pening kepala...
Ouhhh! kepala macam terpusing-pusing..mungkin sebab kehujanan tadi siang. badan rasa melayang-leyang bila berdiri. ni update belog dengan mata berpinar-pinar. oh ya.. mungkin gak sakit kepala ni berpunca dari jerawat kat dahi. errr. dah lama muka aku free dari jerawat, tapi now taktau kenapa jerawat bercambah dengan riang ria sejak balik Johor. maybe sebab perubahan cuaca. ntahlah.
keadaan tak sihat ni diharap tidak berlarutan. errr, nak makan maggi kejap lagi. agrhh. update blog pun dengan fikiran yang bersepah-sepah. untuk pengetahuan, kampung aku memang dilanda banjir. tapi umah aku tidakla ditenggelami air. cuma ada banyak jalan keluar ke bandar yang ditutup. rasanya sekarang keadaan dah semakin baik. Alhamdulillah.
kakak aku di Mesir sedang tunggu giliran penerbangan ke Jeddah dan bakal pulang ke Malaysia tak berapa lama selepas itu. harap-harap semuanya selamat. aku memang tak henti ikut perkembangan krisis di Mesir ni dekat berita tv setiap hari. setakat hari ni mungkin hampir separuh dari pelajar mesia yang dah transfer ke Jeddah.
bencana alam di kampung, bencana rusuhan di tempat kakak. semua itu ujian dari Allah. semoga kita semua tabah dengan ujian dariNya.
p/s: Ampang boleh tahan indah. siapa ada sini. jum lepak sama.. Ehhh!. tadi kata penin palo..!
Comments
Take care dear.. Jaga kesihatan.. Penin palo dok umah.. Hihihi.. :p
take care sara.