Friday, July 8, 2011

Where is The L.O.V.E...


p/s: Awas! entry ini mungkin jiwang dan bersifat peribadi. tidak wajib baca.


mana nak cari cinta, tang mana dia duk sembunyi. orang kata tak adalah cinta kalau tidak dicari, so maknanya cinta perlu dicari, tapi ayat yang lebih tepat adalah, carilah cinta, tapi jangan tercari-cari sangat. orang cakap kalau orang tu jodoh kita, jalan cerita dia tak akan jadi begitu susah macam kena rentas lautan api. lirik lagu rock kapak selalu bohong je.

"Andai diberikan emas permata... Ku pilih senyuman mu..."


HahAHa-HaRuuu je lirik ni. nampak bebenor menipunyeww!


baiklah, saja nak bagitau, bahwa apa saja komen readers dalam entry love-love dalam blog ini aku terima walaupun tidaklah bulat-bulat. everyone ada fikiran masing-masing, dan semua orang memang pandai bagi nasihat. I know cinta memang bukan segala-galanya, but dun simply judge me dengan hanya baca satu entry.

tapi janganlah lagi ada komen berbunyi begini:-

"tak payahla bercinta sangat, belum tentu dia jodoh kau....!"

well.well.well, aku harap semua orang bila dia bercinta dia akan plan ke arah kesudahan yang baik iaitu perkahwinan. tapi jodoh itu bukan di tangan kita. cuma apa yang aku boleh cakap, cinta ini adalah harapan aku dan aku tak main-main. aku harap dan mengimpikan bahwa kami akan berkesudahan baik. dan apa salahnya kalau anda doakan yang baik-baik juga.

jangan risaukan keadaan aku sekiranya cinta ini tidak berakhir di majlis akad nikah, sebab aku ini masih waras. bukannya akan keciwa gila-gila sampai mati kering seksa diri tak makan tak mandi 44 hari. no worries coz I'll be fine. bukankah Allah mengatur yang terbaik untuk hambaNya.

baiklah. boleh teruskan baca jika dah faham pendahuluan, ingat. golongan PHD adalah disarankan meninggalkan page ini segera. penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit hasad dengki anda semakin parah jika proceed ke perenggan seterusnya.

ok. aku sebenarnya sangat tertarik dengan status di Oh Media di Facebook mereka pada hari semalam yang berbunyi:-

Dalam sesebuah hubungan, selalunya lelaki yang akan lebih cenderung dan fokus kepada masa depan untuk bersama pasangannya. Orang kata sayang tapi tak tunjuk kerana akan lebihkan kerjaya dari bercinta. Dan wanita pula lebih cenderung dan fokus untuk bercinta sahaja 24 jam 24 jam fikirannya untuk orang yang dia sayang. Pendapat anda?


this statement really shoot my head! double gun. well. lebih-lebih lagi bila berpartnerkan seseorang yang jauh sedikit usia dari kita. lelaki matang selalunya lebih fokus. lebih memikirkan masa depan. dan perempuan tidak matang lebih selalu memikirkan tentang lelaki matang tersebut lalu asyik lari fokus. ya. macam itulah. bila fokus lari, hidup terkucar-kacir.

soalan yang mesti ditanya oleh mr.kingkong setiap hari cuma ada dua. 

1. How are you today?

2. Any problem?


yes, cuma dua soalan. maksima berbalas mesej hanya menyebabkan luaknya kredit 5-6sen sahaja. dia cuma nak tahu aku sihat ke tidak, dan adakah aku ada masalah apa-apa. dan selalu aku menjawab yang positif sahaja. 

dan bila dah lama tak berjumpa, 2minggu, sebulan.. dia akan utarakan hanya dua soalan. "How's your life all this while? Everything goes well?"

sebenarnya macam bunyi pertanyaan seorang bapa kepada anaknya. macam sesuailah. beliau malah bersaiz lebih besar dari my dad. ok. lupakanlah pasal saiz. tak baik mengata orang saiz XXL, cuma aku nak cakap, sebenarnya, I can see him as a good leader. yang cakapnya boleh masuk dalam kepala aku. malah selalunya tiada pertikaian. cuma perempuan tak matang ini suka bertanya banyak. dan mahukan penjelasan panjang lebar.  

everytime dengan dia, aku bersenyum banyak. walaupun dia ada buat salah. sebaik saja dia mintak maaf. aku terus okay se'okay-okay'nya. pernah we all dating, dia lambat 2 jam lebih. aku yang menunggu ni dah berair mata. aku memang cengeng. tapi bila dia sampai takda aku nak hangin pun kat dia. malah mata yang berair tadi boleh bertukar, terus bercahaya gilang gemilang. mood terus baik dan riang. dia datanglah bawak alasan jalan jem ke apa. aku tak peduli dah semua tu. yang penting now dia dah ada depan mata. ok Honey simpan saja alasan you kemas-kemas dalam poket.

dan bila masa perjumpaan hampir tamat, hati aku macam sedih. bila dia hilang dari pandangan mata, aku macam down. baby are you down.down.down.down.down.


perasaan down tu biasalah. perempuan kan hati tisu, tapi no hal, boleh recover punya. teknologi kan ada. internet... handphone... bukanlah down sangat. sebab tak adanya terseksa sampai kena tunggu posmen hantar surat.


p/s: siapa nak jadi geng Kingkong bolehlah leave komen. Hahaha!


8 comments:

FarhanaDr said...

Haha. Aku nak jumpa itu incik king kong laa.

una berry said...

hopefully u guys will be together till the end. insyaallah :)

Adziim said...

dasyat gak lewat 2 jam tak marah. tinggi kesabaran n tinggi betul rasa cinta pd king kong. Ciri2 awek idaman.

ghost writer said...

kalau aku pun sekarang dalam 'musim bunga' sudah tentu segala-galanya indah pada pandangan.mekar dan harum.

setiap darinya sentiasa ada perubahan musim,dan kita harus punya persediaan untuk menghadapinya.

James Alexander said...

lelaki lebih fokus... i like that...

kamu tidak mahu gaduh besar... i like that too...

mungkin ini ialah contoh perhubungan yg dah develop to a certain level. seriously, I totally like this.

Seimura said...

pompuan biasa la fokus chenta lebih kikiki

^baju kurung^ said...

ala siannye...
tp org in love, sume swit muwit kann.
kentoot pn wangi,haha
cpt kawenla ;)

♥CIK SHA♥ said...

sarah memang seorang yg penyabar..salute!


semua orang mengimpikan cinta yg terbina berkekalan sehingga menempuh alam perkahwinan kan? ade ke yg bercinta sekadar nak suka2?pelik betol orang yg macam tu..aiyoyo..


apa2pun, semoga yg baek2 je untuk perhubungan cinta kalian berdua..^_^