Friday, July 1, 2011

kemahiran menghafal lirik di zaman kanak-kanak.

hi readers.

tengok kalendar hari ni berapa haribulan. Eh. rupanya dah habis pun bulan Jun. so maknanya dah separuh tahun pun untuk tahun 2011. and dah tak lama je lagi nak bulan puasa so maknanya lagi dua bulan je lagi nak sambut Aidilfitri. duit raya tak sedia lagi, baju raya jauh sekali. tak apalah, lagi seminggu nak raya masih boleh fikirkan itu. stay KL kan. apedehal nak risau pasal persiapan raya. asal ada cash jalannnn. malam raya pun boleh shopping.

Apehal ni cerita pasal raya macam tak ada kaitan grrrrrr!

hari ni perut tegang betul. mungkin sebab faktor pemakanan dan juga putaran kematangan seorang wanita. apsal sebut wanita macam geli bunyi dia. tapi memang wanitalah. kan ke lagi 5 bulan nak genap 24 tahun so bukanlah gegurl lagi. tapi bukanlah wanita yang matang sangat. sebab masih lagi pakai kasut flat Tropicana Girl dan bukan high heel Nine West. dan selalu keluar mesti pakai tshirt Cheetah dan bukanlah blaus dari Zara.

kebelakangan ini kerap mendapat teguran bahwa aku macam dah kurus. kenyataan itu belum boleh dipakai lagi sebab I dun trust sangat pendapat kawan-kawan. nanti aku balik kampung mesti tengok respon emak/abah/adik-adik. kalau diorang cakap aku dah kurus baru boleh bertepuk riang. sebab dulu-dulu 2-3 tahun lepas abah pernah suruh aku kurangkan makan. jangan gemuk. haish, tau tak apa perasaan bila seorang abah suruh kurangkan makan?. I was like....... dah macam penguin sangat ke badan aku nih..!!


Ya ampun banyaknya iklan dalam entry nih. tak sama langsung dengan tajuk. Ekekeke!


sepanjang malam ni aku jadi 'gila' sikit. sebabkan roomate baru tak jadi datang hari ni, so malam ni aku manfaatkan malam terakhir ini dengan berkaraoke sorang-sorang kat bilik. pasang lagu kuat-kuat. kunci pintu bilik. berdiri depan cermin, pegang botol bedak and nyanyi depan cermin. dalam sepuluh ke sebelas lagu. campur lah lagu local and english songs. tapi bila nyanyi-nyanyi macam tak feel sangat sebab tak hafal sangat lirik lagu. dah umur sekarang ni mana nak hafal lagu. tak ada masa lah!

benda ni mengingatkan aku pada adik bongsu aku, 2 tahun lepas agaknya. masa tu aku dah lama tak balik kampung. then bila balik adik bongsu aku yang baru darjah 1 sibuk nak bukak DVD lagu-lagu. si kakak dia dapat copy lagu-lagu terkini dari kawan-kawan. ada puluh-puluh lagu kot dalam DVD tu, boleh dikatakan hampir separuh DVD tu adik bongsu aku boleh hafal liriknya 100%. kebanyakannya lagu dari seberang.  bersungguh-sungguh dia nyanyi depan aku berlagak macam terer. padahal eleh, ada pemain DVD boleh duk rewind 18 kali sehari memang tererlah.

haih, tak tau masa zaman kanak-kanak aku dulu. kakak aku paling terer bab menghafal lirik lagu ni. tak main la rewind lagu kat DVD untuk hafal lirik, tak boleh blah dia pi salin cepat-cepat lirik lagu time lagu tu berkumandang kat radio. 3-4 kali dengar lagu tu radio duk ulang maka lengkaplah proses penyalinan lirik lagu tersebut. kau ingat tak ganas ke? manual punya hafal lirik. siap buat buku lagu khas. buku tebal penuh dengan lirik lagu, nak lagu siapa. Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Umbrella, Exist, Slam. hah. semua ada kau request jelah. tambah ganas lagi, siap tampal muka setiap penyanyi dekat muka surat lirik lagu tu. haih. kau taktau habis surat khabar tang Hiburan digunting-guntingnya. bertahun-tahun kakak aku buat 'kerja' nih. dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kahkahkah.

manalah pegi semua buku-buku lagu tu ya?.mungkin emak dah bakar kesemuanya. haih. nostalgia sungguhlah!



p/:s errrr, boleh tuju lagu?  :p

10 comments:

James Alexander said...

skang dah x bleh hafal...?? x pe... kalo pi karok lirik disediakan... hehehe...

Seimura said...

Bengong ko sarah mengungkit kisah lama gua hahahah. Kalau tak silap aku buku-buku lagu aku semua kena rampas time spot check barang haram time sekolah menengah dolu. hohoho.

Khairy said...

mak eh...kena denganr 2 3 kali dari radio baru dapat sume lirik. Ni mesti kalu dengar radio, pastu dengar lagu tu dah nak abes...mesti geram kan...

Aku takde la pulak nak hafal2 lagu ni..layan lagu je..huhu

♥CIK SHA♥ said...

haha..boleh geng la dengan kak sarah..pernah gak buat camtu dulu..skang pun masih lagi praktikkan camtu..dengar lagu berualng-ulang kali untuk hafal lirik..pastu boleh le salin dengan bangganye sebab hafal kan?keh3..


sangat praktikal untuk lagu omputih tau..^_^

gadisBunga said...

sebenarnya berguna jugak hafal lirik lagu esp lagu omputih. time buat karangan, kalau agak2 blur pasal grammar, boleh guna je lirik lagu yg dihafal. heheh~

puteri ain said...

lirik lagu lagi senang hafal dr nota2 study . hehe

Hans said...

saya dari kecil sampai besar suka reka lirik sendiri sebab susah hafal
hahahaha

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

Dearie Pearls said...

Hi thank you datang blog. hehehe..

part yang ulang2 4 5 kali baru lengkap lirik tu memang lawak. asal je dengar intro kat radio berdesup amik buku salin lagu. memang nostalgia sungguh...

EZAN IDMA said...

hahah teringt jugak. mase kecik dlu siap berbuku2 tampal lirik pastu tampal gmbr penyanyi haha

Alexandriana Alia said...

#james
skang otak dah lembab nak hafal2 lagu nih. ekeke

#seimura
haahlah, kena rampas. sapa suh tampal gambar2 artis skali kahkah

#khairy
yelah 2-3kali. kdg2 fast song mana sempat nak salin lirik kan

#cik sha
kakak ai mmg macam2 masa zaman kecik2... i follow je ahaha

#gadisbunga
haha betol2. dulu sellau hafal lagu BSB n Westlife ekeke

#puteri ain
itu sudah tentu

#hans
haha, mmg tak layak masuk jangan lupa lirik ko nih

#pearls
itulah. haha. nostalgik kan

#ezan idma
eh, u pun buat jugak ke. mmg zaman dulu ramai kot wat camtu kan. haha