Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Assalamualaikum, hi.
kali ni nak share tentang pengalaman pergi klinik and ambik ujian saringan HIV untuk berkahwin. ok. ceritanya sebelum ni aku dengar dari orang yang ambik darah hanya cucuk dekat hujung jari. alahai. macam senang je macam tak sakit je. so tak kisah pun. then on the day aku pegi klinik dengan encik tunang, lepas serah ic, isi borang then nurse panggil encik tunang dulu. dan lepas tu, jeng jeng jeng.
encik tunang duduk tepi nurse, then tetiba nurse keluarkan jarum picagari. wakaka. kalau dah pakai picagari tu apakah maksudnya. maknanya cucuk kat lengan lah kan. so lengan kita letaklah atas meja, and nurse pun carilah urat darah kat lengan tu, zasssss. half of picagari jugak darah yang diambil. tapi encik tunang relax je wakaka. sebab urat darah lelaki kan of course nampak jelas. lain kisahnya bila sampai turn aku.
ok, ujian ni rapid test je. terus boleh tahu result on the spot lepas beberapa minit. if satu line sahaja maknanya negatif atau non reaktif. makna kata bebas HIV dan bolehlah kawen!!!
ceritanya bila aku nak kena cucuk tu nurse tak jumpa urat darah, try kat lengan kiri tak jumpa, lengan kanan pun tak jumpa sudahnya nurse tu mintak tolong nurse lain cucuk aku. and orang lain ambik darah kat lengan atas, aku kena cucuk kat lengan bawah sebab kat situ je yang nampak urat darah. masa kena ambik darah tu boleh tahan jugaklah, beza tau kena cucuk ambik darah dengan kena cucuk masuk ubat tu. tahan jelah dah nak kawen sangat. LOL.
ujian HIV untuk berkahwin ni tidak valid seumur hidup ya.dia ada expired date, tak macam sijil kursus pra perkahwinan yang valid sepanjang hayat. jadinya if dah nak kawen dalam 3-5 bulan tu barulah pergi klinik kerajaan untuk buat ujian ni. untuk makluman, darah kita tu juga akan masuk makmal untuk ujian talesemia. thats why lah diorang dah tak cucuk kat hujung jari. jadi sabar jelah ye. esok kalau mengandung pun kena ambik darah gitu jugak.
so ujian saringan HIV dah selesai dan kami berdua dah boleh kawen. tinggal 53 hari sahaja lagi. taktau nak cakap apa perasaan. macam bercampur baur jugak lah sebenarnya. justeru, mohon didoakan dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan. terima kasih. jumpa lagi.
Comments