Posts

Showing posts from July, 2009

31..

31 july-entry ke 31 untuk bulan july.. selamat hari lahir ke22 kepada haziq (bakal guru bahasa inggeris)..sori lah bro hadiah takda..haha. semoga kau happy selalu even sebenarnya dari dulu ko banyak sembunyikan duka..nnti akak ko kawin jgn lupa jemput aku tau..hihi.. dah berakhir pun bulan 7..esok akan melangkah ke bulan 8..dan dah 4 mggu berlalu kuliah untuk semester ni..mggu depan, student yg bakal graduate akan ambik jubah konvo..jelesnyer aku tengok org dah abis belajar..bilalah aku ni nak abis belajar kat um..nak belajar kat U lain plak.. UTM ke, hihi..aik kenapa sebut UTM plak? ape special nyer UTM tu?..haha..sapa dah tau sila diam kalau tak diam siap kau orang aku beduk nanti.. aku dapat tau xrumate aku dulu..huda..budak biokesihatan (bakal grad bulan 8 ni) sambung degree medic under MARA plak.. kental betul minah tu nak ambik sampai dua degree dan belajar bertahun2..tapi aku percaya dia mmg layak jadi doktor sebab dia sangat menjeniskan diri kepada jenis ulat buku ilmiah..bukan...

kerana ini entry ke-100

ini adalah entry yg ke 100 dalam blog ini.. sumpah empunya blog harus menganggap ia sebagai pencapaian yg indah dalam episod hidup seorang blogger.. keadaan penulis hari ini bertambah baik.alhamdulillah..dan hari ini cuma menghadiri satu kelas saja pada jam 1 tgh hari..dan kemudian terus pulang ke rumah.. baca paper utusan, berita tentang kematian ke-4 mangsa h1n1..gadis dr melaka..kasihan sebab dapat detect virus tu terlalu lewat..pemeriksaan awal kata demam biasa..last minute cek, paru2 dah terjangkit virus..nampaknya klinik dan sesetengah pegawai perubatan macam tak berapa pakar dalam mengesan h1n1..kenapalah macam tu..h1n1 ni dah sampai tahap kronik..kat paper sana sini cakap pasal sekolah n ipt ditutup sebab h1n1..sebenarnya perlukan tindakan yg lebih cekap dr semua pihak untuk tangani penularan virus ni..tp malaysia ni cuma buat saringan secara besar2an kat lapangan terbang ja..padahal jumlah jangkitan tempatan adalah lebih tinggi.. belum mengasapkan ruang dapur, hasni kata nak g...

mesej kepada kamu..

terima kasih.. aku tujukan khas buat kamu, seorang kawan aku yang mmg cool.. kamu, kawan yang aku tak pernah bersua muka walau sekali.. dan rasanya kita tak perlu merancang untuk bersua muka pun.. kita akan jumpa, kalau ditakdirkan.. kamu, kawan yang sudi berkawan dengan aku walau hanya melalui sms dan yahoo massenger.. aku kenal kamu sebab kamu junior akak aku dulu.. kepada empunya diri yg dimaksudkan dalam entry ini.. kita dah berkawan hampir 3 tahun rupanya.. moga kita akan tetap berkawan..sampai bila2.. dan seingat aku..aku cuma ada seorang kawan yg seperti kamu dalam hayat ini.. terima kasih ikhlas dr aku kepada kamu!

kondisi yg masih belum tentu.

selsema yg masih belum baik...dah 3 hari selsema, dan hari ini rasa macam demam, balik dr lab pukul 5ptg, terus tido sampai dekat pukul 7mlm..sangat tak larat..sebenarnya mmg ramai budak um yg sakit..ntahlah..bukan taknak g klinik, tp kat klinik tu ramai sangat yg sakit..sentiasa penuh sendat dgn manusia..aku rasa patutnya pusat perubatan universiti malaya kena wat cek up kat fakulti2..demi memudahkan student..bukan apa.. takut gak antara ramai2 yg demam ni ada yg suspek h1n1..lgpun dah byk ipta yg tutup akibat jangkitan ni.. walaupun selsema, tetap makan aiskrim milo yg hasni buat sendiri semalam, katanya dia buat guna susu segar, gula, n milo..aku tak tolong pun dia buat..malas nak menyibuk..hihi..tapi aiskrim tu mmg sedaplah..walaupun tu percubaan pertama minah tu buat aiskrim..tapi rasanya tak kurang hebat dengan aiskrim walls..huhu, puji melangit supaya cik hasni akan buat aiskrim lagi lain kali..hahaha.. lab dah byk..maka lab report pun melambak nak kena siapkan, plan untuk discu...

hero2 kesukaan..

Image
tom cruise ( mission impossible ) tobey maguire ( spiderman ) hyun bin (my lovely sam soon) lee jun ki (my girl, the time between dog and wolf, iljimae) hahaha..entry kali ini adalah sedikit ntah apa2..jgn layan lah penulis yg kuat berangan ni..saje ngada2 letak picture lelaki pujaan di blog sendiri demi mengabadikan rasa minat penulis terhadap mereka..maaf tak ada lelaki pujaan yg local..hahaha.diskriminasi sket okay..

selasa.........to rabu

adus, hari semalam masa dalam lab plant fisio penulis telah mendapat satu virus selsema.. sebenarnya tak pasti adakah dapat selesema ni dalam lab or masa2 sebelum itu..padahal pagi2 nak g kuliah, penulis adalah bebas dr sebarang selsema..taktau dari manakah jangkitan ini datang..oleh sebab sekarang ramai sangat suspek h1n1, selesema adalah sangat senstif..tapi penulis sangat letih untuk buat pemeriksaan di klinik um tu..doakan sebenarnya ini adalah selsema biasa okay.. dan semalam jugak ada seorang kawan yg membawa berita bahawa media cetak telah membongkar bahawa Yasmin Ahmad adalah seorang lelaki..hakikatnya penulis mmg dah sedia tahu tentang hal ini drpd housemate penulis..cuma malas nak cerita sebab masa tu tak ramai yg tahu, tapi bila media cetak dah sebarkan, maka benda ni bukanlah rahsia lagi..cuma konfused jugak macam mana dia boleh mendirikan rumahtangga kalau dia ialah lelaki..apapun malas nak ulas panjang kerana empunya badan pun telah selamat kembali kepada Yang Maha Pencip...

rm50 yg baru..

Image
banding beza yg lama dan yg baru.. 50+50=100 sudahkah kalian melihat/menggunakan wang kertas rm50 yang baru? aku dapat wang kertas ni di plaza low yat semasa draw duit kat atm RHB pada mggu lepas..rasanya wang kertas lama lagi best kot..kebanyakan kawan2 aku kata wang kertas rm50 baru ni tak lawa..dan kertasnya macam tak best sangat..ada gambar bunga raya berwarna merah yg kelihatan cam agak besar jugak.. bahagian belakang ada gambar pokok kelapa sawit.. secara sengaja mempamerkan duit kertas tersebut di sini..kerana ianya seperti menarik untuk dikongsi, hehe..

empayar seorang Jacko!

Image
semua orang tahu tentang pemergian Jacko akhir Jun yang lalu..dikatakan bahawa kematian beliau adalah disebabkan jantungnya yang tiba2 berhenti berfungsi...dan banyak lagi cerita berkenaan misteri kematiannya yg tak perlu penulis ulas lagi di sini..segala cerita beliau terdapat dimana2 akhbar dan pasti semua yg rajin membaca akan membaca kisah2 terakhir Jacko hggalah kisah beliau disemadikan... sebenarnya sebelum ni penulis hanya mengenali Jacko secara general.. pengetahuan tentangnya adalah seperti apa yg org biasa sedia tahu tentangnya..bohong kalau ada yg kata dia tak kenal langsung MJ..tidak kiralah kita kenal dia sebagai apa..tapi mmg tak logik jika ada yg tak mengenali siapa beliau.. penulis cuma sedia tahu yg beliau adalah lelaki kulit hitam yg menyanyi sejak kecil bersama abg2 beliau..dan beliau juga adalah abg kepada Janet Jackson..juga mengetahui bahawa beliau byk membuat plastic surgery hgga satu badan bertukar putih...itu mmg penulis tahu sejak sekolah lagi.. dan penulis ju...

3rd week kuliah..

mggu ketiga kuliah reputasi aku merudum sedikit..aku ter'miss' kelas hr isnin jam 10pg dan kelas hari khamis jam 11pg tanpa sebarang cuti sakit..tapi mggu ni kesihatan aku mmg tak berapa bagus..tapi aku gagahkan jugak diri aku..tak sanggup nak miss sebarang lab petang isnin, selasa n rabu.. akhirnya hari jumaat lepas aku telah memaksa diri untuk ke klinik UM..klinik tu bukak pukul 8.30pg dan aku sampai ke klinik jam 9.15pg...even baru 45minit klinik tu beroperasi, aku tengok seisi klinik tu dah penuh dgn bebudak um yg sakit..agaknya ada dalam 25org dah sedia memenuhi ruangan klinik yg kecil tu...kenapalah klinik um ni kecil sedangkan kampus ni ada lebih daripada 15 ribu pelajar.. boleh dikatakan semua yg hadir hari itu datang dengan masalah yg sama dengan aku, iaitu demam..ramai sangat yg batuk2 tanpa menutup mulut...dan aku dapat rasakan seluruh ruangan klinik tu telah dipenuhi virus2 merbahaya..patutnya semua org kena pakai mask..aku cuma tutup mulut dengan kertas tisu..mmg t...

mood hari ini..

alhamdulillah..mood bertukar menjadi seronok sejak peti sejuk menjadi penghuni baru rumah ini..sangat teruja dan gembira sekali pabila merasai kesejukan daripada peti sejuk tersebut.. walaupun kami cuma beli yg 2nd hand tapi apa salahnya..dapat berjimat berbanding jika beli yg masih baru..apepun puas hati sebab peti sejuk itu masih tersangat elok dan rasa berbaloi untuk memilikinya secara perkongsian kami berlima.. maka dapur kami sekarang dah jadi lengkap...dapur gas dan peti ais telah berfungsi dengan jayanya..maka plan untuk berjimat dengan memasak sendiri di rumah akan terlaksana.. walaupun bukanlah pakar sangat bab memasak tapi at least boleh tajamkan skill memasak.. dan kawan2 yg pakar dialu2kan untuk memasak di rumah kami dengan syarat lepas memasak perlulah menjamu tuan rumah makan2..(eceh kenapa plak macam ada iklan komersial kat sini)..hampeh betul penulis ni.. paling best bila dah tibe bulan puasa nnti tak payah beli air untuk buka puasa..boleh sejuk kan lebih dr 5 jenis air...

kenangan ditinggalkan train..

peristiwa ni berlaku tahun lepas, masa tu aku masih lagi menetap di kolej 11. berlaku akhir bulan mac kalau tak silap..aku telah beli tiket train 2 mggu lebih awal. coz aku teman nano beli tiket dia ke labis setelah seminggu die berkampung di kampus aku, so aku pun belilah sekali jd tak payah berulangkali nak pegi k.l central. ntah kenapa aku gatal2 beli tiket pukul 8.15 am. aku mmg jenis suka berkemas last minute, so aku ni bleh plak mengemas barang after subuh padahal subuh pun bangun da dekat 6.30pg...masa tu aku dah cuak takut ketinggalan train..pukul 7.00 pagi aku keluar tggu teksi kat gate kolej 11, n kebetulan hari itu adalah hari cuti sempena maulud Nabi..Dah 15minit tggu tapi teksi mmg tak ada..aku pun mula lah berjalan dengan tangan kiri memegang beg balik kampung dan menggalas beg laptop di bhgn blkg..sangat berpeluh2..kononnya nak jalan sampai kolej 12 dengan harapan akan ada teksi kat situ, hampeh rupanya mmg takda jugak..jam dah 7.30pagi..aku terus berjalan ke bus stop de...

selamat pengantin baru kepada hasyimah hasyim..

petang tadi aku menerima panggilan telefon dr akak aku..bleh plak aku tertanya2 kenapa dia call aku..hampeh la aku ni tak ingat bahawa hari ni merupakan hari pernikahan sepupu aku cik syima yg baru berumur 20tahun..dan pada saat ini beliau telah pun mendapat gelaran Puan Syima secara rasmi..majlis nikah berlangsung di rumah ibu saudaranya yg merangkap sebagai ibu angkat beliau di felcra bukit kepong.johor..akak aku mmg dah lebih seminggu berkampung kat situ demi membantu sepupu yg paling rapat mengakhiri zaman bujang..alhamdulillah dah sampai jodoh dia..aku pun tumpang gembira jugak..suami dia merupakan imam masjid yg berasal dr singapura..dan mereka telah sepakat untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan saja tanpa segala acara adat seperti bersanding dan lain2.. aku tak balik mmgu ni, dan mohon maaf pada shima kerana kesibukan aku di awal semester ditambah dengan kesihatan yg merudum pada mggu ini menghalang aku untuk pulang..aku jugak belum belikan hadiah lg untuk dia dan masih memikir...

tolong!

mana kad matrik aku? huaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... geramnya..puas seharian cari tapi tak jumpa..sangat tension berkali tension! tahukah betapa berharganya kad matrik itu? betapa sukarnya kehidupan tanpa ia disisi...waaaaaaaaa..macam mana boleh ilang????? saper jumpe kad matrik aku, aku akan belanje die rm10...! huahh! tension tahap gaban.. semalam kad matrik tu ada je..aku tunjuk kat driver bas before naik bas..tp tulah kali terakhir aku confirm aku pegang kad matrik tu..lepas tu daya ingatan aku kata, mmg aku tak nampak dah kad matrik tu..adakah aku tercicirkannya? tapi bukan ke biasanya aku terus masukkan dalam beg..aik! macam mana hal ni boleh jadi ni? bingung nye otak aku! takda kad matrik mana boleh naik bas UM.. takda kad matrik mana boleh masuk lib UM.. SILAP2 KALAU SPOTCEK KAT MAIN GATE AKU KENA HALAU COZ TAKDA KAD MATRIK! bingung satu keja pun takleh nak wat..nasib baik masih boleh basuh baju dengan bernyanyi2 sebentar tadi kerana tak tahan tengok baju dalam baldi dah 4 hari tak ba...

episod bermakna buat abah..

masa cuti semester bulan 5 dan 6 yg lepas..aku telah meninjau perubahan di felda tempat aku tinggal..mmg felda yg bertuah sebab di felda inilah tercetusnya cinta pertama dalam hati seorang wanita kepada seorang lelaki...ops sorry ini bukan entry jiwang, cuba tengok tajuk kat atas tulis ape! penulis ni mmg nak kena ketuk sebab mengelirukan para pembaca..takpe nanti suruh penulis ketuk kepala sendiri pakai jari telunjuk dia yg comel tu..haha.. entry kali ni macam si penulis ni nak promote felda die pulak.. tolg jgn marah dan plez teruskan pembacaan anda okay! sejak bulan february lalu felda kami telah dikejutkan dengan berita gembira iaitu felda ini akan dijadikan tuan rumah untuk Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan pada tarikh 7 Julai 2009..yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak..mmg adalah Felda Maokil yg bertuah..dalam ratusan gugusan felda yg ada di Malaysia ni, felda kami yg terpilih...sumpah penulis sangat berasa bangga... maka dengan itu, war...

dapur oh dapur!

rumah kami yg dapurnya belum berasap! dah masuk mggu ketiga, tapi dapur masih belum beroperasi, hanya memasak menggunakan rice cooker Elba milik naemah yg dibawa khas dr negeri johor..aik! apasal jauh sangat beli rice cooker macam kat midvalley tak de jual rice cooker..haha, saje promote negeri kami yg best itu..mmg lebih best nak compare ngan k.l ni..muahaha..masalah pada mggu pertama adalah kami belum berupaya membeli dapur gas kerana masa itu duit PTPTN or JPA belum masuk lagi..jadi aktiviti yg dilakukan hanyalah meninjau harga dapur gas di Mydin n Carrefour MidValley..mggu kedua apabila duit dah masuk, kami telah berkongsi membeli dapur tersebut dan telah selamat pun dapur gas tu berada di dapur rumah kami yg comel itu..tapi kami sebenarnya belum mempunyai tong gas yg berisikan gas..yg ada cuma tong gas kosong yg naemah bawak dr negeri johor tempat tumpah darah yg amat disayangi itu, (sekali lg promote negeri si penulis)..masalahnya tong itu adalah tong gas shell berwarna kuning k...

peraturan baru di kampus um

kalau tanya student um, mmg semua sedia maklum akan peraturan baru yg dijadikan topik untuk entry kali ni..tapi mungkin ada gak yg masih belum tahu lagi...bergantung pada sejauh mana sifat alert mereka..peraturan yg melimitkan penggunaan kenderaan pacuan empat roda..penggunaan kereta hanya dibenarkan kepada pelajar 4th year sahaja..so, student 1st year, 2nd year n 3rd year kena akur tak boleh menggerakkan kenderaan sekitar kampus um malah tak boleh masuk um melalui pintu gerbang utama..jika tetap nak drive jugak, kena masuk ikut pintu masuk damansara dan perlu parking kat area trek palapes dan area depan kolej sepuluh.. hasil daripada peraturan baru yg berkuatkuasa sejak isnin lalu, ramai student yg protes..terutama golongan yg berkenaan.. aku yg sememangnya tak ada kenderaan sendiri melainkan sentiasa menaiki dan menyokong penggunaan pengangkutan awam tak hairan langsung dengan peraturan baru ini..langsung tak menjejaskan hidup aku, malah mungkin peraturan ini membantu mengurangkan ke...

21 july..

pagi hari yg pada mulanya panas bertukar menjadi sejuk..dek kerana hujan lebat dan angin yg kuat sekitar pukul 10 pagi..mungkin mengalahkan angin monsun dalam subjek geografi dulu..banyak sangat lopak air yg terhasil sekitar kampus ni..membasahkan kasut dan stokin yg tersarung di kaki..maka kesejukan makin bertambah..selepas kehujanan terpaksa masuk bilik kuliah yg berhawa dingin ntah berapa darjah celcius..hujan lebat diluar mengundang bunyi yg menganggu sesi kuliah..cuma kelihatan mulut prof yg terkumat kamit, padahal aku gagal mendengar butiran penerangan beliau..hanya menyalin nota dengan rasa kesejukan.. terpaksa menanggalkan stokin yg dah basah demi mengurangkan rasa sejuk.. keluar dr kuliah dengan rasa lapar..tapi tak dapat menuju ke cafe..kerana fakulti sains mmg cafe nya belum lg beroperasi..dan hal ini sangat menyusahkan pelajar2..terutama yg ada lab bermula 2.00 ptg..kalau aku pengsan dlm lab nanti tak ke haru biru suasana..mmg ada cafe di fakulti yg berjiran seperti fakulti...

bawang, bilis dan lada.

Image
lauk yg simple tp sedap! pedulikan pendapat org lain yg tak bersetuju, tapi aku harus akui bahawa kewujudan tiga elemen ini adalah sangat penting dalam masakan.almost semua masakan yg aku suka makan mesti ada 3 benda ni. aku suka masakan yg ditumis dengan sedikit minyak dan bawang. malahan nak masak maggi pun aku akan tumis kan bawang terlebih dahulu..sangat teruja bila mencium bau wangi bawang yg ditumis.tapi jangan sesekali tinggalkan bawang yg ditumis begitu sahaja.kerana ianya boleh hangus dan maka masakan akan dikira sebagai gagal untuk step pertama.. dan oleh sebab aku suka makan pedas, lada yg dinamakan cili api adalah menjadi kegemaran aku sebab lada ni pedas dan memuaskan lidah bila dapat rasa kepedasannya biarpun kadangkala sampai meleleh air mata dek kepedasan..tapi tetap makan dengan kegembiraan kerana pedas merupakan kesukaan tahap dewa.. ikan bilis adalah elemen paling mahal antara 3 benda ini.. kenapalah ikan bilis mahal sedangkan rasanya sangat sedap dan tak mengapa ji...

Demi Waktu/episod satu.

Sedang aku sibuk memilih makanan dan minuman, aku merasakan bahawa diri aku diperhatikan oleh seseorang. Aku cuba menoleh ke arah kanan untuk memastikan kebenaran telahan aku sebentar tadi. Dari kejauhan aku macam nampak kelibat dia, dan memang aku rasa susuk tubuh yang aku lihat memakai tshirt krim berkolar itu adalah dia. Takkanlah itu cuma halusinasi aku sedangkan aku bukan ada sebab untuk berangankan dia. Bukan ke aku dah lama buang dia daripada kotak fikiran aku. Dia yang suatu ketika dulu pernah menjadi insan penting dan istimewa dalam kehidupan aku. Tapi ianya hanyalah kisah tiga tahun yang lalu. Malahan sejak aku meninggalkan bumi Malaysia, aku memang telah berusaha keras untuk tidak lagi mengimbau kenangan manis kami berdua di tanah tumpah darahku itu. Ada juga di kalangan kawan-kawan aku yang bertanyakan sebab kenapa aku harus pergi membawa diri sejauh ini. Perlukah pemergian aku ni dikatakan sebagai membawa diri sedangkan aku punya misi tersendiri kenapa aku berada di negar...

2nd week..

minggu kedua kuliah dah pun berlalu..rupanya semester ni aku lebih prihatin tentang tiap hari2 yg berlalu..mungkin sebab aku nak hargai sepenuhnya saat2 bergelar undergraduate student of university of malaya..rupanya aku dah jadi pelajar tahun akhir..rasanya macam baru semalam aku ikuti mggu haluan siswa pengambilan 07/08..yes..mggu haluan siswa yg dah tinggalkan satu kenangan yg agak menyakitkan hati..bukanlah aku benci ngan mggu haluansiswa..tapi mungkin cara pengendalian mggu tu yg tak kena dgn jiwa aku kot..dah.cukup2lah mengimbau kenangan.. sejak bila pulak aku berjinak2 nak berjiwa sentimental ni..ish.. jadi nya, sebagai pelajar tahun akhir..aku kena lebih matang dan berjiwa dewasa..harap tahun akhir ni adalah tahun yg menggembirakan..untuk mggu kedua kuliah ni, aku juga berjaya untuk tak missed sebarang kelas..alhamdulillah..dan keadaan kesihatan nampaknya semakin baik..walaupun mggu ni lab dah pun bermula, tapi aku tak lah terasa penat sangat..cuma agak liat nak bangun pagi, ma...

M.U ke Malaysia..

jelajah M.U ke malaysia..kelab gergasi eropah yg rasanya paling glamer dan mendapat tempat di hati sanubari peminat bola sepak malaysia mmg tak lain tak bukan adalah the red devils..anak buah alex ferguson akan menentang anak buah Rajagopal hari sabtu ini..memang menarik..bukan lah perlawanan ini yg menarik, tetapi mungkin jumlah gol yg bakal disumbat oleh M.U mungkin akan jadi tajuk besar akhbar untuk paper hari ahad nanti..malah bukan je perlawanan ini yg ditunggu2, tetapi wayne rooney dan rakan2 telah disambut di hotel mandarin oriental oleh beribu2 peminat mereka..mmg maklum bukan senang pasukan ternama eropah nak berkampung di malaysia..jadi peminat2 mereka tak akan sia2kan peuang ni malah sanggup abis ratusan ringgit untuk tengok perlawanan mereka dgn pasukan malaysia di Bukit Jalil esok..dan ada seorang housemate aku pun tersenarai diantara penonton yg akan memenuhi stadium bukit jalil petang esok..bagi aku sendiri, aku mmg tak minat M.U, jadi aku tak heran pun diorg tu datang m...

yg agak best..

huhu..tak sangka lab fisio kimia mikrob boleh tahan best..semalam aku n hasni adalah org 1st yg masuk lab...punya la menepati masa..bukan nak bangga tapi mmg saja nak cerita bahawa aku ni student um yg ada integriti terhadap masa..chewah.. tak perasan tutor lab subjek ni ada baper org..rasanya ada 3 org kot..n ada gak pembantu makmal yg pantau keadaan..praktikal secara berkumpulan..only 5 student for 1 group..group kitorg bertuah kot coz dapat tutor yg 100% membimbing kitorang..setiap prosedur diberi penerangan dan demo secara teliti..malah sangat concern untuk memantau keadaan setiap waktu..yelah, praktikal melibatkan aseptic work mmg perlu hati2 untuk elakkan sebarang kesilapan..tapi aku mmg lemah bab nak observe slide under mikroskop..coz site view aku kadang2 lain dr org lain..n mmg aku blur bab nak lukis ape yg ditengok.. berbeza betul lab fisio kimia mikrob nak compare dengan lab dna recombinant sem lepas yg sejujurnya aku hanya datang untuk sign attendance sahaja..10 org satu k...

kata laluan..

apa cara paling mudah nak ingat kata laluan @ password..? kenapa byk sangat urusan yg memerlukan penggunaan password..patut ke guna password yg sama untuk setiap urusan? paling susah adalah untuk mengingat password email..rupanya setakat bernafas kat bumi ni aku dah pernah buat lebih dr 7 email...tapi asyik buat email baru kerana tak ingat password..tapi sekarang aku ada 2 email yg aktif dan password nya dapat aku ingat..akaun google untuk blog ini password nya menggunakan 12 huruf..mungkinkah ianya adalah nama seseorang??? dan ia adalah satu2nya password yg tak gunakan sebarang nombor.. akaun yahoo, friendster dan perdana mail um aku gunakan password yg sama..sebab aku buka ketiga2 akaun tu dalam masa yg sama.. kata laluan kad atm? aku ambik dr nombor bezday seseorang...seseorang yg kini sudah tak penting dalam life aku.. sebenarnya tak best guna kata laluan dalam berurusan..kan lg bagus kalau kata laluan tu ditukar pada benda lain untuk akses masuk..cubalah guna something yg canggih ...

14 july

hari ni..hari yg mengantuk macam semalam..tp mmg tak hairan..mana tak ngantuk..malam tadi tak dapat tidur..terkebil2 sampai jam 3pg...ntah kenapa mata mogok tak mahu lelap..paksa untuk pejam mata tapi mmg tak terlena..sudahnya pagi ni mata pun terkebil2 tahan ngantuk dalam kuliah... petang ni bermula lab kultur tisu..mmg dah bawak lab kot siap2 dari rumah..tapi rasanya lab ni macam best sket..coz student tak ramai sangat..tak la serabut kepala time wat praktikal..n prof rosnah pun nampak lembut n baik hati..hehe..tak macam lab plant biotech dulu..kecut perut bila tengok Dr C..cakap pasal Dr C, mggu lepas aku ada termimpikan dia tu kawin ngan perempuan muslim..tp ntah la sama ada dia dah kawin ke belum aku tak pasti..tapi dia kan smart, lulusan oversea lg..takkan lom kawin lagi kot?..ermm..mmg taktau sangat hal peribadi lecturer kat um ni..tapi kalaulah mimpi tu jadi kenyataan apa salahnya..kan bagus kalau Dr C tu masuk Islam.. esok ada J card member's day kat midvalley..aku rasa a...

kalau kail panjang sejengkal...

ha..ape tercengang lagi tu? takkan tak pandai sambung peribahasa tu? dulu PMR kan dapat A subjek bahasa melayu.. pada yg lupa, meh nak tolong sambung... kalau kail panjang sejengkal. jangan lautan hendak diduga.. ape sebenarnya nak cakap dalam entry ni? bukan nak ajak pi memancing kat laut..bukan jugak nak suruh memancing kat sungai..mmg takda cerita bab pancing memancing pun sama ada memancing di darat atau di air..just nak cerita maksud disebalik peribahasa yg org dulu2 dah siapkan untuk kita org sekarang memahami yg tersirat dr peribahasa tu..sebenarnya b4 kita melakukan sesuatu perkara, kita dah timbangkan sejauh mana kita mampu laksanakan perkara tersebut..org dulu2 kata, ukur baju di badan sendiri..ewah bertambah pulak peribahasa dalam entry ni..kalau mmg kita dah tau baju tu bukan size kita, kan ke hodoh jika kita tetap mengada2 nak pakai gak baju yg bukan size kita..samalah jugak kalau kita terlebih perasan yg kita boleh gapai sesuatu sedangkan sebenarnya kita belum layak untu...

13 july..

yes..untuk hari ini lab plant fisio tak start lg...gembiranya..ntah kenapa hari ni mata ni mengantuk sangat2..even pg tadi da sambung tido balik after solat subuh..dalam kelas plant td mmg mengantuk yg amat..cuba gak gagahkan diri lawan ngantuk dgn mencatat nota dr slide powerpoint yg terbentang kat depan..mana dapat sindrom mengantuk ni taktaulah..padahal selama ni mmg tak da masalah mengantuk dalam kelas pagi..hairan betul.bukan ke semalam b4 kul 12 dah lelapkan mata..tido nyenyak tak sedar langsung..padahal selalunya kalau tido malam sampai 7 kali asyik terjaga..ada je terganggu dgn gangguan..n malam tadi mimpi yg pelik, mimpi tu macam cerita dalam novel wlupun aku bukan heroinnya..tulah asyik baca novel sepanjang minggu lepas..sampai mimpi pun ekstrem macam kisah dalam novel jugak..teruk betul..apa tak teruknya bila mimpi tentang konspirasi pembunuhan..n tak pasal2 ada sorang mamat yg aku kenal kat um pun masuk dalam mimpi tu...ni gara2 dia senyum kat aku masa pegi pasar malam juma...

1st week kuliah..

dah tiba pun hari jumaat..bermakna dah berlalu mggu pertama kuliah untuk semester ni.alhamdulillah aku attend semua kelas utk mggu ni.hehe, mggu pertama boleh la rajin.hihihi. semester ni isnin sampai khamis kelas start pukul 10pg..katanya mmg bila final year ni jadualnye mmg camtu..cuma hr jumaat kelas start kul 9pg..tapi pada aku benda tu no hal..small problem la bab kelas pagi2 ni..n mggu ni tiap2 petang aku dapat curi tido..coz lab tak mula lagi..jadi ada masa untuk aku berehat2..tapi mggu depan tak dapatlah..coz lab dah mula..

Jeli Gamat

Image
ini bukannya iklan komersial nak promote produk..just nak cerita sket tentang sesuatu yg berkisarkan kesihatan..rupanya mengekalkan kesihatan adalah sesuatu yg kita harus berusaha kearahnya..ni semua gara2 aku yg tak sihat sepanjang cuti semester hari tu..sakit, makan ubat, n sembuh..then sakit lg..makan ubat lg..n sembuh..mmg sakit tu adalah ujian Allah pd hambanya..tapi manusia harus berinisiatif untuk cari penawar kerana Nabi bersabda bahawa setiap penyakit ada penawarnya.. sebenarnya apa yg berlaku apabila penyakit datang lagi dan berulang lagi?? berjumpa dgn ahli farmasi dan beliau terangkan bahawa darah aku tak bersih@ tak sihat.. darah yg tak sihat???... maka aku dinasihatkan supaya mencuci darah dengan mengambil Jeli Gamat..katanya ia bertindak mencuci darah dalam badan supaya penyakit tidak datang berulang...yes. my dad pun belikan sebotol jeli gamat ini yg berharga rm42..10ml sekali makan..sekali or dua kali sehari terpulang..n aku dinasihatkan supaya jaga pemakanan n banya...

6 july 09

hari pertama ke kuliah..padahal kuliah hari ni tak ada pun.. ermm..tak paham kenapa kuliah hr ni tak ada.. padahal aku punyalah berkobar2 datang kuliah..pg2 dah bersesak2 dalam rapid kl.. masuk kampus um.. um ni bleh dikatakan lengang lagi..rasanya ramai lg yg lom balik sini.. tapi nampak gak segerombolan student 1st year yg rajin...haa..kantoi diorg tu 1st year coz diorg takda kat matrik lg...hahaha(kata2 berlagak dr seorg senior)..kuang3.. sedang berusaha untuk log in masuk pendaftaran online mggu add n drop.. tapi still pending.. nak susus balik subjek yg perlu diambil...nampaknya benda ni tak berjalan lancar, ada lab yg dah penuh, n ada plak subjek yg clash jadual..n ada gak subjek yg takleh ambik coz ada prasyarat..aduss, banyak betul perkara yg menyusahkan minda aku yg sedang dalam mood damai.. hasni ajak g klinik um hari ni..aku bukan sekadar teman dia, tp aku pun nak berubat gak...masalah luka kat bibir aku kian kroniik..semalam darah mengalir tak henti2...n semua org tanya ken...

selamat pengantin baru kepada rozila..

Image
cenderahati dr pengantin sebahagian hantaran.. exsmkas yg hadir.. 20/06/09..tarikh keramat majlis perkahwinan rozila..bertempat di felcra sri wangi batu pahat johor..ini adalah kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan..kawan satu sekolah menengah..(smkas)..n dia jugak satu U dengan aku.. selama ini sebanyak 4 org kawan aku yg berkahwin aku gagal menghadirinya..mintak maaf pada org yg berkenaan, hari itu, jam 10 pg dah bersiap2..tggu kedatangan ekin n anisah n kami pergi bersama2 dan sampai di rumah pengantin jam 11.30pg..memang awal..even br 1st time pergi sini kitorang tidak tersesat pun, terer ah driver..(adik anisah).. sesampai jer..terus serbu bilik pengantin dan zila masa tu belum pun bersiap dan mak andam dia pun tak sampai lagi..kami berempat pun mengadakan sesi bersembang..(ceh bleh plak pengantin ada masa bersembang)..dan sesi fotografi bersama pengantin dan kamarnya dan hantarannya sekali..hehe... jam 12.30 kami bertiga ni pun pergi plak ruangan makan yg...

im back...

aku telah kembali ke dunia ku di sini... sampai kl malam tadi... dengan menaiki train... n terus berarak ke rumah sewa... disambut oleh housemate baru... sebulan setengah bercuti di rumah... macam2 berlaku sepanjang aku bercuti semester... ada episod sedih... ada gak episod yg gembira... taktau macam mana nak mulakan cerita... sebab aku belum bersedia nak mulakannya... huhu, apelah mengarut... esok dah mula kuliah untuk sem ke-5... n bermula mggu add n drop... masih pening lg nak ambik subjek ape... n masih ada yg lum dapat daftr sebab dah tak muat lab... apepun, kalau tak dapat secara auto, kenalah wat cara manual... huhu..sambung cerita esok jer ok... tataaa..