Slot Selasa:- SerbaSerbiDuit #1
hi readers. hi friends...and..... hi enemies.
lately bila aku bangun dari tidur, time nak kemas katil. ada benda yang aku cukup menyampah nak buat. iaitu kutip helaian rambut aku yang berguguran. rasanya kalau dihitung boleh dapat 20-25 helai. yes. rambut gugur setiap hari. itu belum campur gugurnya ia ketika take shower. apatah lagi apabila disisir. cuba kau bayangkan kalau 60-70 helai ia gugur dalam sehari, cukup tahun besok time aku nak kawen silap-silap kena pakai rambut palsu untuk suami.
*tapi fakta dari internet cakap rambut wanita gugur antara 50-100 helai dalam sehari. ok fine lah.
spoil lah fakta dari internet ni. baru ingat nak kaitkan masalah keguguran rambut dengan zaman #SerbaSerbiDuit. rupanya tak boleh nak dikaitkan. Cis. potong ah.
tapi tak apa. topik tetap akan dibincangkan. sebabkan zaman sekarang adalah zaman #serbaserbiduit, maka semakin banyaklah orang yang guna bermacam inisiatif untuk cari duit, paling utama, tentulah bisnes. orang kampung sebut, #meniaga. jadi marilah kita mulakan dengan cerita bab meniaga yang pertama.
semalam my roomate beli karipap segera dekat bazar area ofis beliau. alah, karipap ni yang bila kita beli, balik rumah kita cuma perlu goreng saja ia. dan kemudian bolehlah dimakan. tapi bila dikira-kira, sebijik karipap dijual dengan harga 30sen. kalau beli yang dah digoreng pun 40 sen. minyak masak 25sen 100gram. gas lagi?.. tak ke lebih kurang je sama ada beli yang belum digoreng mahupun yang sedia dimakan. psikologinya macam murah sikit. padahal sama je. kan.

macam jugak kalau beli Perfume mini bottle jenama O** D*** misalnya. kalau beli satu set ada 8 botol harga dia RM40. tapi kalau beli sebotol je kat pasar malam depa jual RM6 sebotol. sebotol 2.75ml. let say kalau beli sebotol 2.75ml dengan harga 6ringgit. memang 6ringgit bunyi macam murah. tapi try kau guna formula matematik tahap Upsr untuk dapatkan harga perfume tersebut untuk 100ml. mari aku tolong calculate.
2.75ml = RM 6
1ml = RM 2.18
100ml = RM 218
haih. macam lagi berbaloi beli minyak wangi 100ml yang harga RM200? kan. memang semua ni permainan psikologi je. orang meniaga nak nampak macam murah. dan memang murah bagi mereka yang tidak mahu mengira. tidak mahu bukan tidak tahu. atau mungkin tahu tapi tidak ambil tahu. serangan psikologi berhasil. syabas O** D*** perfume dan segala perfume mini bottle yang seangkatan dengannya. patutlah stokis depa boleh masuk TV cakap hidup dah berubah bagai. HeHehE.
contoh ketiga bab #meniaga. masih lagi tentang harga. my roomate beli coffee 3in1 yang harga rm8.90sen untuk 30 paket kecil. dia cakap, murah. aku pulak beli Milo 3in1 30paket kecil dengan harga rm12.90sen. dia bancuh coffee dia, aku bancuh Milo 3in1 aku. bezanya. dia bancuh coffee 3in1 tersebut dengan sesudu teh susu pekat. aku plak cuma bancuh my milo dengan air panas. my roomate cakap, kalau tak letak susu pekat tak sedap coffee tersebut.
dah kalau everytime bancuh nak kena ada susu pekat sebab nak sedap, tak ke sama je nilai dengan beli Milo 3in1 macam aku yang dah sedia sedap tak payah tambah susu pekat bagai. psikologi kan?. benda murah yang kurang sedap kau kena add on benda lain untuk bagi dia sedap. atau kau beli mahal sikit lebih 3-4ringgit tapi kau tak payah add on apa-apa adalah sebenarnya sama nilainya.
itu tak masuk lagi bab harga barang-barang kat pasaraya. semua tag harga mesti ada 95sen kat belakang. 9.95sen, 19.95sen. 99.95sen. psikologinya macam still murah. padahal, baki 5sen tu banyak orang taknak lalu ditinggalkan saja diatas kaunter cashier. kehkehkeh
dan sebenarnya bab #meniaga ni ada banyak lagi contoh lain, yang mungkin you all sendiri ada pengalaman. tak dinafikanlah, kita memang mudah 'diserang' secara psikologi oleh peniaga yang meniaga. tapi peniaga tetap meniaga, dan pembeli tetap membeli. berurusniagalah selagi ada money, berbelanjalah selagi ada gaji. yang belum bergaji macam aku. diam-diam je update entry. Lol.
p/s: penulis mengada-ngada buat Slot Selasa untuk topik SerbaSerbiDuit pulak. konon macam Financial Advisor bertauliah lah. Hi Ambank Group tumpang lalu. :p

Comments
tapi true la..harga nmpk je murah..ekceli kalau dikire betul2 lebih kurang sama dengan yg mahal sedikit kan?memang psikologi kewangan betul..
bagus la kalau kamu jelas melihat apa yg tersembunyi... kurang2nya, x mudah la untuk kamu di tipu...
Tapi coffee 3 in 1 aku selalunya tak pakai dah susu pekat. Sebab gula dalam tu cukup banyak dah rasanya. Heee. Just my 2 cents. :)