say sorry?.. mimpi lah!


Owhh! bintang-bintang di kediamanku di KL ni dah lama pulang ke kampung halaman masing-masing. sejak Sabtu lalu rumah sewa ini begitu sunyi. tiada hilai tawa. tiada bunyi televisyen, tiada berasap dapur. yela. duk sorang kat umah ni mana nak masak. masak sendiri makan sendiri buat membazir gas je. sebenarnya berat tulang. baik mengaku. tak elok wat statement palsu. :p

dah dua hari berbuka tanpa nasik. berbuka puasa minum air je. hanya dapat makan jam 9.30 malam. biasalah. kerja sektor F&B memang macam ni. layan orang berbuka puasa lebih utama. layan customer kerek?. ampun.! lalalala. nak gelak jap. Hahaha!

ini tadi time buka puasa kat kedai kami lah. time nak dekat bukak puasa pukul 7 lebih tu. time tu lah 'perkakas' yang tak puasa (nonmuslim) pun menyibuk nak order. kalah orang yang berpuasa. untuk pengetahuan. kedai kami bukannya kedai fast food macam mekdi atau kfc ok. tapi banyak customer salah faham. nak order je terus dapat. ewahhh! cantik sket eh.

berbalik pada citer jam 7 lebih tu. ada 4 orang sekawan mat saleh ni pun konon macam buka puasa. 3 orang daripadanya dah dapat order sebab memang yang diorang order tak perlu tunggu lama. dan yang sorang ni. dia order menu nasik. pastu cam nak melenting sebab order dia lambat. yela. customer muslim lain ramai kot order menu nasik. so order nasik ni jadi beratur la ikut turn. customer yang muslim ni boleh je sabar. takde melenting pun macam dia.

haaa. u know what? by the time order mat saleh ni sampai ke meja dia. kawan-kawan dia dah abis makan. (ala mat saleh kalau makan memang laju bukan main macam u all tak tau). then, nak tunjuk la konon dia bengang dengan kami. maka dia tak sentuh langsung menu dia yang berharga 12.90sen tu. dan mereka keempat2 blah dari situ. sian kan. sebab nak tunjuk ego dia tu, dia kena berlapar dan membuang duit dia saja-saja. Muahaha!. aku gelakkan je dia. dalam hati aku. "Eleh, nak tunjuk protes konon. blah la!!"

lepas tu, my supervisor cakap. rasanya Mat saleh tu silap order sebenarnya. takkan la kawan-kawan dia langsung takde ambik menu nasik then tetiba je dia order menu nasik. macam pelik disitu. tapi entahlah kan. dan, muka bengang dia tu memang. memang nak aje aku cakap. "kau ingat kau buat muka camtu ada aku kesah?". lol. kalau aku cakap macam ni mana lah dia paham. mUahAha!

aku just malas nak layan perkakas yang semacam ini. biarkan aje dia ngan ngada-ngada dia tu. tak kuasa mak. lagipun kan ke bulan puasa ni. pukul 7 lebih tu masa untuk kita yang muslim ni berbuka puasa. show respect la. padahal aku cuma berbuka puasa dengan segelas sirap je. still boleh sabar tunggu makan time dah sampai rumah kang.

ergghh! tak kuasa nak layan orang asing yang macam ni. Huh! please la.

Comments

Bukan setakat orang asing je,
kadang orang sendiri pun lebih kurang jugak. Bhaha!
Fiffy Hazirah said…
kalau aku depends la. kadang2 hangen dgn some restaurant yang mmg agak lembab servisnyer. kadang2 dah stgh jam air x sampai. siap cakap kertas order ilang. what the??
fndrocka said…
ish..apapun..tak patutlah nak harapkan customer kita yg tak puasa tggu dan berlapar mcm yg puasa..sebab dia memg tak.puasa buat pe nak lapar.soal respek org lain yg puasa tu dah cerita lain.soal dia konon dia protes tu pun patut sebagai peniaga rs terkilan...bukan rasa suka.haha.
Ibu Ammar said…
Epol

mmg ada pun. banyak kali dah maki dalam hati. haha

fiffy

takde la aku suh customer tggu sampai 30minit. paling lama pun 15 minit je. itupun dah masam mencuka customer tu. wek

Fnd

kitorg bukannya biar dia berlapar. dah turn order dia lambat kenala sabar rite?. org lain lapar gak leh je mintain.

terkilan?. tak langsung! suka yg amat.!! padan la muka dia. kalau dia tanak dtg lagi pun kitorg tak kisah. hahah
oda said…
hehe..sabar la je..customer always rite walaupun they r wrong..i pon penah ase what u hav been through..
p/s:sori nyebok komen but i like ur blog

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S