Sunday, February 27, 2011

'today is not my day..' he said.


semalam, jam 11 pagi dia janji akan sampai untuk ambik aku.  dah janji nak pergi 1Utama. selalunya dia akan sampai 5 minit lebih awal. dan kali ini seperti selalunya aku terlambat 5 minit. kat situ dah bazir masa dia 10 minit. masih ok. malah lebih baik dari Khamis lepas, dimana aku lewat 15minit. 

hari ini dia tidak seperti selalunya. aku masuk dalam kereta, dia cuma diam. bukan dia marah sebab aku lewat. tapi aku rasa dia memang dalam keadaan mood yang kurang baik. radio juga tak dipasang, walhal selalunya dia akan bukak lagu dengan volume yang sangat kuat. suasana senyap sunyi. selepas 5minit, aku bersuara.

"Are you ok..?"

"Ya...."

dan perbualan mati di situ. senyap kembali. then aku taktau apa patut aku buat. aku tau mungkin ada something bad yang berlaku. tapi aku tanak tanya direct dengan mengeluarkan dialog berbunyi.."kenapa ni dear, ce cite. ce cite..".. ok. aku tau bukan masanya aku nak berdialog sedemikian rupa. lagipun aku tau yang dia tak pernah tengok movie 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. 

aku cuma diam, pandang luar tingkap. aku taknak burukkan emosi dia. takut nanti aku tersalah cakap. dan mungkin boleh bikin hari ini makin haru biru. and you know what, lepas dua-dua senyap, less than 10minutes.. dia sendiri bukak cerita.. Hehehe.! finally.. 

sebenarnya, takpa bagi kita perempuan ni sabar sikit. laki ni bila dia moody jangan kita plak nak moody sama. jangan keluarkan dialog berbunyi.. "You ni kenapa masam je.. kalau masam camni better takyah keluar kita balik jela!...". kalau kau keluarkan dialog macam ni silap-silap dan-dan tu jugak dia turunkan kau tepi highway lepas tu lantak kau p balik sendiri. -guys dun do this. its cruel-

*sebenarnya dalam hati ni kata, sabar Sara. bukankah hari ini beliau janji nak belikan kau sepasang kasut. maka demi sepasang kasut, sila bersabar sekejap. (^_^)

" Sorry dear, act today is not my day. I baru je kehilangan satu tender and it was my fault.." he said.

kemudian beliau bercerita tentang macam mana dia boleh gagal dapatkan tender tersebut dan amount yang sepatutnya company untung kalau dapat tender tu. "It's gone honey..".."like this..-sambil buat sign petik jari-".

aku tahu yang dia bukan jenis ambil kisah sangat pasal apa-apa. dia tak kisah bila aku selalu je lambat turun padahal dia dah tunggu lama dalam kereta. dia tak kisah bila aku buat syarat tak nak pergi MidValley kalau dating sebab taknak terserempak dengan sesiapa yang aku kenal. yes, tapi bila perkara tu bersangkutan dengan kerjaya dia. memang dia jadi super serious. sebab dia fikirkan sangat benda tu, dengan aku sekali pun macam feel lebih dengan story dia, kami sampai tersesat cari 1Utama.

"calm down sayang, meh kita tengok signboard."

bila tumpukan perhatian, macam petik jari jugak, terus sukses cari 1 Utama. aku cuba cari kedai kasut yang best. sebenarnya hasrat hati nak cari Sketchers. tapi jalan-jalan dah 20minit. tak jumpa. perut dah lapar. minum pun belum. plus pakcik u all ni dah la not in good mood. so aku macam sedikit tak selesa nak banyak-banyak kerenah. harus jadi cik adik yang menyenangkan dikala sedih  gembira. cewah!

ok. jalan lagi then jumpa Tropicana Life. ajak dia masuk. yep. ada satu kasut tu aku macam berkenan. act, dulu pun pernah berkenan. aku memang suka gak Tropicana Life ni. selalu pergi yang kat MV. so, lepas tanya saiz and try-try. I just grab a pair. cuma kasut ini tak boleh dipakai bila dating dengan beliau. sebab tapak dia flat. nanti nampak sangat jauh beza ketinggian. kehkehkeh. macam biasa, selepas itu kami lepak Starbucks. sambil online. dan dia dah calm down dan boleh bercerita banyak. plus boleh gelak jugak. so aku tak risau dah. 

dia antar aku sampai rumah dalam pukul 5petang. but sebelum turun kereta, aku tanya lagi, dia ok ke tak. and dia jawab:- "I am better now. TQ. and again sorry, I couldn't make a good day for you"...


p/s:- but for me, it is always a good day when we are together.

7 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wahh..sungguh memahami ya kamu..hehe
gud job okei..

yAtiE said...

hoho u mmg cik adeq yg menyenangkan

FarhanaDr said...

Ngeh ngeh ngeh.. Aku senyum sensorang jer kat sini.. Heehee.. Happy selalu sara.. Untuk cik abang juger.. ;)

Aku Skema said...

jgn berkeras bila lelaki marah..time tu ego lelaki tgh tinggi..tu je tips nye..aku juga seorg jejaka..aku tau..haha

Eyqasara said...

u know whut? u sorang pencerita yang bagus... i like ur entry.. ;)

Amni said...

ya.. memang! serius ko sangat memahami.. kalau aku... sekali ngan aku tak de mood jadinya.. hoho.. demi sepasang kasut yerrr? =P

aku baru tau.. rupanya dialog tu dalam hantu kak limah tu ke.. hahahaha... selalu aku tanya2 gak.. mana la orang dapat dialog tu.. salu orang guna dah skang ni.. hehe..

cikgufaezah said...

from your story, i guess, it still another good day. :)