Saturday, July 30, 2011

terima kasih kepada jiwa-jiwa murni.




" Sara, kalau you susah, you jangan segan carik I.. ok?"

my friend cakap macam ni, on the way dia hantar aku balik rumah lepas tengok wayang midnite malam tadi. masa tu jalan raya kat KL pun agak lengang. tambah dengan hujan turun, mahu tak tacing aku dibuatnya. 

aku harap aku jugak boleh cakap macam ni kepada jiwa-jiwa murni yang hadir dalam hidup aku. tapi aku belum boleh. cuma dalam hati aku doa banyak-banyak, moga Allah balas hanya kebaikan pada setiap mereka yang berbuat baik, dan bersangka baik kepadaku.

my friend pun cakap, selalunya kawan-kawan yang faham kita bukanlah kawan yang kita kenal lepas umur 20an. tapi kawan yang kita kenal dia sejak zaman sekolah. walaupun lost contact lama, kawan sekolah akan selalu jadi kawan kita. 

*manusia akan selalu diuji oleh Allah, dan kita tidak akan melalui tahap ujian yang sama. Alkisah orang lain, jangan mudah menilainya dengan sebelah mata, apatah lagi dijadikan bahan mengata dan gelak tawa. sebab bukan engkau yang lalui jalan hidup dia.


4 comments:

Adziim said...

owh..tapi aku tak keep contact ngan kwn2 sekolah.

EZAN IDMA said...

untung kan ada kawan baik :) semoga kamu baik2 saja

Hans said...

ar ar
kawan sekolah aku baik2
sampai skrg
:-)

syarifahsidrus said...

kawan sekolah memang terbaik!