review filem:- The Green Hornet, mesti tonton!


percaya atau tidak, aku dah menonton The Green Hornet dua kali di panggung wayang. ini berikutan sempena chinese new year baru-baru ini, memang tak ada cerita di pawagam yang best lagi. semua duk tayang cerita kantonis lemau sungguh.

pada hari raya cina yang kedua awal Februari lepas, itu adalah kali pertama menonton Green Hornet. member dari Seremban datang KL, and dia yang belanja tengok wayang. kami tengok dekat 1Utama. kali kedua tengok Green Hornet, adalah Selasa lepas. Mr78 baru terhegeh-hegeh nak tengok. sebabkan cerita ni aku suka, so aku sanggup tengok sekali lagi. 


THE GREEN HORNET:-

hero pertama yang tak handsome, tapi muka dan dialognya selalu kelakar. hero kedua yang memang handsome, chinese guy yang genius, smart, menarik, tertarik dan sememangnya da bom. berlokasikan Los Angeles. watak The Green Hornet tercetus pada malam Brit dan Kato memotong kepala patung replika mendiang ayah Britt, mereka tidak puas hati bahwa lelaki itu harus disanjung hanya kerana kejayaannya menerajui sebuah syarikat akhbar miliknya, The Daily Sentinel. 

perbuatan mereka memotong kepala patung tersebut diketahui pihak media dan mereka digambarkan sebagai penjenayah yang mungkin berbahaya. dan oleh kerana beliau sendiri adalah pewaris kepada The Daily Sentinel, Britt mahu wataknya itu dihebahkan di akhbar. Britt mahu dirinya sebagai Green Hornet mendapat liputan secara besar-besaran. oleh itu, pada setiap malam, Britt dan rakan sekutunya Kato akan membuat kekacauan di bandar L.A.

dalam pada itu, bandar L.A sebenarnya 'dikuasai' oleh seorang taiko besar jenayah gangster dan dadah, ChodNofsky. dan Green Hornet berjaya menarik perhatian beliau. sehingga pada suatu hari, mereka berdua nyaris terbunuh dalam satu perjumpaan rahsia yang sebenarnya adalah perangkap. kekacauan yang pada mulanya hanya suka-suka menjadi rumit apabila Britt dan Kato menyebabkan kematian Chili, orang kanan kepada ChodNofsky.

adakah The Green Hornet dan sekutunya berjaya menentang taiko jenayah di bandar L.A? kesudahannya anda kena tonton sendiri.






over all, cerita ni sangat menghiburkan. banyak komedi, dan aksi-aksi yang seriously memuaskan hati. bukan saja enjoy untuk ditonton, malah ada mesej-mesej tertentu yang ingin ditonjolkan terutamanya, jangan pandang remeh terhadap kredibiliti seorang bapa. walaupun bapa dilihat macam tak memahami anak, tapi they are the best!

btw, memang berbaloi untuk ditonton lebih dari sekali. tapi pastikan orang yang belanja. Hehehe!. dari 10, boleh bagi 9 bintang. 


p/s: tengah tunggu filem Sanctum. pergh. tak sabar!

Comments

Leyha said…
wow! nak pi tengok la. hehehe :D
attyfir said…
rata2 kata citer ni besh..kty lom ada masa nak tgk.
Shahada Fauzi said…
setuju!!movie ni super duper awesome! hehe..^_^
Kujie said…
masa cuti CNY pergi Puchong nak tgok..sekali Along ckp dia dah tengok...adeih...tak le tengok sampai la ni...

p/s - keliru tukar nickname..hehe
Anonymous said…
bestnyer..
Zana Zingaa. said…
ada kata best, ada kate takk. ishh ni yang berkobar nak tengok ni. heee
MieZa said…
memang best! saya pon dah tengok!
cik.shabah said…
member cakap cite ni tak best,tapi bila baca balik review kat sini cambest la pulak.nak tengok ah pasni ;)
Nabiel said…
lahhhh~
ingatkan sape lah alexandriana nie!!
cik ptri nie rupenye..hahaha
dh tkr name yea~=P
ades. bkn ade yg ckp tak best ke :P

tp siyes mmg dah lame gile x tgk muvie. huhu...

asek tgu org donlod je :P
beautiful_rose said…
huhuu walaupun aku jugak menonton cerita ini,tapi aku tetap masih tak faham.sebab aku tertidur semasa ia ditayangkan.jadi banyak part yang tertinggal...huhuhu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S