Sunday, July 17, 2011

cerita balik kampung

hi readers. salam nisfu Syaaban.

haih. bila lama sket tinggalkan belog, memang terasa malas nak menaip entry. super malas sebenarnya. tapi sentap bila tengok jumlah visitor menjunam. justeru. harus update jugak walaupun malas. ok. belog update jom baca.!

ini bukan pasal email. ini cerita balik kampung. cerita email tunggu next entry. boleh?

baiklah, aku sebenarnya tidak kemana-mana pun. bukan menghilang pergi bertunang. tapi menghilang sebab balik kampung. balik rumah emak abah di Johor. balik ke dapur emak di rumah kami di Johor. lebih tepat lagi. balik kampung untuk melayan nafsu makan dari celik mata sampai tidur semula. sebab nafsu makan tidak dilayan di Kuala Lumpur. santap maggi goreng 3-4 kali seminggu kesian ke tak kesian?

emak, abah dan adik-adik sihat semuanya. Hinata si emak kucing baru lepas melahirkan 3 ekor anak kucing yang belum lagi diberi nama, malas nak beri nama awal-awal sebab anak-anak kucing kelahiran Hinata selalunya mati selepas 2 bulan. rasanya ini dah kali ke-4 Hinata beranak. tapi anak dia yang hidup sihat cuma dua ekor saja. Si Oren dan Si Belang. tapi Si Belang dah lari dari rumah sejak terpikat dengan kucing betina jiran kejauhan. cuma Si Oren yang terus menyerikan rumah kami. Eceh!

bab kucing memang tidak penting. macamlah kucing boleh baca belog lalu terharu dengan perenggan ini. :p

jap aku nak ingat balik apebenda yang aku makan masa balik kampung 3 hari tersebut:-

Khamis:- 

petang makan nasik, mak masak gulai lemak pisang muda, dengan sambal goreng (yang ada tempe, tauhu, kentang, bilis, lada di masak kicap). ada ikan goreng tapi tak pasti ikan apa. malam tu abah beli sate ayam dan daging 120 cucuk. aku rasa aku makan dalam 30 cucuk. aku lebih suka sate daging. abah memang suka nak beli sate everytime anak dia balik. mungkin sebab abah taktau masak, tapi abah boleh ganti dengan membeli. btw, sate is always my favourite. dan malam itu, mak pun ada masak bihun goreng. 

Jumaat:-

emak masak sup tulang. nasik himpit. kerang rebus. dan begedil. (ye, mestilah aku bantu mak di dapur. aku bukanlah pemalas nak turun dapur, siapa tak percaya pergi tanya my mom sekarang, call no dia 016795****). petang pula, makan jemput-jemput pisang.  

Sabtu:-

sarapan kuey teaw kerang, tengah hari abah suruh aku pergi kenduri kawen. aku pergi dengan my only bro. pekena nasik minyak ngan ayam masak merah ngan kari daging. air asam boi. petang masak karipap untuk abah bukak puasa, malam pulak makan apa yang mak masak, nasik dengan sayur pecal, ayam goreng, udang goreng. dan petang tu mak buat kerepek pisang untuk bekalkan aku balik KL, ampun sumpah terharu dengan emak!


Ahad:-

sebenarnya abah plan nak emak masak nasik lemak supaya aku boleh bawak bekal balik KL, tapi plan bertukar sebab aku berpuasa hari ini. jadi emak bawakkan lauk je. (ayam goreng). nanti nasik aku boleh masak sendiri kat rumah. tapi lepas Subuh tadi emak sempat masakkan sambal tumis and bawakkan aku mi siput. mi siput makan dengan sambal tumis memang kalah semua jajan di supermarket. sedap gila. sumpah terharu lagi~.

semalam petang abah petikkan cili api dari pokok cili sekitar rumah, suruh aku bawak bekal cili api balik KL. maknanya suruh aku rajin masak di rumah, jangan asyik beli makanan kat luar. nasib baik abah tak suruh bawak bekal sayur kangkung yang dia tanam. :p 

sepanjang di rumah, perut tak sempat berasa lapar. Alhamdulillah. walaupun dah besar, tetap terasa macam masih kecil bila sesekali balik kampung. abah siap tanya kalau nak makan ubi abah boleh ambikkkan ubi tepi rumah. sayangnya tak sempat pun nak masak ubi. macam sibuk sangat di dapur. :p

penulis sudah selamat tiba di KL semula  jam 12.30 tgh hari tadi. sampai saja di bilik, tengok semua baju yang dijemur sebelum balik kampung sudah dilipat kemas dan di letak elok di atas katil. OMG. roomate pun nak buat aku terharu. 




p/s: dengan keberkatan nisfu Syaaban ini Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa emak.emak.emak dan abahku jua. dan Kau balaslah sejuta kebaikan pada setiap jiwa yang berbuat baik kepadaku. Amin.

8 comments:

Seimura said...

Amboi-amboi kau bukan main lagi cerita pasal makanan. ini gua tak puas hati. nak mi siput!nak mee siput!!!

♥CIK SHA♥ said...

semua makanan yg disebut membuatkan saye terliur..walaupun tak nampak tapi dapat dibayangkan keenakkan makanan-makanan itu..uhuhuhu..


selamat berpuasa sarah..dan selamat berbuka puasa maghrib nnt..

Amir Said said...

Wah bestnya. Tiap2 hari makan sedap.

Hans said...

walaweh
setiap hari adalah hari makan sedunia bila di rumah
:-)

beautiful_rose said...

seronok kan dapat makan masakkan mak.hidup merantau macam ni lah.tak semua benda kita boleh dapat bila bersama dengan keluarga.... =)

Adylia Qarissa said...

dkna dah lama tak balik kg...heheheee tunggu raya baru terasa nikmat balik kg :D

EZAN IDMA said...

kalau kucing kamu baca cmna? hee :) bestnye dgr org bercuti kat kampung. lame tak balik :(

Nizam Ijam said...

wah..best erk balik kg..hehhee :)


” Nizam Ijam Dot Com”