Saturday, July 23, 2011

depa menang 5-3, apa ada heran dengan player import.



Heh, bila kaki bola mula menaip. bukan sebarang kaki bola. ini kaki bola penyokong sejati Harimau Malaya. Sang Singa setakat menang dengan player mata biru hijau, jangan nak bangga lah!..

--------------------------------------------------------------------

malam tadi lepas maghrib terus terpacak depan Astro Arena. terlepas gol pertama Safie Sali saat ke 29 sebab time tu aku tengah solat maghrib. tapi gol balas dari Singapore minit ke-8 aku sempat tengok. tapi sebab player import yang score. macam takda heranlah. 

1st half punya game berkeputusan 4-1. Malaysia nampak stress. passing tak kemas, asyik tersasar. plus dua free kick dari Singapore macam menghasilkan 'gol mudah' sebab keeper Malaysia macam tergamam tak ada effort untuk cuba halang/tangkap bola. serius weh. hampa dengan kedua-dua gol awal Singapura.

bila Singapura menambah gol ketiga. Malaysia makin tertekan carik gol. sebab terlalu stress nak rapatkan kedudukan, selang bape minit sebelum tamat 1st half, Singapore tambah lagi gol keempat.  jurang beza 3 gol. siapa tak stress tengok. Malaysia bukan tak boleh main. tapi diorang sebenarnya hilang fokus. Harimau Malaya sebenarnya kuat!

baru je start 2nd half, kapten Malaysia Safiq Rahim diperintah keluar padang. kena kad merah sebab tendang pihak lawan, walaupun macam tak sengaja tendang, tapi tendangan beliau memang nampak agak melampau. Safiq Rahim tak salah. dia cuma terOver. tapi game kira fair jugaklah sebab tak sampai 10 minit kemudian player Singapura pun terpaksa bermain 10 orang.

walaupun tak ada Safiq Rahim, semangat Malaysia sangat wajar dipuji. pertambahan dua gol dalam masa selang kurang dari 5minit memang penyelamat besar untuk skuad Harimau Malaya malam tadi. Safie Sali, Amirul, Hadi dan Gunalan memang hero untuk match nih. terbaik!

mintak maaf cakap, komen negatif aku untuk match nih, player Singapura Jumaat Jantan boleh dapat anugerah pelakon terbaik dalam padang. serius macam nak lempang mamat drama ni laju-laju. Que Li walaupun buncit tapi kuat lari, lepas tu mulut dia asyik menceceh tak puas hati. nasib baik pengadil tak layan dia. padan muka.

sebenarnya aku harap Malaysia boleh maintain kan 4-3. tapi gol ke-5 Singapura memang spoil kan keadaan. tambah plak Safie Sali pun dah 'pancit' sebab dia je yang asyik buat serangan. memang harapan lah nak tambah gol untuk Malaysia. 

apapun yang malam ni tutup kes. kita tunggu next game kat Bukit Jalil Khamis ni. aku harap Shahrul Idlan Talaha akan main untuk game 28 Julai nanti. kenapa eh tadi dia tak main?.. injured ke?...Aidil Zafuan pun. injured gak ke?.. ahh. ini semua kena salahkan kes Kelab-Kelab besar datang Malaysia tempoh hari. macam tak worth langsung injured sebab lawan diorang. Erghh!

walaupun Sharbini bermain kurang bagus malam ni, tapi jangan lupa jasa beliau masa games dengan Taiwan dulu. and aku tetap harap dia yang jaga gawang Malaysia kat Bukit Jalil nanti. entah kenapa aku tak yakin dengan Khairul Fahmi. hari tu si Apex tak perform well pun masa game ngan Liverpool. errr, masalah peribadi jejaskan mutu permainan beliau ke eh?... (tengok status FB cik tunang dia lain macam je sejak seminggu dua nih..)

kalaulah aku ni lelaki, memang aku turun stadium Bukit Jalil tu gamble jek. ke ada sesiapa gentleman yang volunteer nak bawak aku turun stadium 28Julai ni?... bukan apa. volunteer jadi guard jek. sebab aku ni bukan berani. geng perempuan yang minat bola memang tak ada. takat sorak depan TV itu jelah yang ada. HuaHuahUa.



7 comments:

Adziim said...

hebat jgk ko bagi ulasan..aku tak tgok pun bola..haha.

♥CIK SHA♥ said...

wahhh..boleh jadi pengulas sukan terbaek la sarah ni..lengkap!saye yg tak tgk bola semalam pun boleh nmpk perjalanan permainan bola semalam..ehehe...

ghost writer said...

boleh tahan gak akak review game singapore vs malaysia nih..

lepas tuh paling takleh blah,pemain2 yang dapat kerakyatan ekspres tuh siap cium2 lagi badge bendera singapore,patriotik konon..dowang harap duit jer.

Alexandriana Alia said...

@Adzim
bola mmg dunia aku. and aeku mmg talented ulas apa topik pun. hakhak

@cik sHA
hakhak, tak sangka ulasan aku membantu pemahaman readers.

@ghost writer
betul beb, harap duit je mentang2 singapore mampu bayar mahal. duhh

Hazwan Arif said...

ade kaitan dgn tunang eh?kuat stalk rupenye dia ni haha

Amir Said said...

Geram tengok pemain singapura hari tu. berlakon je lebih. harap2 malaysia boleh menang utk perlawanan kedua nanti. insyaallah.

Zikri Husaini said...

wah apa lagi ganti idlan talaha hari khamis nih..hihi...