Penasihat Cinta:- useful or annoying?

hi readers,

sebelum menaip lanjut, ingin diingatkan bahawa pandangan penulis adalah bersifat general dan tidak perlulah bersetuju kalau anda tidak mahu, justeru sebarang pertikaian hanya akan dilayan di dalam hati sahaja. *sila faham.






'penasihat cinta', useful or annoying? membantu atau menghancurkan?

anda perasan tak, kalau dalam drama ke filem ke. selalu akan ada watak 'penasihat cinta'. macam filem Adnan Sempit, Cat Farish jadi 'penasihat cinta' kepada Shaheizy Sam. so adakah di alam realiti watak 'penasihat cinta' ni benar-benar boleh pakai?. sejauh mana perlunya mendapatkan khidmat nasihat orang tertentu dalam menjalani sesebuah perhubungan.

adakah bagus bercerita detail tentang flow hubungan cinta kepada someone yang konon-konon macamlah orang itu kita boleh pakai sangat. Ops. entah-entah tak boleh pakai? Hah!

atau dalam contoh lainnya, perlu ke menjawab satu-satu pertanyaan rakan-rakan yang macam nak tahu sangat hal peribadi kita, entahlah mereka ini nak jadi penyibuk atau apa. tapi sometimes macam annoying jugak bila ada kawan bertanya banyak pasal perihal peribadi kita, and then sentap bila kita tak bagitau dia in detail. Eh?

bila terlalu bercerita, dikatakan menunjuk-nunjuk . bila dirahsiakan dikatakan 'apa punya kawan sikit-sikit nak rahsia'!

dalam kes akulah, rasanya jawatan 'penasihat cinta' lebih sesuai aku beri kepada lelaki. aku lebih selesa bercerita dengan kawan lelaki. compare to gegurlz. tak dinafikan bahwa lelaki punya pandangan/pendapat adalah lebih rasional, lebih positif. berbanding perempuan. mungkin sebab lelaki akan menangkan watak lelaki. dan perempuan akan selalu blame watak lelaki dan judge yang negatif semata-mata. bukan semua kes, tapi selalunya begitulah. perempuan lebih prejudis. bukankah?

contoh:-

kalau boyfriend kita call dia sampai 2 kali dia tak angkat, kawan lelaki selalu akan cakap. "bf kau tengah drive kot, ko try kejap lagi". cuba kalau kawan perempuan, paling tidak mesti akan cakap.. "hah mesti dia tengah duk ada dengan pempuan lain tuh..sebab tu tak angkat call.."

nampak tidak beza pendapat. antara lelaki dan perempuan?

justeru, berhati-hati kepada siapa anda bercerita/ meminta pendapat dalam soal cinta. buat timbang balik kerana flow sesebuah hubungan sebenarnya banyak bergantung kepada keyakinan anda terhadap pasangan. sejauh mana anda kenal beliau. dan sejauh mana juga anda percayakan beliau. tak salah put trust on 'penasihat-penasihat' di sekeliling. tapi pastikan ianya berbaloi-baloi. mendatangkan kebaikan dan bukan menjahanamkan. Ok!


p/s: I nak jaga hal peribadi sendiri pun dah separuh nyawa macam mana nak jaga hal peribadi orang, memang taklah!







Comments

iQa~ said…
Soal cinta ni kadang2 lebih baik simpan sendiri je..maklumla,sedikit peribadi kan..
Ghab Van Hal said…
penasihat cinta annoying..sumpah..baik explore sendiri jalan cerita cinta kita.baru thrill..kan?? eh, terpoyo sudah...gvh balik dulu..babai..jangan lupe singgah blog gvh..=)
Unknown said…
setuju2.....
kak pun suka dengar padangan dari hati seorang lelaki lagi2 bila part libatkan en zalie,.
mangsanya..
surelah ayah kak ayu.. heheh
James Alexander said…
penasihat yg dirujuk diatas adalah sebaik-baiknya kawan rapat yg benar2 memahami diri kita sebenarnya dan bukan setiap kawan.

katalah annoying atau apa sekalipun, bila bercinta, kita seringkali lupa untuk bersikap rasional dalam membuat keputusan. penasihat hanya membantu mengingatkan kita agar kita x tersimpang jauh. Itu saje.

ingatlah satu perkara, once you thing you got everything figured out, you're wrong. kerana masih byk lg benda yg menjangkaui pemahaman kita.

ps: maaf jika terlalu panjang...
Nurul Ainee said…
same with me. kalo cter kat laki,oke skt berbanding pompuan tapi depends jgk kdg2.hehe. sbb kalo cter kat laki,dorang xakan selalu tanye mcm mane keadaan kite,die juz steady je so kite xakan rimas.

bdw,tanx coz leave comment in my entry. ;))
me is aku said…
tak jugak. kadang2 ada je mwmber perempuan yang berfikiran positif. tak la tiba-tiba terus tembak nak cakap "bf kau kuar dgn pompuan lain kot" etc..
tp, ok la. kalau nk bercerita, pilih org yg u boley rely & faham diri u :)
Akulah Pak Lan said…
The best way is to let somebody listen to ur problem..not u asking for advice..
gadisBunga™ said…
boleh dgr, tapi jgn ambil bulat2.

dan kene analyze jugak la, kalau selepas beberapa kali dgr 'nasihat' dia dan hubungan jadi makin tak best, mungkin ada niat tak baik dari 'penasihat' tu. atau simply pendapat dia tak boleh pakai.
Unknown said…
soal cinta ni aku lebih selesa cerita pada kawn baik aku , perempuan. :) tak kish lelaki tau permpuan yg penting mereka tahu jaga rahsia kita
Yatie Musa said…
pmpan lbih kpda emosi kalau nasihat kot. lelaki ni lbih relax. sbb dyorg cool n xsuke kusut. hihi pndpt peribadi sajalah.. =D
Jue said…
ada stgh bole pakai, ada yg x bole
at the end, keputusan kat tangan kita =)
Unknown said…
Case 1

Member : awek aku tu dia lambat reply bla bla bla

Aku :Putus

Case 2

Member : Haritu dia tipu aku , kata bz padahal bla bla bla

Aku:Putus

http://touyakaruma.com/
PuanPepel said…
penting jugk penasihat ni...kdg2 bila stress kte xdpt fikir dgn rasional..
Penyu said…
untuk cinta, bg i la.. i suka senyap2 je. i tak suka benda yang belum pasti terlalu dihebahkan. hihi
Niena Muhammad said…
lau bab cintan cintun ni xbrni nk masuk cmpur,nnti leh jdi gadoh
Dekna said…
penasihat cinta ni kadang kadang mengahancurkan hubungan jugak
bila dirinya yang jadi penghasut batu api. macam yng jdi pada diriku.
kononnya nak jadi penasihat cinta kepada ex aku. ~ at last
tau x?
diorang yang bercinta skrg ni.
pffttttt..
puteri ain said…
for me love matter is personal . :)
Fasihah Supian said…
hmmm...depends.....ada yang tak senang bila tgk kita gembira, jadinya, ini lah jadinya, semakin retak dek mendengar nasihat org lain...
Sunah Sakura said…
lelaki dan perempuan memang berbeza..hehehe..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S