20 bulan bersama.
diam tak diam, hampir 20 bulan dah kita bersama. masa mula-mula kita berkenalan, aku masih tak dapat membiasakan diri. berbulan-bulan jugak ambik masa nak biasakan diri. tapi kau masih ada disisi dan diperlukan oleh kami, wahai Si Putih yang banyak berjasa.
kali pertama kita bersama adalah 20 bulan yang lalu. kalau ikut bulan, masa tu aku masih lagi di usia 25 tahun. jadi impian nak berkereta di usia 25 tahun Alhamdulillah tercapai. walaupun masa itu aku tak tau macam mana nak bawak kereta. tapi kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak biasakan bawak. so I dun care. Hahaha.
walaupun aku bukan owner pertama, mungkin owner ketiga. tapi aku macam memiliki kereta yang baru. tidak banyak ragam dan mampu pergi sehingga 140 km/j di atas highway tanpa masalah. yang pasti bukan aku lah tu yang drive selaju itu. itu dah tentu nya mr.kesayangan lah. beliau itu memang super power kalau memandu. ini baru kereta 2nd hand, kalau beli kereta baru seperti Honda HR-V, bagaimanalah agaknya tak dapat aku bayangkan.
walaupun dilahirkan pada tahun 2007, tapi Si Putih masih gagah. malah pernah 2 kali ia sampai ke Tanah Merah Kelantan. semoga jodoh kita terus berpanjangan walaupun suatu hari nanti kau akan dimadukan. usah risau kerana kau tetap menjadi favourite kami berdua sepanjang masa.
kepada mr.kesayangan, terima kasih kerana menjadi cikgu memandu yang comel tetapi garang. terima kasih kerana bersabar dengan anak murid yang tak boleh dimarahi. asal kena marah terus taknak drive. terima kasih kerana selalu tolong cuci kereta, lap kereta, and hantar ia pergi check up bila tiba masanya. you two. I sayang sangat selalu dan tidak akan jemu.
Comments