah mengalami apa itu percintaan jarak jauh. jika sebelum ini kat Putrajaya ke mana-mana untuk apa-apa urusan boleh harapkan si dia, tapi now berbeza. semuanya aku uruskan sendiri dari A to Z. mujur ada kawan-kawan yang baik dan banyak membantu.

kalau dulu sebulan sekali cuma fikir nak balik kampung, sekarang dalam sebulan kena fikir nak balik kampung di Muar dan nak pergi Senawang untuk berjumpa dengan En.Tunang (uruskan hal persiapan kawen). akan datang kalau dah kawen pun akan berhadapan dengan perkara yang sama. so weekend memang masa aku untuk travel. 

bab berjauhan ni sebenarnya tak ada apa sangat, just kena standby bajet untuk travel jelah. mersing ke senawang/seremban tak ada bas direct. so everytime go there kena naik bas KL. and then patah balik ke Senawang, untuk sementara ni kena berkorban dululah. hidup memang menuntut pengorbanan kan. bukan si dia tak boleh datang mersing, tapi cuti dia seminggu cuma 1 hari. sedangkan aku cuti 2 hari seminggu. 

apa perancangan lepas kawen?. aku mungkin takkan ada rumah sewa sendiri kat mersing ni. mungkin after kawen pun akan sama situasi macam sekarang, sewa dengan kawan satu ofis macam duduk bujang, then jadi weekend wife setiap minggu. untuk tahun pertama kawen, mungkin ini yang muktamad. so aku kena cari sesuatu untuk dibuat (part time) bila spend weekend kat senawang. supaya ada jugak aliran masuk. bukan aliran keluar sahaja. InsyaAllah semoga idea datang mencurah. Aminn.





Comments

aizamia3 said…
Moga dipermudahkanNYA..
Belang Tarung said…
peh aktif lg budak sarah ni main blog..sampai nak kahwin dah

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S