Sunday, March 8, 2015

Nasi Goreng Special

Assalamualaikum. Hai readers. hai kawan-kawan. selamat berhujung minggu. hari ni kita update pasal story masak-masak di dapur. kali ini menu nasi goreng. nasi goreng memang menu terpaling simple and boleh di makan bila-bila masa tak kisahlah sarapan, lunch or dinner. sebenarnya memang nasi goreng lah benda paling kerap di makan tapi kadang sebab bosan kan takkan nak goreng nasi je so sometimes buatlah lauk sampingan untuk dimakan dengan nasi goreng.




waktu ni yang ada kat dapur cuma kentang, ikan bilis, bawang, and cili api. so terhasil idea nak masak tumis goreng bahan-bahan tersebut tapi make sure kentang dan ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. barulah kemudian menumis bawang and masukkan balik kentang dan ikan bilis yang dah digoreng. kalau nak pedas tambah cili padi. ini memang kegemaran. tak ada ayam pun tak apa. tak kisah tetap berselera. over tak siap hias sikit nasi goreng tu nak bagi nampak menarik padahal nak makan sendiri je. haha.




yang ini pulak nasik goreng udang. masak time my sister datang Putrajaya. kalau nak tau kat rumah aku tak ada pun lesung batu, so bahan nak tumis buat nasik goreng tu aku blend je pakai blender kecik untuk bahan kering. lagi senang tak payah susah-susah. telur tu jadi sebelah sebab share belah dua dengan adik. udang tu macam biasalah kita goreng dulu then baru masukkan dalam nasik goreng. Alhamdulillah mengenyangkan perut. tak payah pergi kedai membeli. lagipun memang nak ubah lifestyle nak jimat cermat demi masa depan yang lebih gemilang. Cewah. 

untuk itu, sekian saja update kali ini. Bai.



No comments: