Tuesday, September 8, 2015

checklist persiapan kawen.



8 September 2015. pejam celik pejam celik, now tinggal 3 bulan sahaja lagi menjelang hari bahagia. so ini adalah catatan persiapan kawen untuk diri sendiri atau mungkin berguna juga untuk orang lain. jom cek progress persiapan perkahwinan.


1. Kursus Kawen

done, aku ambik dah 3 tahun dah walaupun at that time belum jumpa lagi dengan en.tunang. nasib baik ambik awal. time tu rm80.00 je. masa tunang I kursus bulan Februari hari tu dah naik yuran rm120.00.tak rugi kursus awal sebab sijil valid forever. hehehe.

2. Fotografer Wedding

dah booking sejak bulan lepas n dah bayar deposit.sebenarnya banyak pilihan untuk servis wedding fotografer ni tapi aku kena pilih yang ada team (lebih dari seorang) sebab majlis ni melibatkan 2 pasangan pengantin. n dua slot nikah dan sanding pada hari yang berbeza. so aku pilih  http://www.ezywedstudio.com/ yang biasa layan job kat Muar, Batu Pahat, Segamat. pakej wedding fotografer adalah below rm2000.00.

3 Kad Kawen/Bunting

Alhamdulillah kad kawen dah siap minggu lepas. aku deal dengan Kad Raikan Cinta, bisnes printing kat senawang. jumpa Facebook dia and decide tempah kad dengan dia sebab senang nak ambik kad bila dah siap since tunang pun kerja di senawang. senang sangat deal dengan kakak ni, wassap n email je details, bank in deposit, buat final check and confirmkan everything betul sebelum print. harga murah sangat. boleh search fb beliau Kad Raikan Cinta. kos tempah kad kawen beserta envelope untuk 2000 keping hanya rm500.00 sahaja.bunting pun tak mahal. cuma rm25 untuk 2x5 kaki. 

4 Baju Kawen/Nikah.

ok. baju aku tempah custom made sebab aku ni tak tinggi dan berisi so kalau nak cari yang sewa memang tak fit dengan aku. dah tempah baju sejak bulan Julai hari tu. baju lelaki dan perempuan. aku tempah dengan designer Wajie Ibrahim dari Pasir Gudang. sama juga berurusan secara online sebab faktor jarak dan masa. baju nikah? minggu ni baru nak tempah. kain sampin and tanjak beli online InsyaAllah. sepasang baju kawen, sepasang baju nikah beserta veil dan tudung tak melebihi rm2500.00.

5 Doorgift

belum start prepare langsung pasal doorgift ni. tapi dah survey paperbag murah kat Ayer Hitam, kedai yang dekat dengan nak masuk Tol Ayer Hitam tu. mungkin lepas raya Haji boleh start beli paper bag. then nak letak apa dalam bag tu rasanya my dad yang tentukan. kos paperbag ialah rm2.00 untuk 10pcs. so if 2000 jemputan then dalam rm400.00 untuk paperbag sahaja.

6 Pelamin dan Andaman

dah booking dengan satu butik pengantin kat Labis, tempah pelamin garaj untuk 2 pasang pengantin, sekali dengan hiasan lengkap meja beradab, pintu gerbang, dan 2x servis solekan serta aksesori lengkap. Rm2900.00.

7 Katering/ Kek Pengantin

bab ini sepenuhnya diuruskan oleh abah pengantin. sama ada lauk apa atau berapa RM per head, aku tak pasti sangat. harap makanan sedap dan harga adalah berpatutan. tentang kek tu sebenarnya aku masih mencari lagi kat mana nak temha kek yang cantik dan sedap. tak payah bertingkat pun tak apa takut runtuh pulak nanti. hahahah.

8 Barang Hantaran

sejujurnya satu pun belum dibeli. aku tengah berharap ada sale gila-gila dalam bulan Oktober or November so boleh shopping barang hantaran dengan puas hati. actually aku n tunang kena spend masa 1 hari just untuk beli barang hantaran sahaja. tak apa this one by november InsyaAllah complete.

9 Cincin Nikah

Cincin nikah aku dah ada. cincin untuk bakal suami belum ada lagi. bab ni aku pun tak pandai sangat sebab aku taktau lelaki biasa pakai cincin yang macam mana untuk hari nikah. aku mungkin perlukan khidmat nasihat orang yang ada pengalaman. sebab kalau tanya encik tunang mesti dia akan cakap tak kisah.

10 DJ/ Band/ Kompang/ Cendol Stall

ok ini kira perkara yang lain-lain yang mungkin ada untuk memeriahkan majlis tapi setakat ini masih belum ada kabar berita tentangnya. hahaha. tapi InsyaAllah lepas raya haji ni akan bincang dengan lebih serius lagi with my parents.

11 Borang Nikah/HIV Test/Temuduga Kawen

Tiga perkara ni InsyaAllah akan disetelkan sepenuhnya pada bulan Oktober. agak ambik masa sikit since tunang orang Kelantan then adalah proses yang makan masa sikit sebab beliau kena baik ke Kelantan. tapi tak apa InsyaAllah dipermudahkan. Amin.

12 Photobooth & GuestBook

untuk Photobooth banner backdrop dah pun siap. hiasan pun aku dah beli. actually photobooth ni senang ceritanya aku DIY je dari A to Z. banyak contoh dari internet so kita konon bolehlah nak kembangkan idea kreatif khas untuk tetamu jemputan meninggalkan jejak di situ nanti InsyaAllah.


rasanya cukup 12 checklist penting persiapan perkahwinan. if ada lagi yang tertinggal akan di update kemudian. setakat ni persiapan hanya di sebelah perempuan sahaja sebab if kenduri kat Kelantan hanya akan diadakan kecil-kecilan sahaja untuk jamuan makan-makan.

akhir kata, mohon doakan yang baik-baik dan semoga segala perancangan dan persiapan menjelang perkahwinan ini berjalan lancar dan diberkati Allah. mana kawan yang dekat dan jauh, kawan yang pernah jumpa atau tak pernah jumpa, InsyaAllah aku akan berbesar hati menjemput kalian untuk hadir memeriahkan majlis. memandangkan kad pun dah siap. kalau ada yang nak kad, InsyaAllah bagi nama dan alamat, akan diposkan. 


3 comments:

Eny Abdullah said...

wah tahniah semoga dipermudahkan.... amin

Anonymous said...

Salam..

sy nak tny psl baju yang awak tempah dari wajie tu. Tempah 2 baju = rm2500 atau 1 baju = 2500? Terima kasih.

nursarah puteri said...

hi untuk yang bertanya pasal baju dengan wajie tu I tempah harga 2500 tu untuk sepasang persalinan baju pengantin, lelaki dan perempuan. baju perempuan sekali dengan veil n shawl. baju lelaki TANPA sampin n tanjak.