Tuesday, July 12, 2011

R.A.N.D.O.M

hi readers, ini adalah penulisan random entah kali yang ke berapa. well, blog pun peribadi, so... sikit-sikit ceritalah pasal hal hidup yang serba serbi nak kena survive ni.


my new roomate:-

orang Kuala Kangsar, muda setahun dari girlfriend mr.Kingkong. government servant (kontrak 6 bulan), so mungkin dalam 6 bulan ini dia akan tinggal bersama girlfriend mr.Kingkong ini. anak keempat dari empat beradik. manja tapi sporting. tak berkira dan tak kedekut. kami berkongsi beli tempat penyidai dan iron board, err. maaf housemate I yang lain kurang bersifat pemurah. rice cooker pun simpan dalam bilik sentap mak! mereka tak mahu berkongsi sangat then itulah sebab aku perlukan roomate. dan my roomate adalah seorang anak yatim sudah kehilangan bapa sejak 13 tahun yang lalu. 

Sabtu lepas dikala Kuala Lumpur sedang BERSIH, kami dari Sentul mengadakan first dating. cik roomate drive Satria Neo dia ke Jusco Maluri. -kami tidak menghadapi sebarang sekatan- dia tak bagi aku share tuang minyak kereta maka, tengah hari itu, our lunch was paid by me. orang berbudi kita berbahasa. petang tadi before dia balik dari kerja sempat lagi mesej aku tanya kalau ada nak pesan makanan ke tak sebab dia ada kat kedai makan. Oh terharu ai. bak tisu nak kesat air hingus. :p

my roomate sungguh menyenangkan, tidak kerek, lemah lembut dan sangat sesuai berkawan dengan girlfriend mr.Kingkong yang hati tisu nih, kehkehkeh!

siapa tu girlfriend mr.Kingkong?.. siapa taktau pergilah selak entry lepas-lepas.


my diet plan:-

masih lagi ON. food intake masih dikawal even though mr.Kingkong said that I dun have to lose any gram. 1 gram pun jangan hilang. sebab kalau aku hilang 1gram, dia nak kena hilang 1kg. Hahaha! tapi... tapi dia cakap  jangan lose and jangan gain weight. kena maintain 51kg macam sekarang. untuk itu, aku cuma makan nasik sekali-sekala. mungkin 3 hari sekali, atau seminggu sekali. sebenarnya aku ni jenis yang senang untuk gain weight. kalau makan tak ingat dunia memang badan pun macam kena pam.

pengetahuan tambahan, aku plan nak makan kambing sebulan sekali. bulan ini belum makan kambing lagi. makan kambing sebulan sekali adalah kehendak peribadi, jangan cakap itu sebagai menu diet. mestilah bukan. plus, aku tak makan kambing sebarangan like kari kambing mamak stall.... aku makan lamb chop je. :p


my career:-

environment yang selesa kerana mendapat bos, supervisor and rakan staf yang sangat membantu. aku tak stress dalam ofis. tapi kerja as financial advisor ni stress bila nak deal dengan klien. bukan senang nak close file. lagipun AmLink ni boleh dikatakan baru and orang tak familiar sangat. banyak orang tanya aku pasal AmCash. sedangkan AmCash dah stop dah. sekarang banyak bank more to Investment Link Product. bukan kat ASB je boleh melabur, bank pun boleh. dan selain Ambank, Maybank pun ada buat ILP ni. tapi aku rasa Ambank punya investment lagi menguntungkan. Haha. bukanlah sebab nak 'kipas' company sendiri tetapi hakikatnya memang sedemikian. I dah buat research dah sila percaya. 


my mr.Kingkong:-

tumpang lalu, nak masukkan jugak watak beliau pedulilah kalau ada yang meluat ke apa.

kami lately banyak menggunakan medium e-mail sebagai perantara komunikasi. tahukah bahwa menulis email feel dia sama macam menulis surat cinta. sungguh bertatabahasa. tetapi tidak sampai tahap berpujangga. mr.Kingkong jarang sekali bercakap tentang perasaan. sebab lelaki matang ini menganggap bahwa setiap perkataannya adalah sesuatu yang perlu diambil serius. untuk itu, dia tidak pernah berjanji manis.  

macam pertama kali dia belikan aku hadiah sepasang kasut Tropicana Life Mac lepas, a week before that dia cuma bertanya macam nih. " Kalau ada orang nak hadiahkan you something, apa yang you nak...." tapi sebelum aku jawab yang aku suka orang bagi kasut, dia cakap dulu kat aku supaya jangan salah faham dia cuma nak tau aku ini perempuan yang minatkan barang apa.. beg tangan ke baju ke kasut ke... aku pun balas, mana ada aku salah faham. aku jawab je soalan.

tup,tup a week after dia cakap macam nih. "I rasa nak belikan you kasutlahhh....." Elehh.

berbalik pada hal email. semalam dia email cakap nak tanya aku sesuatu. ni dah 24jam aku tunggu email dia. Ish. tertanya-tanya apa benda agaknya yang dia nak tanya. grrr! seksa.seksa!


my family:-

I miss my family. minggu ni balik kampung. so lepas dari balik kampung kita cerita pasal family pulak. okay?




6 comments:

aimie amalina said...

okeh! x sabar tunggu..hee..kem slm roomate yg bek ati...hee..kat mr.kingkong tamola..nnti kene tampo laju2..kiki ~

bru follow nih =)

camat kawan!

Fitrihadi said...

elele baiknya mr kingkong tu.. moga bahagia lah ye :)

EZAN IDMA said...

1. Ur new roomate sgt cool :)
2. Awek mr kinkokng tu kamu kan?
3. Mr kinkong sgt sweet berkomunikasi gune email :)

♥CIK SHA♥ said...

3rd little kingkong are here..ehehe..


it's good to hear that u get a nice roomate like her..harap2 berterusan la..sbb org jenis macam die susah kot nak jumpa..

wahida said...

huhu...saya pun rindu kampung...

salam, thanks drop by my blog...awat tak follow sekali? huhu....

salam kenal...

Adziim said...

Ha..bagus sungguh roommate jenis tak berkira ni.

Mr.Kingkong tengah susun ayat tu, payah tau nak main email2 ni.