Saturday, February 12, 2011

kesihatan:- kurangkan makan 'junk food'.


junk food:- no nutritional value



apabila kita menerjah masuk ke supermarket?.. section mana yang kita terjah dahulu?.. kalau dulu masa kanak-kanak, asal pergi kedai runcit je mesti carik jajan/cekedis. plus, aiskrim, gula-gula, coklat. senang kata yang nampak menarik dihati adalah junk food yang entah apa-apa. yang sudah tentu tak ada kebaikan untuk kesihatan. tak apalah itu dulu zaman kanak-kanak mana tahu sangat pasal kesihatan. baham asal sedap je. tapi sampai kini sudah besar, adakah perangai masih sama?..

yes, jajan memang sedap. makan sekali nak lagi. ianya sedap sebab banyak perisa tambahan yang boleh bikin botak kepala. twisties, mamee monster, potato crisp, roller coaster dan macam-macam jajan bukan anda saja suka malah saya juga. tak apa kalau kita makan 'menatang' tersebut sekali-sekala tetapi cuba jangan selalu. gantikan pengambilan jajan dengan sesuatu yang lain. pergilah ke section biskut, cuba gantikan junk food dengan jacobs crackers misalnya atau pergilah ke section dingin dimana terdapat yogurt, juice dan susu segar.

cuba amalkan untuk jangan beli junk food sebagai stok makanan di rumah. tapi minimakan pengambilannya dengan hanya memakannya sesekali jika berjalan-jalan seperti ke pantai, picnic, parti hari jadi, dan sebagainya. gantikan stok jajan dengan makanan lain seperti coklat bar, atau minuman bancuh yang lebih berkhasiat seperti Milo, Coffee, Horlicks dan sebagainya. apapun minuman terbaik adalah air suam. memang tak mengenyangkan tetapi InsyaAllah menyihatkan.


p/s: selamat mencuba dan selamat beramal. =)


2 comments:

cikpepel said...

sejak jd cigu...da kurang makan jajan...hehe...sebab masa untuk mkn nasi nasi pun berkurang..

Firdaus Kasim said...

sbb tue byk budak skang otak x cerdas.. mkn merepek nie la