K.A.W.A.N biar Ngam Ho!


hi readers. sihatkah semua?...sudah makankah?..kepada sesiapa yang tak ada selera makan, janganlah biarkan perut kosong. at least makanlah roti atau biskut bersama nescafe/milo panas. sebab kalau perut kosong boleh mengundang penyakit. penyakit jangan diundang. musuh jangan dicari. kawan biar beribu. berkasih biar satu. ok. welcome to kawan baru. masih ingatkah dengan entry 'teman baru'?. siapa tak ingat boleh refer SINI.

'teman baru' sudah bersama penulis sejak beberapa jam yang lalu. walaupun janjinya nak datang hari khamis lepas, tapi setelah ditunda-tunda, baru hari ini dia datang untuk memulakan hidup baru di rumah ini. tapi bagus juga. sebab weekend lepas, my sister bersama barang-barangnya sangat memenuhi ruang bilik sederhana aku ni. sekarang barang dia dah tak ada. lapang banyak. 

sudah berkenalan dengan roomate, sudah bercerita panjang pasal famili dan adik-beradik. sudah bercerita pasal kerja, malah sudah bercerita pasal boyfriend. Eh. taklah yang itu belum lagi. gila kau hari ini baru kenal terus bukak cerita pasal boyfriend. tentang boyfriend tak boleh cerita banyak. nanti orang dengki. nanti orang bernanah hati. busuk tau bau sampai sini. Eh! kalau bukan engkau tak payahlah nak sentap bhahaha!

ok. dekat entry pasal I welcome my roomate last week, memang banyaklah mendapat respon/komen yang berbunyi lebih kurang sama. semua cakap pasal biarlah aku dapat roomate yang sekepala. baru ngam ho. jom rujuk hasil print screen di bawah.










thanks kepada komentator yang mendoakan yang baik-baik. padahal before this aku bukan fikir sangat pasal sekepala ke ngam ke apa. sebab aku bukan jenis orang yang banyak songeh bila berkawan. apatah lagi bercinta. sungguh tak banyak songeh. orang kampung aku kata, bloody cool punya orang. aku selalu mantain cool je hadap perangai orang. aku ngam je dengan sesiapa. tapi kalau orang tak ngam dengan aku so what can I do. I dun care sangat sebenarnya. kalau ngam welcome, tak ngam diam-diam. tapi my new roomate pun memang cool! dia ada kereta so bolehla I tumpang~hahaha.

sebut pasal kawan, sebut pasal cool. masih ingat lagi, pernah orang tampar muka aku dua kali sebab nak back up kawan baik dia. ~kononnya bff 'bestfriendforever'lah~  'dia tampar aku hanya sebab aku berdegil taknak mintak maaf dengan kawan baik dia'. padahal buat apa aku nak mintak maaf sedangkan aku tak salah. entah cerita auta macam mana yang dia dengar terus nak masuk campur. nak berlagak mafia dengan aku. aku biar je tak balas. aku nak tengok sampai tahap mana bff nya diorang. tengok-tengok after few months dua kawan baik tu bergaduh jugak. retak terus istilah bff. haih. boleh jalan dengan penampar kau. back up kawan baik konon. ptuih! 

well, aku memang banyak kekurangan, aku tahu itu. tapi aku tetap cool. aku bukan jenis temper. aku okay!

padahal dulu masa darjah 6 aku memang penghidap penyakit hot temper. sangat garang tak boleh silap sikit. nak menyinga/mencarut saja!..trial UPSR tak dapat 5A pun semua kawan kena hamun. heh! lagi 2 markah je subjek BM Penulisan nak dapat A cikgu taknak bagi A padahal kan BM Penulisan ni macam boleh consider up kan markah. habis semua orang kena hamun disebabkan 2 markah yang tak dapat diselamatkan. padahal bukan ke tak ada kaitan antara 2markah tersebut dengan kawan-kawan? 

#singa-singa pun dulu ketua pengawas minat kat ai tau jangan memain kecewa semua murid perempuan di sekolah. hauhauhau. barangsiapa masih ingat lagi watak mr.S dalam blog ini memang comel lah dia. ok. kisah silam memang manis untuk dikenang. bluek~. dan semakin dewasa, sifat singa sudah 100% hilang ditelan masa. 

bila penyakit hot temper sudah lenyap. kini penyakit cengeng pula menular dalam diri. jiwa kaca. mudah retak lalu berdarah. oh ya. sebut pasal mr.S, aku dan mr.S kami masih lagi bestfriend. kadang-kadang contact trough ym/facebook/handphone...dah 13 tahun kita berdua kawan. and he knows who is my mr.Kingkong. ya, mr.S boleh dikatakan sebagai my penasihat cinta jugak. mr.S sangat cool. mungkin aku boleh jadi cool sebab jangkitan dari beliau dulu. errrr, mr.S hensem tapi belum berkahwin. mr.kingkong pun hensem tapi sebab  size kingkong dia lambat kawen haha *tetiba.


p/s: lelaki hensem dalam cerita entry sebelum ni baru berusia 25 tahun. memang hensem, muda dan dah pun berkawen. *pesanan takde motif. hauhauhau!


Comments

Weh. Sakit tak kena tampar. Adoi. 2 kali plak tu. Ngilu plak aku rasa. Huhu.
aamalinaazman said…
huuuu...ni gile kental tahan kene tampo..hee..salute ! hait!..heee..tapi betollah...temper sebnrnye bole d atasi kan..heee...saya follow nih..nice to meet u =.<
belog|amiyo said…
panjang nye entry ni. =__=
Shahada Fauzi said…
ehehe..betol lah..tak kesah sebenarnya sapa roomate/housemate kan?janji tak kacau hidup kite sudah..

tapi kalau dapat yg ngam ho tu yg syok tak hengat..takde la hang buat hal hang, aku buat hal aku..tapi duduk 1 bilik..tak syok oh perasaan tu..rase macam duduk dengan alien je sebilik..kekeke..*pengalaman diri sendiri tu..;p
beautiful_rose said…
heheh seronok eh ko skang.hope2 ko dengan roomate boleh jadi kawan baik =) yang paling penting persefahaman dan saling hormat menghormati kan... =)
James Alexander said…
nak tumpang keta roomate anda tu boleh, tapi tlg2 la tuang duit minyak... baru beliau x igt anda amik kesempatan semata2... kang dah elok ngam jadi musuh lak. hehehe...


x de siapa pernah lempang sy and get away with it. org lain boleh, but not me.
Ur Other Half said…
errr kene tampar?sakit 2..adoi.. btol gak.. x salah nk wtpe mtk maaf..bapak jahat.kehkehkeh

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S