Bride To Be: Warna Tema Wedding

Assalamualaikum readers. Alhamdulillah. walaupun berada di bulan Ramadhan, tetap nak story pasal planning untuk wedding. tak sampai 6 bulan pun lagi, memang dah tak lama untuk buat persiapan. 

InsyaAllah majlis perkahwinan pada Disember ini akan melibatkan 3 pasangan pengantin iaitu aku dan 2 lagi adik aku yang akan kawen serentak. syukur pada Allah kerana telah menyusun atur hidup kami. tak plan pun pada awalnya nak kawen sama-sama tapi itulah kalau dah jodoh. tidak cepat dan tidak lambat. ianya tepat sampai pada masa yang paling sesuai menurut aturan Yang Maha Esa. 

apabila dah setuju nak adakan majlis untuk 3 pasangan sekaligus, perkara pertama yang kami bincangkan adalah warna tema. nak warna apa untuk baju pengantin dan khemah dan pelamin segala. sebenarnya warna kegemaran aku adalah purple, tapi purple dah dipakai oleh kakak aku masa wedding dia 3 tahun lepas. so kami mestilah nak warna lain pulak. takkan nak warna sama lagi kan.

berbincang dengan adik lelaki dan perempuan yang akan kawen sekali akhir tahun ini sepakat memilih warna biru. tapi biru pun ada macam-macam biru. dan baju pengantin sekarang ni biasanya ada 2 kombinasi kaler. sama ada biru putih, biru kuning or biru pink. sebenarnya belum tetapkan nak gabungan biru dan kaler apa. tapi asalkan ada biru maka tak kisah lah, InsyaAllah pasti cantik. 



fizo omar dan mawar.



blogger irene nadia.


search contoh baju pengantin biru kat Google mesti nak keluar warna biru pink. tapi itu contoh saja. tengok nanti macam mana hasilnya untuk baju sendiri.tapi biru laut memang cantik kan?. ya. mungkin biru laut yang jadi pilihan. InsyaAllah jadi, dan sesuai untuk aku dan En.Tunang. 

untuk itu, sekian saja entry kali ini. jumpa lagi untuk next story Bride To Be. 

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..