Chris Medina and his fiance..
hari ni saya telah melakukan penjelajahan blog secara rambang. banyak blog sebenarnya. antara blog-blog tersebut adalah blog Ariff Shah dan Carl Samsudin. belek previous entries and then jumpa entry pasal video yang sama. yes! video ujibakat peserta American Idol, Chris Medina. mereka masing-masing mengutarakan tentang 'keutuhan cinta'. bagaimana Chris Medina yang 2 bulan sebelum tarikh kawin, tunang beliau ditimpa kemalangan dan mengalami kecacatan akal yang kekal. akan tetapi Chris Medina tetap setia. yeah. semua orang boleh bercinta tapi tak semua orang boleh bertahan dengan ujian percintaan.
video tersebut diupload di You Tube sekitar 28 january lalu. n that time I was in my hometown bersama arus banjir. yes. saya ketinggalan. tapi itu bukan soalnya. kerana saya tidak melihat video itu dari sudut percintaan semata-mata. Chris Medina and his fiance cuma salah satu dari mungkin beribu kisah yang sama di dunia ini. ujian percintaan memang tidak boleh diduga. maka siapa pun pasangan anda pada hari ini. bersyukurlah kerana anda masih boleh berjalan beriringan dengannya, berbual dengannya. sebab ada pasangan lain tidak dapat melakukan itu.
YM dengan seorang kenalan yang merupakan bakal doktor. saya copy link video Chris Medina and dia kata dia dah tengok sebelum ni. since dia memang dah tengok, saya terus menyoal..
my dad selalu pesan, hati-hati jangan sampai terlibat kemalangan. adik lelaki saya banyak kali kemalangan motor sebelum ni. syukur kerana dia tak pernah cedera teruk. paling hebat pun kulit koyak. and macam yang kita maklum, our skin cell can regenerate. tak macam brain cell. paling utama. jaga otak jangan sampai cedera. sebab tu orang tua-tua tak bagi budak-budak main kepala. nak bergusti ke nak main belasah-belasah ke apa. pukul tang lain tak apa. jangan dass kat kepala atau tengkuk. boleh rosakkan sistem otak dan saraf. bahaya okay!
barangsiapa yang blur dan masih belum tonton video Chris Medina, boleh layari You Tube dan search saja nama Chris Medina. pasti ketemu!. sudah hampir setengah juta viewers dalam jangka masa seminggu video tersebut di upload. ya saya tahu banyak dari kita jiwanya memang halus. oh ya. adik saya yang belajar nurse kat PPUM dah pernah praktikal di wad pesakit saraf. banyak yang dia cerita. mungkin next entry kita boleh kongsi.
p/s: take care..
Comments
Http://www.dunialelakimaskulin.com/