Berhijrah ke Mersing
Hi readers. Alhamdulillah berjumpa lagi untuk entry kali ini. lama tak update sebab busy sangat. busy kerana berpindah demi mencari sesuap nasi sehari-hari. syukur Allah takdirkan dapat berkhidmat secara tetap di negeri kelahiran sendiri iaitu di Johor. sibuk menguruskan episod baru kehidupan sejak 15 April 2015. hijrah kali ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup kerana InsyaAllah akan berkhidmat lama di lapangan 'berkhidmat untuk masyarakat' atau disebut sebagai perkhidmatan awam. aku kini adalah sebahagian dari keluarga Jabatan Agama Islam Johor. dan telah ditugaskan di daerah Mersing. Alhamdulillah. walaupun jauh juga dengan famili tetapi aku positif bahawa Allah telah tentukan sesuatu yang terbaik untuk aku.
Mersing adalah daerah yang cantik kerana disini ada banyak pantai, laut, dan juga pulau-pulau. sesuatu yang aku sangat suka iaitu elemen air. walaupun tak pandai berenang tapi boleh berendam satu badan dekat tempat yang cetek. kalau dulu duduk Putrajaya boleh tengok je air tasik. nak celup kaki pun tak boleh. Hahaha. kesian.
dalam seminggu pertama duduk Mersing, dah 2 kali melawat pantai/laut di Air Papan. dan sekali di Teluk Buih. kat Teluk Buih (foto diatas) ni aku siap mandi lagi. ceritanya hijrah ke sini aku tidak keseorangan. sebab ada 3 kenalan dari daerah lain yang aku dah pernah jumpa masa taklimat perlantikan dan temuduga jawatan. Alhamdulillah perancangan Allah itu terindah, ditakdirkan ke sini walaupun jauh dari famili, tapi ada kawan yang aku dah boleh anggap macam famili. dah lama aku tak ada kawan-kawan rapat perempuan. Allah Maha Pengasih, hidup kita tak pernah keseorangan walau di mana kita berada. itulah dia cantiknya ukhwah, boleh terjalin tak kira siapa dan di mana.
tentang kerja, Alhamdulillah, selepas 9 hari dari tarikh melapor diri, dah dipanggil berkursus 5 hari untuk menimba ilmu tentang bidang kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul. senior dan ketua pun mudah beri tunjuk ajar. rakan sejawat pula banyak beri kerjasama. semoga Allah terus permudahkan aku untuk berkhidmat di lapangan ini. Amin.
hingga bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum.
Comments