review filem:- Khurafat. errrr, kutipan lebih 7 juta baiii.
agak susah nak remind balik plot cerita filem ni sebab aku dah menontonnya pada pertengahan bulan Januari lagi. jadi review ini kita jadikan sebagai slot pendapat peribadi sahajalah. ok?
Khurafat:-
dari pengarah muda Shamsul Yusof bersama percubaan pertama beliau membawa genre seram dalam sebuah filem. Khurafat mengisahkan sepasang suami isteri yang sering diganggu oleh 'gangguan' berbentuk hantu wanita. unsur seram adalah sama seperti yang kita tengok selalunya, di mana hantu datang di waktu malam (dari tingkap bahkan siapa suruh tak kunci tingkap malam-malam), ataupun datang di dalam gelap malap @ black out. apatah lagi jika bertempat di bilik mayat. lepas pejam mata then bukak mata semula muncul pulak perempuan tua yang bukanlah hantu tapi wajah tua dia memang berjaya bikin suspen.
kenapa hantu wanita yang berdarah-darah tu kacau rumahtangga diorang?.. alah kalau tanya budak darjah 6 pun sure boleh jawab. mesti hantu tu ada kaitan dengan heroin kedua dan sudah tentu tak ada kaitan dengan kuih-muih pemberian makcik tua di hospital tersebut. apa daaa makan kuih pun nak bikin suspen. kesian la kuih tu tak bersalah. Bhahaha!
semasa menonton movie ini di Mid Valley, ianya adalah hari Ahad dan hari keempat ditayangkan di pawagam. dan panggung kami boleh tahan penuh dengan anak-anak melayu. sebab cerita macam banyak sangat bunyi sound efffect konon-konon macam. "ok. music suspen, sedia. hantu nak datang, hantu nak datang, jaga. jaga". bahkan sound effect tidaklah datang dari filem semata-mata tapi banyak sungguh pelakon tambahan yang nak sangat berlakon dalam panggung. siap mengilai bagai buat macam panggung tu bapak dia yang punya. sungguh annoying!
nak cerita markah seram. dari 10 boleh bagi 5. nak cerita markah suspen. dari 10 boleh bagi 6. nak cerita markah logik, dari 10 boleh bagi 4. dan keseluruhannya. average dapatla 5/10. itu hanya bab kualiti. kau jangan cerita pasal kutipan 7 juta ringgit yang Shamsul dapat. sebab 12 ringgit daripadanya adalah dari aku. padahal patutnya nilai filem ni cuma 6 ringgit je. tapi sebab adik aku yang belanja tengok cerita ni. apa aku nak keluh lagi. Hahaha!
apapun, Liyana Jasmay sangat comel la pakai tudung. dan watak Sabrina Ali memang sangat menjadi.. lakonan Shamsul Yusof?... lu pikirlah sendiri..
Comments