Friday, February 11, 2011

review filem:- FASTER. aksi The Rock tidak pernah mengecewakan.


hari ini kita sambung lagi dengan review filem. sebenarnya saya memang suka me'review'. sebab susah-susah masuk panggung wayang tanpa bekalan popcorn. memang tak lengkap lah kalau tak buat review. saya tau ianya macam tak ada kaitan antara popcorn dengan entry ini. tapi tak apalah. saya memang tak ada idea lain nak update blog. maka terimalah review ini apa adanya. 






Faster:-

mengisahkan seorang banduan yang sudah tamat menjalani hukuman penjara, (dipenjara kerana sebuah rompakan). cerita bermula apabila beliau dibebaskan dan belum sempat pun beliau makan ke minum ke sempena celebrate 'kemerdekaan', beliau terus menjalankan misi penting, iaitu membalas dendam kerana saudaranya disembelih di depan mata beliau, iaitu sebelum beliau dipenjarakan. misi balas dendam adalah nyawa diganti dengan nyawa.

jalan cerita filem ini sebenarnya adalah biasa-biasa sahaja, tetapi aksi-aksi the rock memang boleh tahan. dan dalam masa yang sama beliau sendiri diburu oleh pembunuh upahan muda, dan yang mengupah pembunuh upahan tersebut tentunya 'mastermind' kepada geng yang 'menyembelih' saudaranya. geng yang dibunuh terdiri daripada beberapa orang dan kesemuanya berjaya dibunuh. dan cuma satu yang terselamat. seorang ahli mereka yang sudah menjadi ala-ala 'paderi' di sebuah perkampungan. 

cerita ini mempunyai scene-scene menarik, sebab pembunuh upahan adalah handsome. tapi bermasalah dalaman, agak psiko sebab The Rock tak anggap beliau sebagai saingan tetapi penyibuk yang menganggu misinya, maka pembunuh upahan ini merasa tercabar. set senjata seorang pembunuh upahan memang sangat canggih dan mestilah mahal, tapi cuma ambik upah yang murah iaitu 1dollar sahaja.

di akhir cerita, cuma membongkarkan siapakah mastermind dalam geng yang 'menyembelih' saudara the rock. which is, pegawai yang menyiasat kes tersebut. dan sebenarnya penonton memang dah boleh agak dah ending cerita ni. so, daripada 10, saya boleh bagi 7 untuk filem ini. memang filem yang biasa tapi untuk yang sukakan aksi. ianya memang not bad.  kebetulan pada minggu ia ditayangkan, memang tak ada pun filem lain yang best. so ini boleh dikira sebagai berbaloi. kenapa Faster?.. sebab heronya adalah sangat p.a.n.t.a.s!!


p/s: yang ni pun orang belanja, midnite at MidValley!




2 comments:

starsyeea said...

yerpp...sume citer the rock memg best...he's so damn cool in Faster...all thumbs up!

eqa said...

da tgk citer ni..
mantap lakonan the rock!